12062020 : PENTINGNYA SUKAN DAN KELAS RENANG, PKPP, Melayu Tidak Malas
12062020 : PENTINGNYA SUKAN DAN KELAS RENANG, PKPP, Melayu Tidak Malas
Betapa pentingnya sukan renang
di malaysia tidak boleh dinafikan.
Renang adalah Body exercise yang selamat dan boleh memberikan manfaat kepada individu, masyarakat, organisasi dan negara.
Kebolehan berenang boleh mengelakkan dan menyelamatkan mati lemas diperairan.
InsyaAllah.
Bagaimanapun,
bermula PKP pada 18 Mac 2020,PKPB dan kini PKPP sehingga 31 Ogos 2020 sukan renang dan aktiviti yg berkaitan tidak boleh dilaksanakan
Segalanya akibat serangan Pandemik Covid 19 musuh tidak kelihatan dari Wuhan China yang masih belum yang berakhir.
Namun sukan renang dan aktviti berkaitan harus boleh dilaksanakan dengan SOP tertertu sebagaimana aktiviti yang lain.
Kita tidah mahu potential bakat anak2 muda yg bersinar untuk membawa dan mengharumkan nama Malaysia ke pentas antarabngsa melalui sukan renang terbantut.
Kita tidak mahu pemilik swimming academy, pengurus dan kakitangan pentadbirannya, ratusan ribu
tenaga pengajar kelas renang
part time dan full time hilang pekerjaan dan sumber pendapatan
Kita tidak mahu "sport science" development dalam industry renang terutamanya akan terus terjejas.
Kita tidak mahu mendengar kolam renang terbiar, tidak diuruskan dengan baik kerana tiada swimming class dan sumber kewangan daripada Swimming
Academy terputus.
Kita menyedari cost pool maintenance bukannya murah.
Realitinya orang Melayu pemilik dan pengurus Swimming Class Academy bukan malas.
Mereka terhalang untuk mengendalikan kelas renang dalam tempoh PKP, PKPB dan PKPP.
Mereka perlu membayar pelbagai, termasuk kos sewa bangunan, gaji kakitangan sebelum terpaksa ditamatkan. Mereka tidak berputus asa.
Sebagai alternatif,pelbagai aktiviti perniagaan diusahakan oleh pengusaha swimming academy.
Pengurus Piranha Swimming Academy,milik Bumiputera sepenuhnya di Putrajaya memulakan perniagaan baru
mengedarkan daging kambing dan ayam perap terutama di Lembah Kelang.
Mereka terus berdoa kerajaan dapat segera membenarkan semula aktiviti dan kelas swimming.
Majlis Sukan Negara bersama Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan semua pihak yang berkenaan harus dapat menyediakan SOP tertentu untuk dipatuhi.
Realitinya sukan dan aktiviti renang perlu diteruskan.
Tuduhan Pemimpin tertentu Orang Melayu Malas adalah Tidak benar.
Mjj, Putrajaya,
Ahad 14 Jun 2020.
Penulis,Mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD)
Comments
Post a Comment