08062020 : *KEDAULATAN NEGARA PERLU DIPERTAHANKAN, KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK DILUPAKAN* *Penulis; Muhamad Jasman Jurami* Di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng bermaharaja lela sebaik sahaja Jepun menyerah kalah 1945. Sebelum Tentera British mendarat ke Tanah Melayu, tempoh 14 hari diambil peluang oleh Komunis Bintang Tiga bertindak ganas dan kejam. Ia sentiasa menjadi igauan peristiwa paling pahit dan getir apabila orang awam terutama Melayu diseksa dan di bunuh kejam oleh Komunis. Kampung dan pekan digempur, rumah dibakar, wanita diperkosa dan anak kecil dibakar hidup-hidup. Alasan Komunis ketika itu, mereka tali barut Jepun dan penghianat. Kakitangan Pejabat Daerah, Ketua Kampung dan AJKnya terutama di kawasan pedalaman banyak menjadi mangsa kekejaman. Untuk rekod, AJK dan ketua kampung penulis juga telah dibunuh kejam oleh Komunis. Pemimpin2 dan pejuang kemerdekaan Melayu semasa itu diperalatkan dan besekongkol dengan Komunis seperti Rashid Mydin, Abdullah CD. Samsiah Fakeh dan Mat Indera. Komunis terus mengganas. Pada awal pagi 17 Julai 1948, segerombolan kira-kira 100 pengganas komunis menyusup masuk dan menawan Pekan Gua Musang dalam tempoh seminggu. Pengganas komunis menangkap ketua-ketua masyarakat, membakar rumah kediaman dan membunuh kejam. 23 Februari 1950 – Peristiwa Bukit Kepong. Muhamad Indera dengan bantuan 180 pengganas komunis China telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yg diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah. Pertempuran berlaku sekitar jam 5:00 pagi telah mengorbankan 25 anggota polis dan orang awam Bangsa Melayu. Polis Melayu berjuang amat berani enggan menyerah walaupun anak dan isteri yang tinggal diberek kelamin menjadi pertaruhan. Pengganas Komunis membakar balai polis dan tanpa rasa belas kasihan mencampak anggota polis ,anak dan isteri ke dalam api yg sedang marak. Perundingan antara Tengku Abdul Rahman Ketua Menteri Tanah Melayu dan Pemimpin Komunis, ChinPeng 1955 gagal. Setelah Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan drp penjajahan British pada 31 0gos 1957 dan pembentukan Malaysia 16 Sep 1963 negara masih menghadapi ancaman pengganas Komunis. Negara mengistiharkan Darurat (1946-1960) . Sepanjang tempoh tersebut ramai anggota tentera, polis dan orang awam keba nyakannya Melayu tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman. Komunis juga memusnahkan harta benda awam dalam usaha melumpuhkan ekonomi negara. Askar dan Polis Melayu berjiwa kental, taat setia tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara. Mereka berjuang memburu pengganas komunis hingga berundur ke selatan Thailand. Agak memeranjatkan dan suatu keputusan amat berani apabila pada tahun 1974 Tun Abdul Razak Hussein Perdana Menteri Kedua mengadakan hubungan Diplomatik dengan Kerajaan China ketikamana komunis mengancam negara. Manakala semasa Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, beberapa tokoh politik dan wartawan telah ditahan dibawah ISA atas tuduhan terbabit dengan anasir subversif komunis. Antaranya Dato Abdullah Ahmad, orang kuat dalam pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein, Kassim Ahmad, Syed Husin Ali, Abdullah Majid dan Tan Sri Abdul Samad Ismail. Persoalannya apakah benar mereka komunis, atau mungkin ini strategi politik Ghazali Shafei dalam usaha meningkatkan kerjaya politiknya. Mereka dibebaskan semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia ke-4. Semasa Mahathir Mohamad Perdana Menteri, rundingan Haadyai yang merupakan perjanjian damai telah ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM) Perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan perletakan senjata PKM. Artikel 3.1 perjanjian menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia. Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia. Persoalannya apakah Anggota Keselematan dan orang awam redo dan berpuashati keatas langkah Kerajaan dibawah pimpinan Mahathir ketika itu untuk membantu bekas anggota komunis memulakan hidup baru di Malaysia. Apakah mereka mudah lupa kekejaman komunis.? Seramai 1,800 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera, termasuk ramai yang cacat kekal terkena tembakan peluru dan jerangkap samar ketika menjejaki komunis di dalam hutan. Dalam kalangan orang awam pula 2,473 terbunuh, 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis. Setelah 60 tahun merdeka, negara dalam keadaan aman tiada lagi pengganas komunis. Pembangunan pesat termasuk infrastruktur, pendidikan dan taraf kesihatan. Namun, pada Pilihanraya Umum Malaysia ke 14, ( PRU ke-14) pada 9 Mei 2018 Pakatan Harapan ( PH) dapat menumbangkan Barisan Nasional akibat pelbagai tuduhan keatas Najib Razak Perdana Menteri ke 6, ada pembelot dan janji manis dalam manifesto Pakatan Harapan. Dilaporkan dalam tempoh 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan dibawah kepimpinan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke- 7 terdapat pemimpin Politik pemerintah bersimpati dan memberikan sokongan kepada perjuangan Komunis. Ada pertemuan dengan bekas anggota Komunis dan abu mayat Chin Peng dapat dibawa balik dari Selatan Thailand dan ditabur di tempat kelahirannya di Setiawan Perak. Mahathir Mohammad Perdana Menteri ke 7 meletakkan Jawatan dan tumbanglah Kerajaan Pakatan Harapan. YAB Tan Sri Dato'Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dilantik Perdana Menteri ke 8 pada 1 Mac 2020, negara menghadapi krisis ekonomi yang teruk akibat Pandemik Covid 19. Tan Sri Muhyiddin pada 5 Jun 2020 memaklumkan Kerajaan akan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA ( PENJANA )dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”. PKP yang bermula 18 Mac 2020 , PKPB dan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ). sehingga 31 Ogos 2020. Pada masa sama, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin menerima tekanan Mahathir Mohamad. Parti Politik orang Melayu semakin berpecah. Krisis kepimpinan dan politik berpanjangan di samping pelbagai isu. Mengikut laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, melalui Sistem Imigresen Malaysia, mendapati seramai 76 258 (95. 6 peratus ) pelancung China tiada rekod tarikh keluar. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 1.3 juta kes kehilangan MyKad kerana cuai. Pada masa sama Kapal-kapal asing termasuk Kapal Tentera Laut China dilapurkan sering

*KEDAULATAN NEGARA PERLU DIPERTAHANKAN, KEKEJAMAN KOMUNIS TIDAK  DILUPAKAN* 

*Penulis; Muhamad Jasman Jurami*


Di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya (PKM) yang dipimpin Chin Peng  bermaharaja lela sebaik sahaja Jepun menyerah kalah 1945. 

Sebelum  Tentera British mendarat ke Tanah Melayu, tempoh 14 hari diambil peluang oleh Komunis Bintang Tiga bertindak ganas dan kejam.

Ia sentiasa menjadi igauan peristiwa paling pahit dan getir apabila orang awam  terutama Melayu diseksa dan di bunuh kejam oleh Komunis.

 Kampung dan pekan digempur, rumah dibakar, wanita diperkosa dan anak kecil dibakar hidup-hidup.

Alasan Komunis ketika itu, mereka
 tali barut Jepun dan penghianat.

Kakitangan  Pejabat Daerah, Ketua Kampung dan AJKnya terutama di kawasan pedalaman banyak menjadi mangsa 
kekejaman. Untuk rekod, AJK dan ketua kampung penulis juga telah dibunuh kejam oleh Komunis.

 Pemimpin2 dan pejuang kemerdekaan Melayu semasa itu diperalatkan dan besekongkol dengan  Komunis seperti Rashid Mydin, Abdullah CD. Samsiah Fakeh dan Mat Indera. 

Komunis terus mengganas.
Pada awal pagi 17 Julai 1948, segerombolan kira-kira 100 pengganas komunis menyusup masuk dan menawan Pekan Gua Musang dalam tempoh seminggu.

Pengganas komunis menangkap ketua-ketua masyarakat,  membakar rumah kediaman dan membunuh kejam. 

23 Februari 1950 – Peristiwa Bukit Kepong. Muhamad Indera dengan bantuan 180 pengganas komunis China telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yg diketuai Sarjan Jamil Mohd Shah.

Pertempuran  berlaku sekitar jam 5:00 pagi telah mengorbankan 25 anggota polis dan orang awam Bangsa Melayu. Polis Melayu berjuang amat  berani enggan menyerah walaupun anak dan isteri yang tinggal diberek kelamin menjadi pertaruhan. Pengganas Komunis  membakar balai polis dan tanpa rasa belas kasihan  mencampak anggota polis ,anak dan isteri  ke dalam api yg sedang marak.

Perundingan antara Tengku Abdul Rahman  Ketua Menteri Tanah Melayu dan Pemimpin Komunis, ChinPeng 1955 gagal. 

 Setelah Tanah Melayu mencapai 
Kemerdekaan drp penjajahan British pada 31 0gos 1957 dan pembentukan Malaysia 16 Sep 1963 negara masih menghadapi ancaman pengganas Komunis. 

Negara mengistiharkan Darurat (1946-1960) .
Sepanjang tempoh tersebut 
ramai  anggota tentera, polis dan  orang awam keba  nyakannya Melayu  tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman.
Komunis juga  memusnahkan harta benda awam dalam usaha melumpuhkan ekonomi negara.

Askar dan Polis Melayu berjiwa kental, taat setia  tidak berbelah bagi kepada Raja dan Negara.
Mereka berjuang memburu pengganas komunis hingga  berundur ke selatan Thailand.

Agak memeranjatkan dan suatu keputusan amat  berani apabila pada tahun 1974 Tun Abdul Razak Hussein Perdana Menteri Kedua  mengadakan hubungan Diplomatik dengan Kerajaan China  ketikamana  komunis mengancam negara.

Manakala semasa Tan Sri Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri, beberapa tokoh  politik dan wartawan telah ditahan dibawah ISA atas tuduhan terbabit dengan anasir subversif komunis. Antaranya  Dato Abdullah Ahmad,  orang kuat dalam pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein, Kassim Ahmad, Syed Husin Ali, Abdullah Majid dan Tan Sri Abdul Samad Ismail.

 Persoalannya apakah benar mereka komunis, atau mungkin ini strategi politik Ghazali Shafei dalam usaha meningkatkan kerjaya politiknya.

Mereka dibebaskan semasa pentadbiran Dr Mahathir Mohamad  Perdana Menteri Malaysia ke-4.

Semasa Mahathir Mohamad Perdana Menteri, rundingan  Haadyai yang merupakan perjanjian damai telah ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM)  Perjanjian ini membawa kepada pembubaran dan perletakan senjata PKM.

Artikel 3.1 perjanjian menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas  anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

Persoalannya apakah Anggota Keselematan dan orang awam redo dan berpuashati keatas langkah Kerajaan dibawah 
pimpinan Mahathir ketika itu untuk membantu bekas anggota komunis memulakan hidup baru di Malaysia. Apakah mereka mudah lupa  kekejaman komunis.?

 Seramai 1,800 anggota keselamatan terkorban dan 2,560 cedera, termasuk ramai yang  cacat kekal terkena tembakan peluru dan jerangkap samar ketika menjejaki komunis di dalam hutan.

 Dalam kalangan orang awam pula 2,473 terbunuh, 1,385 cedera dan 810 ditawan komunis.

Setelah 60 tahun merdeka,  negara dalam keadaan aman tiada lagi pengganas komunis.  Pembangunan  pesat termasuk infrastruktur, pendidikan dan taraf kesihatan. 
 
Namun, pada Pilihanraya  Umum Malaysia ke 14, ( PRU ke-14) pada 9 Mei 2018  Pakatan Harapan  ( PH)  dapat menumbangkan  Barisan Nasional akibat pelbagai tuduhan keatas Najib Razak Perdana Menteri ke 6, ada pembelot dan janji manis dalam manifesto Pakatan Harapan.

Dilaporkan dalam tempoh 22 bulan pemerintahan Pakatan Harapan dibawah kepimpinan Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke- 7 terdapat pemimpin Politik pemerintah  bersimpati dan memberikan sokongan kepada perjuangan Komunis. Ada pertemuan dengan bekas anggota Komunis dan abu mayat Chin Peng dapat dibawa balik dari Selatan Thailand dan ditabur di tempat kelahirannya di Setiawan Perak.

Mahathir Mohammad Perdana Menteri ke 7  meletakkan Jawatan dan tumbanglah Kerajaan Pakatan Harapan.

YAB Tan Sri Dato'Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin dilantik Perdana Menteri ke 8 pada 1 Mac 2020, negara menghadapi 
 krisis ekonomi yang teruk akibat Pandemik Covid 19.
 
 Tan Sri Muhyiddin pada
5 Jun 2020 memaklumkan Kerajaan akan memperkenalkan PELAN JANA SEMULA EKONOMI NEGARA  ( PENJANA )dengan tema “Bersama Menjana Ekonomi”.
PKP yang bermula 18 Mac 2020 , PKPB dan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ( PKPP ). sehingga 31 Ogos 2020.

Pada masa sama, kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin menerima tekanan Mahathir Mohamad.
Parti Politik orang Melayu semakin berpecah.
 Krisis kepimpinan dan politik  berpanjangan di samping pelbagai isu.

Mengikut laporan Ketua Audit  Negara 2018 Siri 2, melalui Sistem Imigresen Malaysia, mendapati seramai 76 258 (95. 6 peratus ) pelancung  China  tiada  rekod tarikh keluar. Manakala Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendedahkan 1.3 juta kes kehilangan MyKad kerana cuai.

Pada masa sama Kapal-kapal asing termasuk Kapal Tentera Laut China dilapurkan sering berada  di perairan negara.

Inilah yang  membimbangkan  rakyat.

 Bekas  anggota Keselamatan, Tentera dan  Polis serta ahli keluarganya dan orang awam  belum lupa peristiwa sedih kekejaman komunis.

Rakyat inginkan keamanan, keselamatan, kebahagian dunia dan akhirat,krisis politik dan pentadbiran harus berkesudahan.

Penulis, Mantan  Pegawai Tadbir & Diplomatik ( PTD)  dan Guru
MJJ, Putrajaya
 8Jun 2020

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang