Posts

Showing posts from February, 2019

27022019 : Taman Dapur anjuran Persatuan Peladang Tg. Sepat

Image
27022019 : Taman Dapur anjuran Persatuan Peladang Tg. Sepat 27022019 : Taman Dapur anjuran Persatuan Peladang Tg. Sepat Bertemankan Ida, kami mengikut juri yang dilantik oleh Persatuan Peladang untuk mengadili Pertandingan Laman Dapur. Terpesona dan terkesima dengan kegigihan Kak Mah menghias dan menjaga Taman Laman Dapur nya. Seronok dan damai melibat bunga-bunga berkembang subur. Sayur-sayuran subur. Teringin juga hendak membantu, tapi tidak sempat kerana semasa saya balik kampung ialah tarikh pertandaingan di adili. Tapi tidak mengapa rezeki tidak pernah salah alamat. Antara ide yang ingin di sumbang ialah:- Taman Herba Idamanku, Sumber Ilhamku (THISI) Taman Dapur ini saya namakan Taman Herba Idamanku, Sumber Ilhamku (THISI) atas beberapa justifikasi. Di peringkat awal pembinaan pelan rumah Teratak Perdana, saya telah menyediakan sudut dapur ini unuk laman dapur.   Kerana minat kepada tumbuh-tumbuhan saya bukan sa

26022019 : Perancangan awal Program kem kesihatan komuniti

Image
26022019 : Perancangan awal Program Kem Kesihatan Komuniti Buat pertama kalinya saya menemankan Dr. Muhamad Rafie Md Kaslan memulakan langkah awal menganjurkan Program Kem Kesihatan Komuniti. Beliau selaku Pengerusi Alumni STAR Klang mencetuskan ide ini untuk berkolaborasi dengan penduduk Kg. Endah bagi program iyang melibatkan komuniti.  Di peringkat awal, program yang bermatlamatkan kesihatan ini dipersetujui oleh MJJ dan saya untuk diadakankan di rumah saya sahaja dan melibatkan ahli Alumni STAR Klang dan beberapa komuniti setempat di Indah Perdana. Walau bagaimanapun apabila timbul cadangan untuk melibatkan Tengku Pemaisuri Selangor sebagai Penaung dan jika Diizinkan untuk mencemar duli untuk merasmikan majlis, program ini sewajarnya dipanjangkan kepada lebih ramai golongan sasar iaitu penduduk Kg. Endah. Memandangkan Indah Perdana adalah sebahagian daripada Kg. Endah melalui projek pembesaran kampung, program ini perlu dipanjangkan kepada penduduk Kg. Endah. Melal

25022019 : Kemalangan Kipas jatuh ke atas sinoman

Image
25022019 : Kemalangan Kipas jatuh ke atas sinoman Selepas itu kami ke rumah Jasmah, ziarah beliau yang kebetulan mendapat musibah luka di kepala akibat terkena kipas semasa merewang di salah sebuah rumah di Bukit Kapar. Syukur tidak melarat dan melibatkan kematian.  Walau apa pun kejadian ini wajar mendapat perhatian yagn serius daipada pihak pengusaha canopy juga tuan rumah agar tidak berulang kali kedua. Kebetulan juga Mukmin Hakim baru dikurniakan baby sulung. Tahniah dan dapat bertemu baby, hilang seketika kerinduan terhadap cucu-cucu di Kuala Krai nun jauh di mata.

24022019 : Ke rumah Bik Saniah Sjangkang - tahniah Wawan

Image
24022019 : Ke rumah Bik Saniah Sjangkang - tahniah Wawan Kali kedua Bik Saniah mantu, kami tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis berlangsung. Walau apa pun kami dapat berjumpa pasangan pengantin samaada Izati mahupun Wawan selepas majlis. Tahniah untuk kedua-dua anak arwah Paman Samsudin (adik arwah ibu Mertuaku)

23022019 : Mahabbah Mahasiswa UKM di Kampung Endah

Image
23022019 : Mahabbah  Mahasiswa UKM di Kampung Endah Turut menyertai pertandingan kerabu bagi meramai dan menceriakan suasana. Alhamdullilah dibantu oleh Ida dan pagi ini dapat sembang semangat bersama cik Gayah dan Zah.  Dua orang wanita yang berasal dari Temerloh dan Sabah, tapi amat aktif di Indah Perdana. Semoga dengan berkawan dengan mereka, dapat mengambil sikap positif dan semangatnya untuk terus kuat menghadapi cabaran hidup. Insyaallah

22022019 : Mesyuarat Kem Kesihatan Komuniti di PDKL

Image
22022019 : Mesyuarat Kem Kesihatan Komuniti di PDKL Memandangkan Program yang diusulkan oleh Dr. Rafie yang di peringkat awalnya menggunakan Alumni STAR dengan kerjasama MKPP telah dijadikan Program yang melibatkan agensi kerajaan, saya rasa terpanggil untuk terus serius menjayakannya. Tempoh hari saya terpaksa KIV buat beberapa hari kerana urusan ibadah umrah dan tahap kesihatan yang kurang baik. Sehubungan itu dengan carpool bersama Hj. Shafie, saya turut menghadiri mesyuarat di Bilik Mesyuarat Sri Morib PDKL. Semoga Allah mempermudahkan program ini dan dapat memberi manfaat komuniti Kg. Endah khususkan dan memberkati kerja-kerja amal ini. Amiin. foto-foto diupload dalam fb Dr. Rafie.

21022019 : Laman Dapur Herba Inspirasi diri

Image
21022019 : Laman Dapur Herba Inspirasi diri laman ini memberi inspirasi diri untuk terus berteraphy melalui pokok-pokok bunga, sayur-sayuan dan herba. Insyaallah semoga diberi kekuatan untuk terus berteraphy agar terus sihat. 

20022019 : Kak Mah dan Ain serta serawa durian

20022019 : Kak Mah dan Ain serta serawa durian Menikmati serawa durian yang dibawa oleh K.Mah. Memang sudah seminggu tekak ini mengidamkan durian dan serawa durian. Kebetulan hari ini ke Econsave, belilah dua bungkus durian. Untuk terus makan, terasa masa pedih bahang batuk ini. Oleh itu menjadi serawa lah durian itu. disamping yang dibawa oleh Kak Mah dapat juga dinikmati oleh ain dan anak-anak. alhamdulillah

19022019 : Tidak Rugi Berbudi pada tanah, lemon dan belimbing besi, Alhamdulillah

Image
19022019 : Tidak Rugi Berbudi pada tanah, lemon dan belimbing besi, Alhamdulillah Alhamdulillah belimbing buluh yang ditanam di pojok lor dapur luar kini sudah mendatangkan hasil. Belimbing berwarna hijau buat penyedap masakan seperti masak lemak cilia pi aau masak singgang. Alhamdulillah setelah 2 tahun ditanam. Syukur juga pokok longan Ammar mula mengeluarkan bunga buat kali kedua.   Malangnya kali ini didapat beberapa ulat bulu mula berminat untuk menyerangnya.   Kena cari dan sembur ubat serangga nampaknya. Lemon juga telah mengeluarkan hasil 3 biji. Ahhamdulilah, tempoh hari saya cantas beberapa dahan (teringat petua Dr. Nordin Darus) Dedahan daun kelapa pandan di kawasan rumah juga telah banyak dan kena perun. Memandangkan pembantu yang membantu mengemas keliling rumah sudah dua minggu tidak datang dan tidak boleh dihubungi, kami membersihkan kawasan luar rumah seketika sementara mendapat pengganti.

18022019 : Menangani burung merpati di bumbung

18022019 : Menangani burung merpati di bumbung Sudah hampir dua minggu saya dan MJJ menghabiskan masa dan berehat di Villa MJJana. Selain dari mengambil antibiotic, badan terasa lemah dan turut membuat urutan dan terus berehat. Saya lebih banyak berehat dengan tidur. Sesekali tawaf keliling rumah berteraphy dengan bunga-bungaan dan tanam-tanaman yang lain.   Agak sedih juga melihat beberapa tapak tiang menjadi lokasi najis burung merpati.   Setiap petang saya cuba halau dengan pancutan air. Semoga tidak merebak. Menurut MJJ beliau akan cuba berurusan dengan penangkap burung di beberapa kebun di Indah Perdana. Sekiranya masih belum berjumpa, saya telah menghubungi penjual gel burung yang saya peroleh dari Mr. Google. Teringat burung-burung merpati dan terkukur yang banyak yang sengaja dibela olah jiran lama arwah ibu saya di Kanchong Darat. Setiap pagi dan petang tugas arwah Cikgu Bidin ialah menguruskan burung-burung tersebut yang semakin hari semakin jinak. B

17022019 : Muyi baby Husna bersama Hazim dan Ameera

Image
17022019 : Muyi baby Husna bersama Hazim dan Ameera Alhamdulillah setelah dua minggu juga baru berkesempatan muyi baby Husna, Muhammad Aryan Akashah. Seronok melihat bertambahnya ahli keluarga dalam carta keluarga JuramiRukijah. Wati dah enam orang cucunya. Tak sabar menunggu kepulangan cucu-cucuku, Ammar, Zara dan bakal yang dilahirkan tiga minggu lagi.   Menurut Kima, tempoh hari scan, mungkin babygirl. Tak kisahlah yang penting sihat dan cukup sifa.   Ya Allah, Semoga dipermudahkan.

16022019 : Wedding Zabedah dan Cikgu Mispan di Jalan Kebun dan keluarga Saadiah singgah rumah

Image
16022019 : Wedding Zabedah dan Cikgu Mispan di Jalan Kebun dan keluarga Saadiah singah rumah Alhamdulillah , setelah hampir dua minggu tinggal batuk-batuk di peringkat hujung kerana kahak yang kering. Semoga tidak memudaratkan. Hari ini juga kami mula menjalani kehidupan seperti biasa. Menghadiri jemputan majllis perkahwiman sahabat handai dan saudara mara. Pagi ini dimulakan dengan wedding di rumah Zabedah, rakan persekolahan di Jalan Utama Kg. Endah.   Satu-satunya anak bongsu, Munirah yang tinggal dulu pernah bersekolah sekali dengan Hafiz semasa di Sekolah Integrasi Gombak. Jodohnya bersama keturunan anak mami dari Pulau Pinang. Semoga jodoh berkekalan hingga ke jannah. Syukur juga terjumpa sepupu MJJ di Majlis perkahwinan Zabedah dari JalanKebun dan mereka turut singgah sebentar ke Villa MJJana. Pada sebelah petangnya pula sebelum ke rumah Cikgu Mispan di Jalan Kebun, saya meneman MJJ berurut dengan Wak Din di Sg. Buaya. Kelihatan kerusiyang dibuat sen

15022019 : Muhasabah diri di Raudhah – berunuzon kepada Allah

15022019 : Muhasabah diri di Raudhah – berunuzon kepada Allah Pengalaman ke Raudhah di Masjid Nabawi tempoh hari dengan dipimpin dan dibantu oleh staf Masjid memberi sedikit sebanyak konsep bersabar dan berunuzon. Jemaah wanita kami seramai lebih kurang 14 orang telahbersiap sedia selepas solat isya pada hari kedua di Masjid Nabawi. Teringat penerangan daripada Ustazah Mas, seorang warga Indonesia yang telah tinggal di Madinah selama 14 tahun, bukan mudah untuk menjejakkan kaki ke salah sebuah taman syurga ini .   Berbeza dengan Jemaah lelaki yangboleh pergi ke sana bila-bila masa sahaja kerana dikawasan itu adalah berdekatan dengan imam dan mereka yang datang awal dan solat di bahagian hadapan agak mudah untuk memasukinya. Budan senang untuk mendapatkan pahala. Semangat dan kekuatan serta dengan izinNya juga setelah bersesak-sesak melalui beberapa perhentian, sampailah masanya saya menjejakkan kaki ke karpet hijau. Salam pada Rasulullah dan para sahabat. Dalam k

14022019 : Muhasabah diri – makanan di Mekah

14022019 : Muhasabah diri – makanan di Mekah Mengambil kira pekej umrah kali ini yang kami ingin merasai pelbagai menu di Madinah dan Mekah selain dari menu-menu yang disediakan di hotel, kami hanya mengambil pekej sarapan sahaja.   Bagi lunch dan dinner setiap seorang ditolak RM70 sehari dan menjadikan RM4900 bagi 7 orang selama 10 hari. Alhamdulillah memikirkan untuk mencuba menu di luar d samping menjimatkan masa dari berkejar-kejar balik ke hotel untuk tidak terlepas waktu makan, serta mencari kelainan, dengan izinNya dan bantuan anak-anak kami dapat merasai pelbagai menu di luar. Puas merasai nikmat nasi arab yang begitu besar portionnya dan lain-lain membuka tekak dan minda keluarga khususnya anak-anak. Teringat semasa musim haji 12 tahun dahulu. Hajah Zabedah dan Jah yang sentiasa mempunyai stock makanan dari Malaysia mempelbagaikan menu. Teringat juga makan roto nan giant yang hanya berharga SAR1   tetapi kuah kambing SAR5. Ada kala roti nan diberi percuma. Foto

13022019 : kurma Mariami dan Haji Ashari, pasar Kakiah - update foto

Image
13022019 : kurma Mariami dan Haji Ashari, pasar Kakiah Perkenalan kami Jemaah haji wanita dengan Tuan hj. Ashari bermula pada tahun 2007. Selasaikan menunaikan haji kami dibawa berjalan-jalan ke kawasan kota mekah, ke rumah keluarga beliau, meninjau kawasan mudzalifah selepas wukuf dan merasai daging korban masak kawah di rumah beliau. Tempoh hari sebelum bertolak ke madinah, ada saya whatsapp beliau menyatakan yang kami sekeluarga akan kesana dan berharap dapat jumpa beliau. Sesampainya di Mekah beliau menghubungi saya dan kebetulan semasa ziarah luar ke Thaif, kami singgah di pasar Kakiah.   Allah hu akhbar.   Dengan izinnya jua kami dapat berjumpa walaupun sebentar Cuma dan sempat bergambar bersama keluarga.   Kini beliau mempunyai dua buah kedai di pasar Kakiah, sebuah menjual..

12022019 : Pisio Liza kuat semangat lutut untuk bertawaf dan kisah cengkerik serta toilet

12022019 : Pisio Liza kuat semangat lutut untuk bertawaf dan kisah cengkerik serta toilet Alhamdulillah, semalam saya meneruskan pisioteraphy bersamapisioteraphyist Liza di Hospital putrajaya. Atas beberapa panduan, tip dan nasihat beliau juga serta dengan izinNya dapat saya melakukan ibadah di baitullah tempoh hari. Syukur dapat melakukan ibadah termasuk sunat kecuali bersukaria.    Pemergian saya kali ini lebih kepada tumpuan meohon keampunan dan ibadah. Tidak seperti dahulu, sambil beribadah sambil bershopping termasuk membeli jubah-jubah samada untuk ole-ole atau untuk kegunaan sendiri. Kali ini hanya memakai jubah yang sedia ada. Alhamdulillah tidak terjebak dalam membeli walau sehelai pun jubah. Beberapa kali apabila singgah di mana-mana surau atau RnR di Petronas di Malaysia, betapa perlu kita bersyukur kerana kemudahan yang disediakan. Teringat peristiwa memasuki WC atau toilet di perkarangan Masjidil Haram. Semasa tahun 2007 dahulu, keadaan Jemaah yang lebih ramai

11022019 : Pembetulan bacaan AlQuran di Masjid Nabaw - update foto

Image
11022019 : Pembetulan bacaan AlQuran di Masjid Nabawi Meneruskan bacaan untuk menghabiskan juzuk kuteruskan selepas setiap kali solat. Teringat hari kedua di Masjid Nabawi di mana kebetulan semasa beriqtikaf di Masjid, say amenruskan untuk membaca AlQuran.   Kebetulan pagiitu saya duduk di persekitaran Jemaah Indonesia dan Alhamdulillah belai turut menyemak bacaan saya. Alhamdulillah. Selepas itu saya mengambil peluang untuk menyemak bacaan daripada beberapa Jemaah Arab yang memang sentiasa mengadakan kelas-kels mengaji selepas subuh atau selepas asar. Terpasang juga niat dihati untuk meneruskan bacaan bila balik ke Malaysia sekiranya saya tidak dapat khatam AlQuran. Syukur dapat membacanya hingga juzuk ke 15 di hari ke 10 di Masjidil haram. Teringat juga semasa menunaikan haji, di hadapan kaabah di salah sebuah tiang tetiba saya dipertemukan dengan seoragn Jemaah haji lelaku, munggin dari Arab atau Pakistan yang sedang mengaji.   Beliau seiras-iras menyerupai arwah ayah saya

10022019 : IBADAH UMRAH; SEPANJANG PERJALANAN 22/1-2/2/19

Image
 10021019 : IBADAH UMRAH; SEPANJANG PERJALANAN 22/1-2/2/19 Alhamdulillah saya bersama keluarga seramai tujuh orang dapat mengerjakan umrah dan selamat kembali ke tanah air. Kami mengerjakan umrah melalui Kosas travel & tours Sdn Bhd, anak syarikat Koperasi Anak-anak Selangor Berhad (KOSAS). Pilihan dibuat berdasarkan harga yang kompetitif, tawaran perkhidmatan yang menarik dan  kami merupakan anggota KOSAS. Penerbangan pergi dari KLIA ke Madinah dan pulang dari Jeddah ke KLIA dengan Syarikat penerbangan Saudi Arabia. Rombongan kami kesemua berjumlah 38 orang,tidak semua ahli KOSAS diketuai Puan Yusnelly binti Yahya pegawai Kosas travel & tour dan seorang Mutawwif Ustaz Muhammad Faris pencetus ummah (PU) 2016. Terima kasih atas kerjasama kalian Pakej umrah yang dipilih ialah umrah primium, di Madinah hotel Dar Eiman Al Mannar bertaraf 4 bintang, 100 meter dari Masjid Nabawi atau setaraf. Manakala di Mekah hotel Dar Eiman Royal Safwah  lima bintang 50 meter dari Masjidil