Posts

Showing posts from June, 2020

ddd

kll;k

kl;kl;

26062020 : IKLAN BAYOU RESORT

Image
26062020 : IKLAN BAYOU RESORT Sebelum PKP, pihak Bayour Lagoon Resort Melaka telah memaklumkan untuk menyerahkan kunci kepada pembeli. Malangnya kami tidak dapat ke sana kerana PKP. InsyaAllah selepas PKP akan diambil kunci tersebut. Sementara itu saya telah iklan dipelbagai group dengan sewaan RM1000 sebulan.   Jika ada rezeki Insyaallah akan dijelaskan baki RM150K.   Dengan itu tiada sebarang ikatan lagi jika kematikan telah tiba masanya.

26062020 : Solat Jumaat Semoga Selamat, nukilan MJJ

Image
26062020 : Solat Jumaat Semoga Selamat, nukilan MJJ Solat Jumaat Lebih 60 tahun dihalang pergi.  Kerana mematuhi SOP. Lebij 60 tahun  mudah didekati Musuh tidak kelihatan, Covid 19  dari Wuhan China amat ditakuti. Solat Jumaat Kepada yang menghadiri Semoga  selamat, kluster tidak bertambah lagi.  InsyaAllah Mjj, Banting, Jumaat 26 Jun 2020

25062020 : STORYBOARD YOUTUBE EPISOD KE 5 KANSER

Image
25062020 : STORYBOARD YOUTUBE EPISOD KE 6 KANSER Setelah mendakan tripod yagn dibeli secara online oleh Liyana, saya telah menyediakan storyboard untuk beberapa episod. Setelah mendapat kebenaran daripada Puan Zuraini Kamal untuk berkongsi beberapa tips, empat episod permulaan telah disediakan. Menunggu MJJ untuk benar-benar bersedia. Empat episod pengenalan lebih kepada mengapa channell ini disediakan dan episod ke 5 hingga ke 40 lebih memberi tumpuan untuk berkongsi pengalaman sebagai Cancer Survivor. Sekurang-kurangnya apabila kami telah tiada, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Moga bermanfaat untuk pembaca.

24062020 : SHOOTING MANDARIN LIYANA

Image
24062020 : SHOOTING MANDARIN LIYANA   Just support Liyana to join the contest. Short video for 2 minutes. Boleh tahan juga letih melihat beliau bertukar ganti baju untuk tik tok. Good luck Liyana... go for RM800.  Tomorrow last day, selamat mengedit.

23062020 : WHATAPP DAN VIDEO CALL CUCU

Image
23062020 : WHATAPP DAN VIDEO CALL CUCU Alhamdulillah dengan kecanggihan teknologi, dapat juga sedikit sebanyak menghilangkan kerinduan pada anak dan cucu-cucu khususnya Ammar, Zara dan Hani. Semoga mereka sentiasa dilindungi Allah dan membesar menjadi anak yang soleh dan soleha. 

22062020 : MISKIN BUKAN KERANA MALAS; TUDUHAN PEMIMPIN DIPERSOALKAN* *PENULIS; MUHAMAD JASMAN JURAMI*

Image
22062020 : MISKIN BUKAN KERANA MALAS; TUDUHAN PEMIMPIN DIPERSOALKAN* *PENULIS;  MUHAMAD JASMAN JURAMI* Anggapan biar hidup miskin dan sengsara di dunia kerana dunia hanya sementara  dan  untuk orang kapir amatlah tidak wajar. Quran Surah Al-Baqarah Ayat 201  وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ  Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka". Justeru itu, kehidupan di dunia juga perlukan kekayaan ,berharta sihat di samping beriman untuk memenuhi tuntutan Rukun Islam. Untuk berinfaq dan bersedekah memerlukan  harta dan wang. Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Sejarah menunjukkan  peperangan,  penindasan, becana alam, musibah, ketidak setabilan politik  boleh mengakibatkan  kemiskinan dan penderitaan. Semasa penjajahan, British memberi tumpuan ekonomi di bandar dan men

21062020 : IKAN MAKANAN MATI

Image
21062020 : IKAN MAKANAN MATI Mu Mungkin terlalu kerinduan kepada tuannya, beberapa ekor ikan belaan  Syafiq. Salah satu punca juga mungkin kesan keracunan yang semalam dibuat di tanah sebelah.

20062020 : HANI HAMPIR ACCIDENT, SYUKUR ALLAH MASIH SAYANG PADAMU

Image
20062020 : HANI HAMPIR ACCIDENT, SYUKUR ALLAH MASIH SAYANG PADAMU Subbahanallah, Berderau darah bila Hani dikatakan hampir dilanggar kereta sewaktu itu ibunya ke toilet. Ya Allah, syukur dia masih selamat dan sentiasa dalam lindunganMu.

18062020 : BERPADA MAKAN DURIAN ; MAHAL HARGANYA, UNTUK KESIHATAN JUA, nukilan MJJ

Image
18062020 : BERPADA  MAKAN DURIAN ; MAHAL HARGANYA, UNTUK KESIHATAN JUA, nukilan MJJ Penulis; Muhamad Jasman Jurami Saya sentiasa mengingati  peristiwa mencemaskan yg dialami semasa bujang pada tahun 1981. Saya ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL)akibat makan durian. Ketika itu saya tinggal menyewa di Flat Uda Jalan Pantai Baru, KL bersama sdr Tarmedi . ( Dato Hj Tarmedi Omar mantan Timbalan SUK Selangor/ Flat Uda telah dirobohkan dan dibina Pantai Business Park). Bersama Tarmedi kami telah memborong durian yg sedang dipikul oleh orang Asli di Gombak dan memakan agak terlebih banyak. Tengah malam seluruh badan saya,  terasa amat panas. Telinga saya kemerahan seperti berhampiran bara api .Saya meraung kesakitan.  Malam itu juga Tarmedi menghantar saya ke Bahagian Kecemasan HKL. Saya  dimasukan ke wad dan melalui saluran darah tubuh saya dimasuki air berubat.Terimakasih sdr Tarmedi, para Doktor dan kakitangan HKL. Beberapa tahun kemudian (Ogos 2000 )saya mendengar khabar orang kampu

17062020 : ORANG YANG BERIMAN, MENGHINDARI PERBUATAN MUNGKAR, nukilan MJJ

Image
17062020 : ORANG YANG BERIMAN, MENGHINDARI PERBUATAN MUNGKAR, nukilan MJJ Penulis; Muhamad Jasman Jurami Manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia di dunia. Manakala semulia-mulia di tubuh manusia adalah hati dan semulia-mulia sifat di dalam hati adalah keimanan. Sebagai orang Islam kita wajib mempercayai enam perkara rukun Iman iaitu percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya,kitab-kitab-Nya,hari akhirat,qadha dan qadar. Keimanan kepada Allah SWT ialah dengan mengakui kewujudanNya. Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, pemilik hari pembalasan. (Surah Al Fatihah; ayat 3 dan 4 ) Siapa yang kufur ingkar kepada Allah,  dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya,dan rasul-rasulNya, dan juga hari akhirat,maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (Surah an-Nisa,ayat 136 )  Keimanan  akan membolehkan lima rukun Islam ditunaikan dengan sempurna; mengucap dua kalimah syahadah,   solat fardhu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, me

16062020 : TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH IBU KEPADA ANAK-ANAK

Image
16062020 : TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH  IBU KEPADA ANAK-ANAK Selagi hayat dikandung badan, selagi itu tugas dan tanggungjawab seorang ibu kepada anak-anak tetap dijalankan dalam amanah yang di beri Allah. Semoga menjadi panduan kepada generasi MJJana.

15062020 : DR BAZILLA KALI KEDUA UNTUK SKIN TREATMENT

Image
15062020 : DR BAZILLA KALI KEDUA UNTUK SKIN TREATMENT Usaha perlu berterusan untuk memastikan misi terlaksana. Setelah berusaha di klinik swasta, hari ini Liyana berulang semula ke Dr Bazilla dan kali ini di di santuni oleh Dr. Syarifah. Good luck. 

14062020 : NORMALA BALIK KE PUTRAJAYA SETELAH TERKANDAS PKP

Image
14062020 : NORMALA BALIK KE PUTRAJAYA SETELAH TERKANDAS PKP Alhamdulillah, hujung minggu ini kami berkumpul di Putrajaya sekeluarga MJJana kecuali keluarga Hakimah.

13062020 : TAHLIL DOA SELAMAT PINDAH RUMAH HAZIM DAN AMEERA

Image
13062020 : TAHLIL DOA SELAMAT PINDAH RUMAH HAZIM DAN AMEERA Setelah hampir dua minggu mengurusakan rumah sewa, hari ini sampailah masanya Hazim dan Ameera berpindah ke Pandan Villa Perdana. Bagi keselamatan mendudukan rumah baru, kami mengadakan solat dan yasinan doa selamat bersama dua keluarga. Semoga mereka berbahagia dan nok tinggal di rumah baru ini.

12062020 : PENTINGNYA SUKAN DAN KELAS RENANG, PKPP, Melayu Tidak Malas

Image
12062020 : PENTINGNYA SUKAN DAN KELAS RENANG, PKPP, Melayu Tidak Malas Betapa pentingnya sukan renang di malaysia tidak boleh dinafikan. Renang adalah Body exercise yang  selamat dan boleh memberikan  manfaat kepada individu, masyarakat, organisasi dan negara. Kebolehan berenang  boleh mengelakkan dan menyelamatkan mati lemas  diperairan. InsyaAllah. Bagaimanapun, bermula PKP pada 18 Mac 2020,PKPB dan kini PKPP sehingga 31 Ogos 2020 sukan renang dan aktiviti yg berkaitan  tidak boleh dilaksanakan Segalanya akibat serangan Pandemik   Covid 19 musuh tidak kelihatan dari Wuhan China yang masih belum yang berakhir.  Namun  sukan renang dan aktviti berkaitan harus boleh dilaksanakan dengan  SOP tertertu sebagaimana aktiviti yang lain. Kita tidah mahu potential bakat anak2 muda yg  bersinar untuk membawa dan mengharumkan nama Malaysia ke pentas antarabngsa melalui sukan renang terbantut.  Kita tidak mahu pemilik swimming academy,  pengurus dan kakitangan pentadbirannya, ratusan ribu tenaga p

11062020 : BUAH BETIK SULUNG YANG TERAMAT MANIS DAN PESTA MEMETIK KUINI BERSAMA ZAKI SALIMI

Image
11062020 : BUAH BETIK SULUNG YANG TERAMAT MANIS DAN PESTA MEMETIK KUINI BERSAMA ZAKI SALIMI Alhamdulillah dua hari lepas dengan bantuan Zaki, Ain dan Akmal, sekotak buah kuini dapat dipetik. Rezeki kita kongsi bersama. Dalam masa yang sama buah betik sulung kulon telah dapat dinikmati.  Betapa nikmatnya, sungguh manis. Inilah hasil berbudi pada tanah.

10062020 : HARI ULANG TAHUN AMEERA AZMAN

Image
10062020 : HARI ULANG TAHUN AMEERA AZMAN Alhamdulillah hari ini tiada sebarang sambutan dari kami untuk Ameera Ayyuni Azman, anak menantu. Salah satu faktor ialah kerana jarak dan kekangan masa kerana kesebokan perniagaan Warehouse Kambing dan kebetulan mereka sedang urus rumah sewa di Kg. Pandan. Apa-apa pun Selamat panjang umur dan bahagia bersama Hazim dan bercintatilljannah.Semoga terus sehat bersama 2nd trimester of pregnancy.

09062020 : SEJARAH,POLITIK DAN KEPIMPINAN, nukilan MJJ

Image
09062020 : SEJARAH,POLITIK DAN KEPIMPINAN, nukilan MJJ Penulis;  Muhamad Jasman Jurami Sejarah   Perkataan sejarah (history)  berasal  daripada perkataan arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon. Manakala istilah history merupakan terjemahan daripada perkataan yunani yakni Histories yang membawa maksud satu penyelidikan ataupun pengkajian. Sejarah(history)  digunakan untuk mengetahui peristiwa masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan pada waktu sekarang dan akan datang.  Sejarah boleh berulang apabila peristiwa-peristiwa atau gejala yang berlaku pada masa dahulu boleh berlaku pula pada masa yang berlainan.  Justeru sejarah boleh menjadi ikhtibar dalam kehidupan. Politik Apabila disebut politik, orang sering mengaitkannya dengan parti politik, menganggap politik itu adalah parti politik. Realitinya politik mempunyai maksud atau pengertian yang lebih luas. Politik adalah salahsatu kaedah atau proses  cara membuat

08062020 : *KEDAULATAN NEGARA PERLU DIPERTAHANKAN, KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK DILUPAKAN* *Penulis; Muhamad Jasman Jurami* Di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng bermaharaja lela sebaik sahaja Jepun menyerah kalah 1945. Sebelum Tentera British mendarat ke Tanah Melayu, tempoh 14 hari diambil peluang oleh Komunis Bintang Tiga bertindak ganas dan kejam. Ia sentiasa menjadi igauan peristiwa paling pahit dan getir apabila orang awam terutama Melayu diseksa dan di bunuh kejam oleh Komunis. Kampung dan pekan digempur, rumah dibakar, wanita diperkosa dan anak kecil dibakar hidup-hidup. Alasan Komunis ketika itu, mereka tali barut Jepun dan penghianat. Kakitangan Pejabat Daerah, Ketua Kampung dan AJKnya terutama di kawasan pedalaman banyak menjadi mangsa kekejaman. Untuk rekod, AJK dan ketua kampung penulis juga telah dibunuh kejam oleh Komunis. Pemimpin2 dan pejuang kemerdekaan Melayu semasa itu diperalatkan dan besekongkol dengan Komunis seperti Rashid Mydin, Abdullah CD. Samsiah Fakeh dan Mat Indera. Komunis terus mengganas. Pada awal pagi 17 Julai 1948, segerombolan kira-kira 100 pengganas komunis menyusup masuk dan menawan Pekan Gua Musang dalam tempoh seminggu. Pengganas komunis menangkap ketua-ketua masyarakat, membakar rumah kediaman dan membunuh kejam. 23 Februari 1950 – Peristiwa Bukit Kepong. Muhamad Indera dengan bantuan 180 pengganas komunis China telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yg diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah. Pertempuran berlaku sekitar jam 5:00 pagi telah mengorbankan 25 anggota polis dan orang awam Bangsa Melayu. Polis Melayu berjuang amat berani enggan menyerah walaupun anak dan isteri yang tinggal diberek kelamin menjadi pertaruhan. Pengganas Komunis membakar balai polis dan tanpa rasa belas kasihan mencampak anggota polis ,anak dan isteri ke dalam api yg sedang marak. Perundingan antara Tengku Abdul Rahman Ketua Menteri Tanah Melayu dan Pemimpin Komunis, ChinPeng 1955 gagal. Setelah Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan drp penjajahan British pada 31 0gos 1957 dan pembentukan Malaysia 16 Sep 1963 negara masih menghadapi ancaman pengganas Komunis. Negara mengistiharkan Darurat (1946-1960) . Sepanjang tempoh tersebut ramai anggota tentera, polis dan orang awam keba nyakannya Melayu tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman. Komunis juga memusnahkan harta benda awam dalam usaha melumpuhkan ekonomi negara. Askar dan Polis Melayu berjiwa kental, taat setia tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara. Mereka berjuang memburu pengganas komunis hingga berundur ke selatan Thailand. Agak memeranjatkan dan suatu keputusan amat berani apabila pada tahun 1974 Tun Abdul Razak Hussein Perdana Menteri Kedua mengadakan hubungan Diplomatik dengan Kerajaan China ketikamana komunis mengancam negara. Manakala semasa Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, beberapa tokoh politik dan wartawan telah ditahan dibawah ISA atas tuduhan terbabit dengan anasir subversif komunis. Antaranya Dato Abdullah Ahmad, orang kuat dalam pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein, Kassim Ahmad, Syed Husin Ali, Abdullah Majid dan Tan Sri Abdul Samad Ismail. Persoalannya apakah benar mereka komunis, atau mungkin ini strategi politik Ghazali Shafei dalam usaha meningkatkan kerjaya politiknya. Mereka dibebaskan semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-4. Semasa Mahathir Mohamad Perdana Menteri, rundingan Haadyai yang merupakan perjanjian damai telah ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) Perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan perletakan senjata PKM. Artikel 3.1 perjanjian menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia. Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia. Persoalannya apakah Anggota Keselematan dan orang awam redo dan berpuashati keatas langkah Kerajaan dibawah pimpinan Mahathir ketika itu untuk membantu bekas anggota komunis memulakan hidup baru di Malaysia. Apakah mereka mudah lupa kekejaman komunis.? Seramai 1,800 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera, termasuk ramai yang cacat kekal terkena tembakan peluru dan jerangkap samar ketika menjejaki komunis di dalam hutan. Dalam kalangan orang awam pula 2,473 terbunuh, 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Setelah 60 tahun merdeka, negara dalam keadaan aman tiada lagi pengganas komunis. Pembangunan pesat termasuk infrastruktur, pendidikan dan taraf kesihatan. Namun, pada Pilihanraya Umum Malaysia ke 14, ( PRU ke-14) pada 9 Mei 2018 Pakatan Harapan ( PH) dapat menumbangkan Barisan Nasional akibat pelbagai tuduhan keatas Najib Razak Perdana Menteri ke 6, ada pembelot dan janji manis dalam manifesto Pakatan Harapan. Dilaporkan dalam tempoh 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan dibawah kepimpinan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke- 7 terdapat pemimpin Politik pemerintah bersimpati dan memberikan sokongan kepada perjuangan Komunis. Ada pertemuan dengan bekas anggota Komunis dan abu mayat Chin Peng dapat dibawa balik dari Selatan Thailand dan ditabur di tempat kelahirannya di Setiawan Perak. Mahathir Mohammad Perdana Menteri ke 7 meletakkan Jawatan dan tumbanglah Kerajaan Pakatan Harapan. YAB Tan Sri Dato'Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dilantik Perdana Menteri ke 8 pada 1 Mac 2020, negara menghadapi krisis ekonomi yang teruk akibat Pandemik Covid 19. Tan Sri Muhyiddin pada 5 Jun 2020 memaklumkan Kerajaan akan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA ( PENJANA )dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”. PKP yang bermula 18 Mac 2020 , PKPB dan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ). sehingga 31 Ogos 2020. Pada masa sama, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin menerima tekanan Mahathir Mohamad. Parti Politik orang Melayu semakin berpecah. Krisis kepimpinan dan politik berpanjangan di samping pelbagai isu. Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, melalui Sistem Imigresen Malaysia, mendapati seramai 76 258 (95. 6 peratus ) pelancung China tiada rekod tarikh keluar. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 1.3 juta kes kehilangan MyKad kerana cuai. Pada masa sama Kapal-kapal asing termasuk Kapal Tentera Laut China dilapurkan sering

Image
*KEDAULATAN NEGARA PERLU DIPERTAHANKAN, KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK  DILUPAKAN*  *Penulis; Muhamad Jasman Jurami* Di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng  bermaharaja lela sebaik sahaja Jepun menyerah kalah 1945.  Sebelum  Tentera British mendarat ke Tanah Melayu, tempoh 14 hari diambil peluang oleh Komunis Bintang Tiga bertindak ganas dan kejam. Ia sentiasa menjadi igauan peristiwa paling pahit dan getir apabila orang awam  terutama Melayu diseksa dan di bunuh kejam oleh Komunis.  Kampung dan pekan digempur, rumah dibakar, wanita diperkosa dan anak kecil dibakar hidup-hidup. Alasan Komunis ketika itu, mereka  tali barut Jepun dan penghianat. Kakitangan  Pejabat Daerah, Ketua Kampung dan AJKnya terutama di kawasan pedalaman banyak menjadi mangsa  kekejaman. Untuk rekod, AJK dan ketua kampung penulis juga telah dibunuh kejam oleh Komunis.  Pemimpin2 dan pejuang kemerdekaan Melayu semasa itu diperalatkan dan besekongkol dengan  Komunis seperti Rashid Mydin, Abdull

07062020 : EKONOMI DAN KEIMANAN WAJIB DIPERKUKUHKAN, nukilan MJJ

Image
*EKONOMI DAN KEIMANAN WAJIB DIPERKUKUHKAN, Pandemik Covid  19* *Penulis; Muhamad Jasman Jurami* Sebagai orang Islam kita wajib mempercayai enam perkara rukun Iman iaitu percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya,kitab-kitab-Nya,hari akhirat,qadha dan qadar. Manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia di dunia. Manakala semulia-mulia di tubuh manusia adalah hati dan semulia-mulia sifat di dalam hati adalah keimanan. Allah Swt berfirman; Siapa yang kufur ingkar kepada Allah,  dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya,dan rasul-rasulNya, dan juga hari akhirat,maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya. (Surah an-Nisa,ayat 136 ) Keimanan kepada Allah SWT ialah dengan mengakui kewujudanNya. Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, pemilik hari pembalasan. (Surah Al Fatihah; ayat 3 dan 4 ) Keimanan merupakan akidah atau kepercayaan yang timbul dari hati seseorang yang didorong oleh perasaan cinta dan kasih terhadap Allah.( Surah Al-Tauba

06062020 : RUMAH SEWA HAZIM DAN AMEERA DI PANDAN INDAH

Image
06062020 : RUMAH SEWA HAZIM DAN AMEERA DI PANDAN INDAH   Menyantuni rumah sewa Hazim dan Ameera di Pandan Indah. Ya Allah semoga dipermudahkan. Bukan mudah untuk mendapatkan rumah sewa RM700 di K.Lumpur sekarang ini. Alhamdulillah, 

06062020 : REPLY WHATSSAPP GROUP GANG LAMA BPR

Image
06062020 : REPLY WHATSSAPP GROUP GANG LAMA BPR Wujud satu lagi group gang lama BPR. Kali ini saya melayan juga kerana lebih ramai kawan-kawan lama disitu.  Nampak tanpa mengira pangkat dan status semasa bekerja. Alhamdulillah Antara respond pertama saya; 🤲Alhamdulillah.  😊T.kasih admin add saya dalam group ini.  Buat masa ini saya hold dulu dlm group ini. Dlm ms yg sama masih mengekalkan stay dalam group xMACC dan beberapa group kecil BPR/SPRM.  Untuk makluman semua pada peringkat awal saya tertanya-tanya juga apa perbezaan antara dua group besar ini 🤔  Setelah melihat keahliannya yang walaupun kebanyakan ahli adalah 80% sama, tetapi nampak lebih ramai dlm gr x MACC.  Namun kandungan dan cara sembang yang berlainan mengikut minat penulisan dan latar belakang ahlinya. Yg x MACC agak serius dan msh aktif utk membincangkan pelbagai isu negara dan dunia  w.pun sudah berstatus YB. Berbeza mungkin dlm group ini yg  sembang secara santai tanpa mengira status jwt dulu, berkongsi pengalaman

05062020 : PERNIAGAAN PKP YANG RANCAK SECARA ONLINE, BANTU BISNESS CADAR

Image
05062020 : PERNIAGAAN PKP YANG RANCAK SECARA ONLINE, BANTU BISNESS CADAR Melihat betapa rancaknya perniagaan sahabat handai dan saudara mara secara online yang menampakkan kerancakan khususnya semasa PKP. Terasa pula ingin turut serta sebagai pembeli dan juga membantu penjual.   Maka saja test market cuma promote bisness kawan dan anak saudara bagi penjualan cadar tanpa mengambil untung. Saje merancakan bisness mereka dan test market. Alhamdulillah sambutan yang menggalakan. Apa-apapun ada harga ada rupa

04062020 : SEJAK PKP, HARI INI PERTAMA KALI BALIK PUTRAJAYA.. BANYAK JUGA BERUBAH

Image
04062020 : SEJAK PKP, HARI INI PERTAMA KALI BALIK PUTRAJAYA.. BANYAK JUGA BERUBAH Kebetulan hari ini MJJ ada appointment di Bangi. Terlanjur ke Putrajaya, saya dan Liyana pun turut meneman ke Putrajaya yang dijangka sehingga Isnin untuk selesaikan pelabgai urusan. Antaranya ialah urusan pembelian laptop Liyana. Disamping itu melihat perkembangan anak-anak i.e. Syafiq yang bakal tinggal di Pj, Hazim dan Ameera akan pindah ke KL kerana lokasi yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Ya Allah permudahkanlah urusan anak-anak kami mencari rezeki yang halal dan toyyiba. Sekian lama juga tidak menjejakkan kaki ke Putrajaya. Antara perubahan yang paling ketara ialah peasangan lampu-lampu berbentuk bulan pelbagai warna di tiangtiang lampu di sepanjang jalan. Selain itu Pihak Perbadanan Putrajaya telah memasang kon kekal sebagai pembahagian jalan sepanjang jalan hadapan Klinik Presint 18 bagi mengelakkan kereta pelawan parkir sepanjang jalan yang menimbnulkan masalah lalulintas penduduk Presint

03062020 : MASYARAKAT JAWA MALAYSIA; PENGHIJRAHAN RUMPUN MELAYU, nukilan MJJ

Image
03062020 : MASYARAKAT JAWA   MALAYSIA; PENGHIJRAHAN RUMPUN  MELAYU Membangunkan Negara Penulis; Muhamad Jasman Jurami Sejarah Penghijrahan Masyarakat Melayu keturunan Jawa ramai terdapat di Kampung2 di Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu terutama di Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Di Johor masyarakat Jawa ramai terdapat di Kampung2 di daerah Batu Pahat, Pontian dan Muar.  Di Selangor masyarakat Jawa   di Banting,Kuala Langat, Kelang,Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Masyarakat Jawa juga ramai di  Bagan Datok, Perak dan di Chuah Negeri Sembilan. Mereka berasal dari beberapa tempat di Pulau Jawa seperti dari Kebumen,Pachitan,Magelang dan Penorogo. Berdasarkan fakta sejarah, masyarakat Jawa telah  berhijrah ke Malaya @ Tanah Melayu Pada abad ke 15 semasa Kesultanan Melaka dan bertambah ramai semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu Pada abad ke 18-19 sebelum kedatangan Jepun Semasa Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 perkampungan Jawa telah wujud di Mel

02062020 : AQIDAH , KURAFAT DAN SYIRIK, KEIMANAN WAJIB DIPERKUKUHKAN, nukilan MJJ

Image
02062020 : AQIDAH , KURAFAT DAN SYIRIK, KEIMANAN WAJIB DIPERKUKUHKAN, nukilan MJJ  Aqidah bererti  kepercayaan, keyakinan atau  keimanan yang mantap dan tidak mudah terurai oleh mana2 pengaruh sama ada dari dalam atau dari luar diri seseorang. Aqidah yang benar (sahih) adalah berlandaskan dalil2 syariah daripada  Al- Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas agama Islam. Aqidah yang benar ialah mempercayai enam perkara rukun Iman iaitu percaya kepada Allah,malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya,kitab-kitab-Nya,hari akhirat,qadha dan qadar. Keimanan kepada Allah SWT dengan mengakui kewujudan-Nya, Allah yang Maha pemurah lagi Maha Penyayang ,pemilik hari pembalasan. Aqidah yang benar merupakan landasan tegaknya agama dan kunci diterima amalannya. Amalan seseorang tidak akan diterima oleh Allah kecuali amalan2  yang dilakukan oleh orang2 yang beriman yang berlandaskan aqidah,tidak  bercampur  kesyirikan. Allah Ta’ala  berfirman, وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ

01062020 : KEKEJAMAN KOMUNIS-SEJARAH HITAM KESULTANAN MELAYU, video EKOR LEMBU nukilan MJJ

Image
01062020 : KEKEJAMAN KOMUNIS-SEJARAH HITAM KESULTANAN MELAYU, video ekor lembu, nukilan MJJ Ekonomi dan Keimanan perlu diperkukuhkan Penulis; Muhamad Jasman Jurami  03 Mac 2020, merupakan hari memperingati sejarah hitam  Kesultanan Melayu di Indonesia,  khususnya di Sumatera. Kini genap 74 tahun pembunuhan kejam Komunis terhadap Raja2 dan Kesultanan Melayu di Sumatera Indonesia. Turut terkena tempias, adalah bangsawan-bangsawan dan penduduk yang tidak berdosa.  Pada 03 Mac 1946 Pengganas Komunis Indonesia mula menyerang Istana-Istana Kesultanan dan membunuh Para Sultan di Sumatera. Puteri-puteri baginda diperkosa, dirogol di depan mata ayahanda nya sendiri. Istana mereka dibakar hangus. Ada yang sempat melarikan diri, memohon pertolongan. Namun mereka tetap  diburu dan dibunuh kejam oleh Komunis tanpa belas kasihan. Pembunuhan kejam oleh komunis ke atas keluarga diraja meletus, merebak ke beberapa tempat di Indonesia. Berdasarkan sejarah, Ideologi Komunis telah menyerapi masyarakat Ind