06062020 : REPLY WHATSSAPP GROUP GANG LAMA BPR

06062020 : REPLY WHATSSAPP GROUP GANG LAMA BPR



Wujud satu lagi group gang lama BPR.

Kali ini saya melayan juga kerana lebih ramai kawan-kawan lama disitu.  Nampak tanpa mengira pangkat dan status semasa bekerja. Alhamdulillah

Antara respond pertama saya;

🤲Alhamdulillah. 
😊T.kasih admin add saya dalam group ini. 
Buat masa ini saya hold dulu dlm group ini. Dlm ms yg sama masih mengekalkan stay dalam group xMACC dan beberapa group kecil BPR/SPRM.  Untuk makluman semua pada peringkat awal saya tertanya-tanya juga apa perbezaan antara dua group besar ini 🤔 
Setelah melihat keahliannya yang walaupun kebanyakan ahli adalah 80% sama, tetapi nampak lebih ramai dlm gr x MACC.  Namun kandungan dan cara sembang yang berlainan mengikut minat penulisan dan latar belakang ahlinya.
Yg x MACC agak serius dan msh aktif utk membincangkan pelbagai isu negara dan dunia  w.pun sudah berstatus YB. Berbeza mungkin dlm group ini yg  sembang secara santai tanpa mengira status jwt dulu, berkongsi pengalaman setelah menumpukan sepenuh masa bersama keluarga. afterall kita semua dah bersara.

Untuk makluman semua, semenjak adanya pelbagai channel /medium berkomunikasi samada IG, FB, WA, youtube, golongan warga emas dan yang seusia kita ini, kebanyakan memilih fb dan whatssap sbg medium utk berkomunikasi. Sy memilih IG dan FB serta blog utk upload status dan arkib foto saya.  Kpd yg blm friend dlm fb atau follow 👇 adalah IG, FB dan blog saya. Pada kebiasaannya, routine saya untuk membaca atau upload status ialah dua kali sehari iaitu jam 9.00 pagi dan atau 6.00 ptg.  Oleh itu maaf yer in future kalau ada yang bertanya, saya tidak jawab dalam group.

-----
Daripada status sahabat handai disini, besar kemungkinan saya akan #stayathome dalam group ini, wpun ada byk lg group WA yg lain kerana kebanyakan ahli group ini terdiri drpd kwn2 lama yg dikenali pelbagai status dan pangkat semasa di SPRM. Sy yakin ramai juga yg mengenali saya. Kita pun akan sembang-sembang santai tanpa memikirkan sebarang isu yang terlalu serius. Dalam usia kita ini topik yang paling digemari dalam mengekalkan silaturahim dan meneruskan ukhwah yang terputus buat seketiks kerana masing-masing sudah bersara ialah antaranya topik kekeluargaan, anak, cucu, kesihatan dan perkongsian tips kehidupan dan hobi.

-----------


Alhamdulillah melihat perkembangan wajah para sahabat  terkini nampak perubahan yang begitu ketara, sama juga dengan diri ini yang semakin dimamah usia. Didoakan agar semuanya sentiasa sihat dan dalam  kerahmatanNya serta sentiasa gembira bersama keluarga tersayang disisi.

------------

Saya percaya kita semua ada lebih daripada 20 group dalam satu-satu masa sekarang. Seperti biasa: pertama group keluarga terdekat (anak beranak), 
adik beradik, 
sepupu sepapat, 
ex sekolah/universiti/jabatan, belum lagi group jiran tetangga, group ngaji/surau/masjid, group ngeteh, mak jemah, mak kiah dll. Waimma apa group sekali pun, yang penting kita gembira dan sentiasa ada pengisian santai yang tidak membebankan kerana dalam masa yang sama masa kita semakin singkat untuk kembali kepadaNya dan turut memerlukan banyak pengisian diri untuk sama-sama berjumpa di Jannah kelak, InsyaAllah.
-------------

Last but not least, inilah photo saya yang terkini semasa 3 Syawal lalu. Salam ukhwah dan pertemuan secara maya.
Rohana Sapie
3.5.1982 - 3.5.2014.
Skr ddk di Morib,Banting dan Presint 18C Putrajaya☺️




Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang