27022019 : Taman Dapur anjuran Persatuan Peladang Tg. Sepat
27022019 : Taman Dapur anjuran Persatuan Peladang Tg. Sepat
27022019 : Taman Dapur anjuran Persatuan Peladang Tg. Sepat
Bertemankan Ida, kami mengikut juri yang dilantik oleh Persatuan Peladang untuk mengadili Pertandingan Laman Dapur.
Terpesona dan terkesima dengan kegigihan Kak Mah menghias dan menjaga Taman Laman Dapur nya.
Seronok dan damai melibat bunga-bunga berkembang subur. Sayur-sayuran subur.
Teringin juga hendak membantu, tapi tidak sempat kerana semasa saya balik kampung ialah tarikh pertandaingan di adili.
Tapi tidak mengapa rezeki tidak pernah salah alamat.
Antara ide yang ingin di sumbang ialah:-
Taman
Herba Idamanku, Sumber Ilhamku (THISI)
Taman Dapur ini saya namakan Taman Herba Idamanku, Sumber
Ilhamku (THISI) atas beberapa justifikasi.
Di peringkat awal pembinaan pelan rumah Teratak Perdana,
saya telah menyediakan sudut dapur ini unuk laman dapur. Kerana minat kepada tumbuh-tumbuhan saya
bukan sahaja menyediakan taman bunga sepanjang lorong ke Taman THISI ini. Saya
jadikan dipojok dapur bersesuaian dengan kegunaan tumbuhantumbuhan tersebut
seperti sayur-sayuran dan herba serta dijadikan tempat bersantai menikmati
makanan yang telah dimasak.
Tumbuhan dan tanaman sayuran dan herba perlu di hargai
dan ditonjolkan kerana ia berguna dan banyak manfaat. Ia boleh disulam dengan
tumbuhan berbunga yang lain.
Saya sangat hargai dunia tumbuh-tumbuhan kerana kelihatan
begitu ceria dan sihat walaupun telah bersama dari dunia masakan. Pengalaman saya yang pernah terbabit dalam
perniagaan makanan merasakan keperluan bahan-bahan tersebut ketika memasak.
Oleh itu saya akan pastikan sekurang-kurangnya ada bahan sayur dan herba asas
di LDISI ini.
Selain menjadi taman dapur (backyard garden), kawasan
sudut ini merupakan kawasan yang banyak saya luangkan banyak masa dalam
kehidupan seharian saya.
Fasiliti yang lengkap memudahkan saya menghabiskan waktu
pagi dan petang saya sambil minum kopi bersama keluarga disamping melakukan
teraphy ibadah seperti mengulangkaji terjemahan Al-Quran.
Dengan rimbunan dedaun, deretan ulam-ulaman yang berbau
harum sentiasa menyegarkan udara menjadikan satu teraphy kesihatan dan diri
kami yang semakin meningkat usia.
Reka bentuk kreatif, gabungan empat eleman dalam
kehidupan, physical, psychological, social dan sprititual.
Kreatif bahan terbuang, tayar,
Berkonsepkan…
Anda sukakan taman yang
indah dan menenangkan jiwa? Berehat-rehat di taman sambil melihat keindahan dan
kehijauan tumbuh-tumbuhan di sekeliling kediaman?
Comments
Post a Comment