01062020 : KEKEJAMAN KOMUNIS-SEJARAH HITAM KESULTANAN MELAYU, video EKOR LEMBU nukilan MJJ
01062020 : KEKEJAMAN KOMUNIS-SEJARAH HITAM KESULTANAN MELAYU, video ekor lembu, nukilan MJJ
Ekonomi dan Keimanan perlu diperkukuhkan
Penulis; Muhamad Jasman Jurami
03 Mac 2020, merupakan hari memperingati sejarah hitam Kesultanan Melayu di Indonesia, khususnya di Sumatera.
Kini genap 74 tahun pembunuhan kejam Komunis terhadap Raja2 dan Kesultanan Melayu di Sumatera Indonesia. Turut terkena tempias, adalah bangsawan-bangsawan dan penduduk yang tidak berdosa.
Pada 03 Mac 1946
Pengganas Komunis Indonesia mula menyerang Istana-Istana Kesultanan dan membunuh Para Sultan di Sumatera. Puteri-puteri baginda diperkosa, dirogol di depan mata ayahanda nya sendiri. Istana mereka dibakar hangus.
Ada yang sempat melarikan diri, memohon pertolongan. Namun mereka tetap diburu dan dibunuh kejam oleh Komunis tanpa belas kasihan. Pembunuhan kejam oleh komunis ke atas keluarga diraja meletus, merebak ke beberapa tempat di Indonesia.
Berdasarkan sejarah,
Ideologi Komunis telah menyerapi masyarakat Indonesia sejak awal abad ke 20 di Pulau Jawa. Ia mempengaruhi golongan pekerja yg berpusat di Surabaya sehingga tercetus satu demontrasi pada 1926.
Gerakan Kemerdekaan Indonesia seiring dengan gerakan Komunis ini. Ideologi komunis mudah mempengaruhi rakyat dengan Cogan kata keadilan sama rata untuk semua.
Golongan Istana menjadi sasaran utama kerana dilihat sebagai kumpulan yang mewah dan dianggap bersubahat dengan Belanda. Justeru Komunis Indonesia merampas kekayaan dan menghapuskan struktur sosial feodal di rantau ini.
Kemiskinan dan lemah keimanan memudahkan pemikiran rakyat dipengaruhi dakyah komunis dan mudah membenci kerajaan beraja .Antara pemimpin komunis Indonesia ketika itu ialah Alimin dan Muso.
Komunis yg tidak percayakan Tuhan telah berjaya meluaskan pengaruh nya apa bila dapat menyusup dalam anggota tentera.
Akhirnya berlaku lah tragedi berdarah pembunuhan kejam keluarga kesultanan di Sumatera, Jawa, Kalimantan serentak.
Mereka dibunuh kejam tanpa dapat meloloskan diri kecuali yg tidak berada di Istana.
Manakala di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya yang dipimpin Cheng Peng bermaharaja lela terutama sebaik sahaja Jepun menyerah kalah 1945.Komunis bertindak ganas, membunuh kejam pemimpin2 kampung yg terletak di pedalaman.
Askar dan Polis Melayu ramai terkorban dan tercedera terkena jerangkap samar ketika menentang keganasan Komunis.
Atas pelbagai sebab termasuk masalah kemiskinan dan lemahnya Iman menyebabkan terdapat orang Melayu ketika itu menjadi tali barut komunis.
Alhamdulillah setelah Tanah Melayu mencapai
Kemerdekaan drp penjajahan British pada 31 0gos 1957 dan pembentukan Malaysia 16 Sep 1963 pengganas Komunis dapat dihapuskan. Lebih 60 tahun merdeka, negara dalam keadaan aman dan pembangunan yang pesat termasuk infrastruktur, pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Namun, pada Pilihanraya Umum Malaysia ke 14, ( PRU ke-14) pada 9 Mei 1918 Pakatan Harapan ( PH) dapat menumbangkan Barisan Nasional.
Tumbangnya BN akibat faktor dalaman, dikatakan wujud penyalahgunaan kuasa dan rasuah, perpecahan dan pada masa sama terdapat pelbagai janji manis PH.
Bagaimanapun ekoran persengkitaan dan perpecahan dalam parti2 PH, Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke 7 telah meletakkan jawatan pada 24 Feb 2020 dan runtuhlah Kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh kurang 2 tahun.
Atas budibicara Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan
Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
mengambilkira sokongan majoriti anggota Parlimen, Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin dilantik Perdana Menteri Malaysia ke- 8. Semoga dengan Perlantikan tersebut krisis politik yang membimbangkan rakyat akan tamat, tidak berpanjangan.
Sama-samalah kita berdoa agar negara terus aman, ekonomi yang kukuh, pentadbiran berintegriti, mencapai wawasan ke arah negara maju,Bangsa Melayu dan agama Islam tidak diperlekehkan, keimanan diperkukuhkan,
ancaman komunis dihindarkan,
tidak menyerapi pemimpin mana-mana parti politik dan anggota Keselamatan.
Semoga Allah mencucuri rahmat roh mangsa pembunuhan, kekejaman dan keganasan Komunis.
Penulis, Mantan Guru dan Pegawai Tadbir & Diplomatik
MJJ, Banting,Selangor
6 Mac 2020
Comments
Post a Comment