09062020 : SEJARAH,POLITIK DAN KEPIMPINAN, nukilan MJJ

09062020 : SEJARAH,POLITIK DAN KEPIMPINAN, nukilan MJJ

Penulis;  Muhamad Jasman Jurami



Sejarah
 
Perkataan sejarah (history)  berasal  daripada perkataan arab iaitu syajaratun yang bermaksud pohon. Manakala istilah history merupakan terjemahan daripada perkataan yunani yakni Histories yang membawa maksud satu penyelidikan ataupun pengkajian.

Sejarah(history)
 digunakan untuk mengetahui peristiwa masa lampau berdasarkan fakta-fakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan pada waktu sekarang dan akan datang. 

Sejarah boleh berulang apabila peristiwa-peristiwa atau gejala yang berlaku pada masa dahulu boleh berlaku pula pada masa yang berlainan. 

Justeru sejarah boleh menjadi ikhtibar dalam kehidupan.

Politik

Apabila disebut politik, orang sering mengaitkannya dengan parti politik, menganggap politik itu adalah parti politik.

Realitinya politik mempunyai maksud atau pengertian yang lebih luas.

Politik adalah salahsatu kaedah atau proses  cara membuat keputusan dalam sesuatu 
Kumpulan atau Institusi tertentu  termasuk organisasi kerajaan, swasta, pertubuhan , korporat dan parti politik.

  Di dalam politik terdapat banyak isu dan persoalan yang ada hubung kait dengan konflik dan perlu ditangani.

Apabila  sesuatu keputusan dalam sesuatu organisasi atau institusi dibuat atas dasar politik ia memberikan gambaran bahawa keputusan tersebut dipengaruhi untuk kepentingan pihak atau individu tertentu bukan untuk mencapai objektif  kebaikan  organisasi.

Pemimpin

Pemimpin adalah individu yang  dipilih atau dilantik mengetuai suatu oganisasi , Institusi  pertubuhan atau masyarakat dari peringkat kampung hingga keperingkat negara.

 Dalam kepimpinan, akan wujud pemimpin yang berada dalam organisasi, Institusi atau pertubuhan yang mempunyai struktur yang tertentu. 

Pemimpin yang berilmu, berwawasan, berintegriti, mempunyai qualiti yang diyakini  dan   berkemampuan berfikir dalam pelbagai pendekatan bagi mencari alternatif serta mampu memperjelas atau memperhalusi sesuatu yang abstrak kepada yang nyata, tidak mudah berputus asa akan dinilai oleh masyarakat sebagai calon  yg baik yg harus dipilih atau dilantik sebagai pemimpin.

Dalam konteks negara, Pemimpin  yang berintegriti, mempunyai kekuatan fizikal dan mental dan barisan kepimpinannya yang boleh menjamin keselamatan, kedaulatan  negara,  agama dan bangsa serta  berkemampuan memulih dan memperkukuhkan ekonomi,kesihatan,pendidikan  dan kesejahteraan rakyat  adalah calon pemimpin pilihan.

Realitinya sejarah ada hubungkait dengan politik dan kepimpinan.

MJJ, Banting, Selangor.
10 Jun 2020

Penulis, Mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD ) dan Guru.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang