12022019 : Pisio Liza kuat semangat lutut untuk bertawaf dan kisah cengkerik serta toilet


12022019 : Pisio Liza kuat semangat lutut untuk bertawaf dan kisah cengkerik serta toilet

Alhamdulillah, semalam saya meneruskan pisioteraphy bersamapisioteraphyist Liza di Hospital putrajaya. Atas beberapa panduan, tip dan nasihat beliau juga serta dengan izinNya dapat saya melakukan ibadah di baitullah tempoh hari. Syukur dapat melakukan ibadah termasuk sunat kecuali bersukaria.  Pemergian saya kali ini lebih kepada tumpuan meohon keampunan dan ibadah. Tidak seperti dahulu, sambil beribadah sambil bershopping termasuk membeli jubah-jubah samada untuk ole-ole atau untuk kegunaan sendiri.
Kali ini hanya memakai jubah yang sedia ada. Alhamdulillah tidak terjebak dalam membeli walau sehelai pun jubah.
Beberapa kali apabila singgah di mana-mana surau atau RnR di Petronas di Malaysia, betapa perlu kita bersyukur kerana kemudahan yang disediakan.
Teringat peristiwa memasuki WC atau toilet di perkarangan Masjidil Haram.
Semasa tahun 2007 dahulu, keadaan Jemaah yang lebih ramai terutama Jemaah Pakistan yang saya lihat meleret-leret jubahnya di bilik air. Dari segi kebersihan, walahualam, semoga Diterima.
Tempoh hari, buat pertama kalinya saya ingin melepaskan hajat disamping mengambil air sembahyang sebelum tawaf wida.  Di toilet yang sama pernah saya masuki 12 tahun dahulu, kebersihan lebih meyakinkan.  Lagipun Jemaah tidak seramai dahulu. Tetapi nampak ada perbezaan.
Terima kasih kepada semua pekerja pembersihan di Masjidil haram.  Ada orang kata jika hendak bersedekah berilah kepada mereka, orang-orang tua dan kanak-kanak. Alhamdulillah.
Teringat juga kisah cengkerik.
Satu ketika semasa slot Nurani di Roof Top Masjidil haram, terasa banyak cengkerik yang pernah satu masa menjadi viral di Malaysia. Memang betul,,  agak banyak, tetapi tidak sebanyak yang diviralkan.
Teringat kisah Jemaah Arab menendang cengkerik bagi mengelak ketakutan anaknya sambil solat. Tendang punya tending dah bergerak jauh cengkerik itu. Di hadapan mata saya sendiri melihat pekerja-pekerja pembersihan dengan menggunakan alat khas membuang atau mengutip cengkerik agar tidak mengganggu Jemaah beribadah.
Syukur atas khidmat mereka membersihkan kawasan-kawasan di persekitaran saei tawaf dan keseluruhan masjid.  Semoga mereka yang dikatakan mendapat gaji yang jauh berbeza 800% sekiranya pekerja asing dengan pekerja tempatan terus Dipermudahkan mendapat rezeki demi membantu Jemaah melakukan ibadah.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang