16022019 : Wedding Zabedah dan Cikgu Mispan di Jalan Kebun dan keluarga Saadiah singgah rumah
16022019
: Wedding Zabedah dan Cikgu Mispan di Jalan Kebun dan keluarga Saadiah singah
rumah
Alhamdulillah , setelah hampir dua minggu tinggal
batuk-batuk di peringkat hujung kerana kahak yang kering. Semoga tidak
memudaratkan.
Hari ini juga kami mula menjalani kehidupan seperti
biasa. Menghadiri jemputan majllis perkahwiman sahabat handai dan saudara mara.
Pagi ini dimulakan dengan wedding di rumah Zabedah, rakan
persekolahan di Jalan Utama Kg. Endah.
Satu-satunya anak bongsu, Munirah yang tinggal dulu pernah bersekolah
sekali dengan Hafiz semasa di Sekolah Integrasi Gombak. Jodohnya bersama
keturunan anak mami dari Pulau Pinang. Semoga jodoh berkekalan hingga ke
jannah.
Syukur juga terjumpa sepupu MJJ di Majlis perkahwinan
Zabedah dari JalanKebun dan mereka turut singgah sebentar ke Villa MJJana.
Pada sebelah petangnya pula sebelum ke rumah Cikgu Mispan
di Jalan Kebun, saya meneman MJJ berurut dengan Wak Din di Sg. Buaya. Kelihatan
kerusiyang dibuat sendiri dari batang kopi oleh pekerja kontrak rumah, sungguh
kreatif.
Foto: wedding Zabehah, kerusi keluarga Saadiah dan cikgu
Mispan,
Comments
Post a Comment