03062020 : MASYARAKAT JAWA MALAYSIA; PENGHIJRAHAN RUMPUN MELAYU, nukilan MJJ

03062020 : MASYARAKAT JAWA   MALAYSIA; PENGHIJRAHAN RUMPUN  MELAYU
Membangunkan Negara




Penulis; Muhamad Jasman Jurami

Sejarah Penghijrahan

Masyarakat Melayu keturunan Jawa ramai terdapat di Kampung2 di Pantai Barat Semenanjung
Tanah Melayu terutama di Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan.

Di Johor masyarakat Jawa ramai terdapat di Kampung2 di daerah Batu Pahat, Pontian dan Muar. 
Di Selangor masyarakat Jawa   di Banting,Kuala Langat, Kelang,Kuala Selangor, Tanjung Karang dan Sabak Bernam. Masyarakat Jawa juga ramai di  Bagan Datok, Perak dan di Chuah Negeri Sembilan.

Mereka berasal dari beberapa tempat di Pulau Jawa seperti dari Kebumen,Pachitan,Magelang dan Penorogo.

Berdasarkan fakta sejarah, masyarakat Jawa telah  berhijrah ke Malaya @ Tanah Melayu Pada abad ke 15 semasa Kesultanan Melaka dan bertambah ramai semasa penjajahan Inggeris di Tanah Melayu Pada abad ke 18-19 sebelum kedatangan Jepun

Semasa Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke 15 perkampungan Jawa telah wujud di Melaka. Saudagar @ pedagang Jawa membantu membekalkan makanan kepada Melaka ketika serangan Potugis pada 1511.

Faktor  sosio ekonomi dan politik mendorong anak-anak muda masyrakat Jawa ketika itu merantau ke luar  kampung hingga ke Malaya seperti juga anak-anak muda Minangkabau, Bugis, Banjar, Aceh dan sebagainya. 

 Ketika itu Tanah Melayu masih dibawah jajahan Inggeris manakala  Indonesia di bawah jajahan Belanda.

Pada tahun 1830-1870 Belanda telah memperkenalkan sistem tanaman paksa di Pulau Jawa     
dalam usaha mengatasi bebanan Kewangan akibat perang Diponegoro 1825-1830.
Sistem Tanaman Paksa mewajibkan penduduk Jawa menanam sebahagian tanahnya dengan tanaman kopi, teh tebu dan rempah sebagai tanaman ekspot. Manakala penduduk yang tidak bertanah diwajibkan bekerja diladang milik Belanda.

Sistem tanaman paksa yang menguntungkan Belanda, sebaliknya mengakibatkan penduduk Jawa hidup bagaikan hamba,menderita, terseksa,miskin dan ramai yg jatuh sakit. Inilah antara faktor utama mendorong penghijrahan anak-anak muda Jawa ketika itu.

Realitinya penghijrahan penduduk pelbagai suku bangsa Melayu dari kepulauan Indonesia termasuk dari pulau Jawa ke Tanah Melayu @ Malaya adalah merupakan  perantauan penduduk  dalam gugusan wilayah yang sama iaitu masih dalam wilayah  Melayu Nusantara. Mereka  merantau  atas inisiatif sendiri, terpengaruh dengan rakan untuk memperbaiki kehidupan dengan membuka tanah pertanian dan perkampungan dibawah kawal selia Penghulu dan Pembesar  yang mewakili Sultan

Ada juga yang dibawa oleh As Sagof saudagar Arab yg mendapat konsesi membuka ladang kelapa di Pontian.
 Orang Jawa dibawa untuk bekerja di ladang tersebut dengan memperoleh kemudahan
  menunaikan haji.

 Terdapat juga yang minggat @ melarikan diri, terdiri drp tentera Jawa yg melarikan diri dari buruan penjajah Belanda.

Apabila sampai ke Malaya ada yang bekerja mengikut majikan yang telah membiayai kos kedatangan mereka. Mereka bekerja dalam tempoh 2 hingga 3 tahun dengan hanya diberikan tempat tinggal, makan  minum hingga mendapat gelaran Jawa Kontrak.

 Majikan orang2 Jawa ketika itu juga termasuk pembesar Istana, penduduk tempatan  dan orang Jawa yg telah berhijrah ke Malaya lebih awal. Ada anak-anak gadis majikan yang tertarik dan berkahwin dengan Jawa kontrak yang bekerja dengan keluarganya.

Pendudukan Jepun, ancaman Komunis dan suasana peperangan, kesusahan, penderitaan, keperitan hidup telah tidak memungkinkan mereka sebagai anak perantau untuk pulang ke tanah air. Sebaliknya mereka  rela atau terpaksa untuk tinggal menetap @ bermastautin di Malaya walaupun dengan penuh kesengsaraan dan penderitaan ketika Tanah Melayu diperintah Jepun dan  menghadapi ancaman komunis.

 Ketika itu ada yang menganggotai 'home guard' di bawah pentadbiran British bagi membantu mengawal keselamatan dan ada yang secara terpaksa atau tanpa disedari telah diperalatkan komunis.

Sebagai anak perantau  yang menghadapi pelbagai risiko, dipercayai  mereka datang dengan ilmu untuk mempertahankan diri dari musuh .

Pemisahan Negara  Orang Melayu

 Perjanjian Inggeris- Belanda 1824, memisahkan antara Wilayah jajahan Belanda dan  Inggeris.

Apabila memperoleh kemerdekaan kepulauan Melayu Nusantara di bawah penjajahan Belanda mewujudkan Negara Indonesia, manakala wilayah  Melayu Nusantara bekas tanah jajahan Inggeris iaitu Semenajung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak membentuk  Malaysia.

 Seluruh keturunan Melayu Nusantara yang beragama Islam dan telah bemastautin di Tanah Melayu semasa kemerdekaan  termasuk Minangkabau, Bugis, Banjar, Acheh  Jawa dan keturunan mereka adalah  merupakan orang Melayu, termaktub dalam perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia. 

Mereka telah turut sama berjuang menentang penjajah, menentang Malayan Union, mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu, dan bersama dalam pembentukan Malaysia.

Masyarakat Jawa telah bersama membangunkan negara, turut menganggotai pentadbiran dan perkhidmatan Awan, menganggotai Tentera dan Polis dalam mempertahankan keselamatan negara.

Masyarakat Jawa  terkenal dengan kerajinan  dan ketekunannya merupakan petani mengusahakan tanaman sawit, kelapa, kopi, ubi, keladi, pesawah dan penternak; pengeluar makanan utama negara.

 Integrasi melalui perkahwinan merentas sempadan  berlaku dan pasangan suami atau isteri tidak lagi terbatas sesama masyarakat Jawa.

Kini generasi ke tiga keempat masyarakat Jawa ramai yang tidak boleh bertutur dalam bahasa Jawa, mereka  menggunakan Bahasa Melayu Malaysia sepenuhnya dalam pertuturan seharian. Mereka juga tidak lagi mengamalkan budaya Jawa seperti generasi yang terdahulu. Sebagaj contoh generai baru keturunan Jawa tidak lagi menghidangkan nasi ambeng @ nasi dalam dulang berlauk ayam dan pelbagai semasa kenduri,tiada lagi upacara lengang perut @ mitoni ketika ibu hamil 7 bulan dan tiada lagi amung-amung, upacara ketika anak kecil buat pertama kali pijak ke tanah.

Taraf kehidupan yang lebih baik dan pendedahan keagamaan yang semakin meluas  memberikan  ruang dan peluang untuk mereka  mempertingkatkan  aktiviti keagamaan termasuk golongan wanitanya.

Masyarakat Jawa dan Politik

Dari segi politik, masyarakat Jawa kebanyakanya adalah penyokong tegar parti  UMNO dan PAS. Sejarah membuktikan orang Jawa turut  berada dalam barisan Kepimpinan Kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional yg ditunjangi UMNO yang memerintah selama 60 tahun sebelum tumbang 
pada PRU ke 14.

 Pengundi   muda terutamanya termakan pelbagai janji manifesto Pakatan Harapan dan pelbagai tuduhan ke atas Najib Razak, Perdana Menteri ke 6 .

Fenomena membimbangkan  semasa pemerintahan Pakatan Harapan , menjadi ikhtibar kepada Bangsa Melayu termasuk masyarakat Jawa untuk menyokong penuh kerajaan Pakatan Nasional
pimpinan Tan Sri Muhyiddin  Yassin, Presiden BERSATU, mantan Timbalan Presiden UMNO Perdana Menteri ke 8, yang disertai UMNO dan PAS bagi memastikan kedudukan agama Islam, Raja2 Melayu dan perkara 153, hak istimewa orang Melayu terpelihara.

Mereka juga kecewa ke atas pendirian Mahathir Mohammad yg berterusan mengecam UMNO, Muhyiddin Yassin dan usaha menjatuhkannya ketika negara berhadapan Pandemik Covid 19. 

Bangsa Melayu termasuk masyarakat Jawa kecewa dengan pergolakan politik dan krisis kepimpinan yang berterusan.
Kejatuhan Pakatan Harapan yg memerintah tidak sampai dua tahun adalah  berpunca kelemahan Mahathir yang telah berusia 94 tahun dan perletakan jawatannya.

Realitinya, Aceh,
Minangkabau, Banjar,Bugis, Mandailing dan Jawa kesemuanya adalah Melayu, manifestasi penghijrahan  dalam wilayah rumpun Bangsa Melayu. Mereka semua telah turut sama
memperjuangkan kemerdekaan, sebagai pemimpin, Anggota Keselamatan dan pentadbir yang berjasa dalam memperoleh keamanan dan pembangunan  negara.

Bukan seperti kacang lupakan kulit,
 
Marahkan nyamuk kelambu dibakar.

 MJJ, Banting,Selangor.
2Jun 2020/
10 Syawal 1441

Penulis,mantan Pegawai Tadbir & Diplomatik ( PTD ) dan Guru

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang