14022019 : Muhasabah diri – makanan di Mekah
14022019
: Muhasabah diri – makanan di Mekah
Mengambil kira pekej umrah kali ini yang kami ingin
merasai pelbagai menu di Madinah dan Mekah selain dari menu-menu yang
disediakan di hotel, kami hanya mengambil pekej sarapan sahaja. Bagi lunch dan dinner setiap seorang ditolak
RM70 sehari dan menjadikan RM4900 bagi 7 orang selama 10 hari.
Alhamdulillah memikirkan untuk mencuba menu di luar d
samping menjimatkan masa dari berkejar-kejar balik ke hotel untuk tidak
terlepas waktu makan, serta mencari kelainan, dengan izinNya dan bantuan
anak-anak kami dapat merasai pelbagai menu di luar.
Puas merasai nikmat nasi arab yang begitu besar
portionnya dan lain-lain membuka tekak dan minda keluarga khususnya anak-anak.
Teringat semasa musim haji 12 tahun dahulu. Hajah Zabedah
dan Jah yang sentiasa mempunyai stock makanan dari Malaysia mempelbagaikan
menu. Teringat juga makan roto nan giant yang hanya berharga SAR1 tetapi kuah kambing SAR5. Ada kala roti nan
diberi percuma.
Foto : roti nan
Ada kalanya ditambah dengan laba…sayur-sayuran untuk
desert selain daripada Brahim dan makanan yang dimasak oleh petugas Tabung
Haji. Untuk 20 hari terawal memang masih
boleh tahan lagi tapi selepas itu kami banyak sedekahkan pekej kami kepada
Jemaah lain yang lebih memerlukan.
Foto: kami berlapan semasa haji
Alhamdulillah kami masih berhubung melalui Whatsapp group
Haji iaitu K.Zah, Zabedah, jah dan Rafidah. Semoga mereka terus diberi
kesihatan dan kami terus bersilatulrahim.
Comments
Post a Comment