07062020 : EKONOMI DAN KEIMANAN WAJIB DIPERKUKUHKAN, nukilan MJJ

*EKONOMI DAN KEIMANAN WAJIB DIPERKUKUHKAN, Pandemik Covid  19*

*Penulis; Muhamad Jasman Jurami*



Sebagai orang Islam kita wajib mempercayai enam perkara rukun Iman iaitu percaya kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya,kitab-kitab-Nya,hari akhirat,qadha dan qadar.

Manusia adalah makhluk Allah yang paling mulia di dunia. Manakala semulia-mulia di tubuh manusia adalah hati dan semulia-mulia sifat di dalam hati adalah keimanan.

Allah Swt berfirman;

Siapa yang kufur ingkar kepada Allah,  dan malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya,dan rasul-rasulNya, dan juga hari
akhirat,maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah an-Nisa,ayat 136 )

Keimanan kepada Allah SWT ialah dengan mengakui kewujudanNya.
Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, pemilik hari pembalasan.
(Surah Al Fatihah; ayat 3 dan 4 )

Keimanan merupakan akidah atau kepercayaan yang timbul dari hati seseorang yang didorong oleh perasaan cinta dan kasih terhadap Allah.( Surah Al-Taubah: ayat 24)

Mereka yang beriman  ialah yang meyakini bahawa Allah Taala yang menjadikan alam ini serta makhluk-makhluk yang ada dalamnya dan mengurus dan mentadbir alam.
 (Surah Al-A'raaf ayat 54)

 Bahawa Allah swt yang memberi pertolongan kepada semua makhluk di dunia ini dalam semua perkara.
(Surah Al-An’aam ayat 14 ).

 Keimanan yg kukuh akan membolehkan lima rukun Islam ditunaikan dengan sempurna; mengucap dua kalimah syahadah,   solat fardhu lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, membayar zakat dan mengerjakan haji kepada yang berkemampuan.

 Keimanan  yang kukuh  akan menghindarkan  perbuatan mungkar seperti mencuri, menipu,berjudi, minum arak, khalwat,berzina  rasuah ,amalan kurafat dan syirik  di mana-mana sahaja walaupun tidak ada orang lain yang melihatnya.

Negara kini masih dalam peperangan menghadapi 
Pandemik  covid 19 musuh tidak kelihatan drp Wuhan China. PKP -  PKPB dari 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020 belum berakhir. Rakyat amat terkesan , pemergian orang yg disayangi, sengsara hilang pekerjaan dan  pendapatan, dihalang balik kampung di hariraya, suami tidak dapat berjumpa isteri, krisis kewangan dan keganasan rumah tangga, mengganggui kesihatan mental.

Pada masa sama negara menghadapi pelbagai isu, ribuan pelancung China tiada rekod pulang ke negaranya  dan tidak dapat dikesan,  Pendatang Tanpa Izin (PATI),  kehilangan jutaan MyKad , kehadiran kapal perang asing di perairan negara di samping krisis politik dan kepimpinan.

Realitinya Iman boleh luntur dan tidak dapat dipertahankan  akibat kesusahan, penderitaan,
kemiskinan, peperangan dan penjajahan hingga berlaku pembunuhan, menerima Komunis yang tidak pecayakan Tuhan.

Rakyat memberikan kepercayaan kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri dan barisan Kepimpinan dalam menangani pelbagai isu.

 Pertahankan kedaulatan Negara,Bangsa.
Redakanlah krisis politik dan kepimpinan, 
perkukuhkan
 Ekonomi dan Keimanan.

 Putuskan Pandemik Covid 19 ; Patuhi PKP dan PKPB.

Penulis;
Mantan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ( PTD)  dan Guru.

MJJ, Putrajaya  
6 Jun 2020

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang