17062020 : ORANG YANG BERIMAN, MENGHINDARI PERBUATAN MUNGKAR, nukilan MJJ

17062020 : ORANG YANG BERIMAN, MENGHINDARI PERBUATAN MUNGKAR, nukilan MJJ


Penulis; Muhamad Jasman Jurami

Manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia di dunia. Manakala semulia-mulia di tubuh manusia adalah hati dan semulia-mulia sifat di dalam hati adalah keimanan.

Sebagai orang Islam kita wajib mempercayai enam perkara rukun Iman iaitu percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya,kitab-kitab-Nya,hari akhirat,qadha dan qadar.

Keimanan kepada Allah SWT ialah dengan mengakui kewujudanNya.
Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, pemilik hari pembalasan.
(Surah Al Fatihah; ayat 3 dan 4 )

Siapa yang kufur ingkar kepada Allah,  dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya,dan rasul-rasulNya, dan juga hari
akhirat,maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisa,ayat 136 )

 Keimanan  akan membolehkan lima rukun Islam ditunaikan dengan sempurna; mengucap dua kalimah syahadah,   solat fardhu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji kepada yang berkemampuan.

 Orang yang beriman  akan menghindari perbuatan mungkar seperti mencuri, menipu,berjudi, minum arak, berkhalwat,berzina  rasuah ,amalan kurafat dan syirik dan sebagainya kerana Allah maha melihat apa yang kamu kerjakan.

 إِنّ
َ ٱللَّهَ يَعْلَمُ غَيْبَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ ۚ وَٱللَّهُ بَصِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ 

 Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ghaib di langit dan bumi. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(Surat Al-Hujurat Ayat 18)

MJJ, Banting,Selangor
Isnin,23 Syawal 1441/15Jun 2020

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang