18062020 : BERPADA MAKAN DURIAN ; MAHAL HARGANYA, UNTUK KESIHATAN JUA, nukilan MJJ

18062020 : BERPADA  MAKAN DURIAN ; MAHAL HARGANYA, UNTUK KESIHATAN JUA, nukilan MJJ



Penulis; Muhamad Jasman Jurami

Saya sentiasa mengingati  peristiwa mencemaskan yg dialami semasa bujang pada tahun 1981.

Saya ditahan di wad Hospital Kuala Lumpur (HKL)akibat makan durian.

Ketika itu saya tinggal menyewa di Flat Uda Jalan Pantai Baru, KL bersama sdr Tarmedi . ( Dato Hj Tarmedi Omar mantan Timbalan SUK Selangor/ Flat Uda telah dirobohkan dan dibina Pantai Business Park).

Bersama Tarmedi kami telah memborong durian yg sedang dipikul oleh orang Asli di Gombak dan memakan agak terlebih banyak.

Tengah malam seluruh badan saya,  terasa amat panas. Telinga saya kemerahan seperti berhampiran bara api .Saya meraung kesakitan. 

Malam itu juga Tarmedi menghantar saya ke Bahagian Kecemasan HKL. Saya  dimasukan ke wad dan melalui saluran darah tubuh saya dimasuki air berubat.Terimakasih sdr Tarmedi, para Doktor dan kakitangan HKL.

Beberapa tahun kemudian (Ogos 2000 )saya mendengar khabar orang kampung saya  telah meninggal dunia mengejut  akibat makan durian bersama minuman bergas.  Beliau ketika itu berumur 60 an, difahamkan tidak mempunyai sejarah penyakit kronik dan tidak pernah ditahan diwad.
 (Al -Fatihah untuk arwah)

Fakta sejarah membuatkan kita perlu lebih berhati-hati-hati.
Oleh kerana buah durian memang sedap, saya masih memakannya hingga kini.Makan beberapa ulas, bukan berapa biji.

Saya juga telah berkesempatan  berbincang dengan beberapa orang Doktor dan Pegawai Farmasi dalam tempoh beberapa tahun tentang implikasi makan durian. 
 Maklumbalas mereka seperti berikut:

Kebaikan Durian

Buah durian mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral seperti kalsium, magnesium, kalium dan zat besi.
Ianya boleh membantu penghasilan sel darah merah dan mengelakkan anemia atau sel darah merah yang rendah.

Kandungan vitamin C yang ada pada buah durian bertindak membantu meningkatkan imuniti tubuh. 

 Manakala kandungan  kalsiumnya  membantu meningkatkan kesihatan tulang.

Keburukan Durian

Pesakit diabetes@ kencing manis perlu berhati-hati dengan pengambilan buah durian. Sebarang kemungkinan boleh berlaku andainya gula dalam darah tidak terkawal.

Makan buah durian  yang banyak boleh menyebabkan panas badan keterlaluan.
Dinasihatkan makan beberapa ulas  agar tiada sebarang perubahan drastik dalam badan.

Pesakit kencing manis dan  buah pinggang apabila makan durian berlebihan
 menyebabkan paras gula dalam darah pesakit  meningkat mendadak, jantung menghadapi masalah dan
Pesakit boleh meninggal dunia mengejut.

Pengambilan air kosong amat digalakkan selepas makan durian untuk mengurangkan risiko dehidrasi walaupun individu yang sihat.

Kandungan potassium dalam buah durian yang tinggi boleh mempengaruhi tekanan darah dan kadar denyutan jantung. Ia secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan ubat  kencing manis atau darah tinggi terganggu.

Pesakit tiga serangkai,kencing manis,  jantung dan darah tinggi apabila makan durian berlebihan  boleh
diserang sawan dan  lumpuh separuh badan.

Minum air dalam kelopak durian

Semasa  saya berkhidmat  di Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar 1987 - 1990an saya sering membuat lawatan ke kawasan pedalaman dan sering dijamu  buah durian.

 Seringkali selepas menikmati  hidangan buah durian, atas nasihat mantan Boss saya  Dato Abd Aziz Derahman saya dan beliau meletakkan air mineral di kelopak durian dan meminumnya untuk mengelak pelbagai kemungkinan.

Musim Durian

Semasa ini musim durian telah tiba. Di pasaran durian dijual  terlalu mahal.Durian tidak dalam senarai kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan dan Hal ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Ramai penjual tidak meletak tanda harga.

Sebagai perbandingan harga sebji buah durian seberat sekilo menyamai sekampit beras sepuluh kilo.

 Walaupun harganya telah mahal,  masih terdapat penjual  nak untung lebih secara tidak berintegriti.  Dilaporkan Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP dapat menangkap penjual durian yang menipu dalam penggunaan timbang.

Realitinya durian mahal harganya dan boleh mendatang
kan bencana.

Berpadalah ketika makan durian.

MJJ, Banting. Khamis,18 Jun 2020/
26 Syawal 1441

Penulis, mantan Pegawai Tadbir & Diplomatik ( PTD)  dan Guru.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang