22062020 : MISKIN BUKAN KERANA MALAS; TUDUHAN PEMIMPIN DIPERSOALKAN* *PENULIS; MUHAMAD JASMAN JURAMI*

22062020 : MISKIN BUKAN KERANA MALAS; TUDUHAN PEMIMPIN DIPERSOALKAN*

*PENULIS;  MUHAMAD JASMAN JURAMI*




Anggapan biar hidup miskin dan sengsara di dunia kerana dunia hanya sementara  dan  untuk orang kapir amatlah tidak wajar.

Quran Surah Al-Baqarah Ayat 201

 وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى ٱلدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ 

Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka".

Justeru itu, kehidupan di dunia juga perlukan kekayaan ,berharta
sihat di samping beriman untuk memenuhi tuntutan Rukun Islam. Untuk berinfaq dan bersedekah memerlukan  harta dan wang.
Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima.

Sejarah menunjukkan  peperangan,  penindasan, becana alam, musibah, ketidak setabilan politik  boleh mengakibatkan 
kemiskinan dan penderitaan.

Semasa penjajahan, British memberi tumpuan ekonomi di bandar dan mengabaikan orang Melayu yang tinggal di luar bandar.
Masyarakat Melayu  menjalankan pertanian sara diri, bertanam padi berskala kecil, kelapa,dan sebagai
nelayan.

Di bawah penyeliaan Pembesar Melayu yang mewakili Sultan, orang Melayu  membuka hutan untuk kawasan pertanian dan perkampungan dengan menggunakan gergaji, kapak dan parang. Justeru mereka bukan  setakat tidak malas bahkan telah menggunakan kudrat tenaga sepenuhnya.

Semasa  negara  menghadapi ancaman komunis, penduduk kampung  takut pergi bekerja apatah lagi tanah yang dimiliki terletak bersebelah hutan. Mereka bimbang ditangkap dan dibunuh kejam  komunis bukan kerana malas.

Pada tahun 70 an penduduk kampung termasuk ayah penulis telah mengusakan tanaman sayur-sayuran seperti sawi, timun,kacang panjang, Tomato dan sebagai.

Ketika itu ada orang tengah bertindak monopoli memborong hasil tanaman dengan harga  yang amat rendah. Timun dan sawi  yang kami usahakan dibeli secara borong hanya pada harga 3 sen sekilo, manakala harga jualan di pasaran mencecah 30 sen sekilo.
 Ternyata orang Melayu di kampung kami ketika itu  hidup dibelenggu kemiskinan dan sengsara  kerana penindasan orang Tengah.

Bagitu juga  peritiwa demontrasi  Baling oleh gerakan pelajar Universiti pada tahun 1974.
Rakyat  Baling ketika itu miskin bukan kerana malas, tetapi kerana kenaikan harga barangan keperluan dan harga getah yg merudum.

 Mutakhir ini negara  dilanda Pandemik Covid 19,musuh tidak kelihatan dari Wuhan China.
 PKP  bermula18 Mac 2020 , PKPB  dan kini PKPP   sehingga 31 Ogos 2020. Ramai yang terkesan, ada yang kehilangan pekerjaan, pendapatan, gagal menjelaskan hutang dan hidup sengsara.

Rakyat bernasib baik kerana terdapat pelbagai bantuan dan yang lebih penting bantuan  diterima  kumpulan sasar. Pada masa sama  ada yang memulakan perniagaan  mengikut norma baru melalui  kaedah atas talian.

 Rantaian Pandemik Covid 19 wajib diputuskan. 

Realitinya rakyat menghendaki kehidupan sejahtera, negara kekal aman,  Pemimpin bijak dan berintegriti, bukan krisis politik dan kepimpinan yang berterusan.

Tuduhan Pemimpin mengatakan Melayu malas boleh dipersoalkan.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya habis terpalit.

MJJ, Banting, Selangor.
Isnin 22Jun 2020 /30 Syawal 1441 H

Penulis, Mantan Pegawai Tadbir & Diplomatik dan Guru

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang