15022019 : Muhasabah diri di Raudhah – berunuzon kepada Allah
15022019
: Muhasabah diri di Raudhah – berunuzon kepada Allah
Pengalaman ke Raudhah di Masjid Nabawi tempoh hari dengan
dipimpin dan dibantu oleh staf Masjid memberi sedikit sebanyak konsep bersabar
dan berunuzon.
Jemaah wanita kami seramai lebih kurang 14 orang
telahbersiap sedia selepas solat isya pada hari kedua di Masjid Nabawi.
Teringat penerangan daripada Ustazah Mas, seorang warga
Indonesia yang telah tinggal di Madinah selama 14 tahun, bukan mudah untuk
menjejakkan kaki ke salah sebuah taman syurga ini . Berbeza dengan Jemaah lelaki yangboleh pergi
ke sana bila-bila masa sahaja kerana dikawasan itu adalah berdekatan dengan
imam dan mereka yang datang awal dan solat di bahagian hadapan agak mudah untuk
memasukinya.
Budan senang untuk mendapatkan pahala. Semangat dan
kekuatan serta dengan izinNya juga setelah bersesak-sesak melalui beberapa
perhentian, sampailah masanya saya menjejakkan kaki ke karpet hijau.
Salam pada Rasulullah dan para sahabat.
Dalam kekangan masa dan
kesesasan dan turut terfikir untuk memberi peluang kepada Jemaah lain, saya
hanya menggunakan masa yang begitu terhad itu untuk menyampaikan salam sahabat
handai dan rakan taulan serta memohon apa yangtelah dihajati selama ini. Semoga dimakbulkan oleh yang Maha Kuasa.
Amiin
Comments
Post a Comment