26022019 : Perancangan awal Program kem kesihatan komuniti

26022019 : Perancangan awal Program Kem Kesihatan Komuniti

Buat pertama kalinya saya menemankan Dr. Muhamad Rafie Md Kaslan memulakan langkah awal menganjurkan Program Kem Kesihatan Komuniti. Beliau selaku Pengerusi Alumni STAR Klang mencetuskan ide ini untuk berkolaborasi dengan penduduk Kg. Endah bagi program iyang melibatkan komuniti. 

Di peringkat awal, program yang bermatlamatkan kesihatan ini dipersetujui oleh MJJ dan saya untuk diadakankan di rumah saya sahaja dan melibatkan ahli Alumni STAR Klang dan beberapa komuniti setempat di Indah Perdana.

Walau bagaimanapun apabila timbul cadangan untuk melibatkan Tengku Pemaisuri Selangor sebagai Penaung dan jika Diizinkan untuk mencemar duli untuk merasmikan majlis, program ini sewajarnya dipanjangkan kepada lebih ramai golongan sasar iaitu penduduk Kg. Endah.

Memandangkan Indah Perdana adalah sebahagian daripada Kg. Endah melalui projek pembesaran kampung, program ini perlu dipanjangkan kepada penduduk Kg. Endah. Melalui ketua Kampung sebagai entiti pemimpin tertinggi di kampung, kami telah menghantar Kertas Cadangan itu melalui emel kepada Setiausaha Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) iaitu En. Aminudin yang berlatarbelakangkan penjawat awam, mampu menggerakan program ini.

Ekoran daripada perbincangan antara empat mata, perkara ini pada dasarnya di persetujui oleh En. Zulhamin, Ketua Kampung Kg. Endah.  Alhamdulillah, semoga usaha yng tidak seberapa ini memberi manfaat kepada semua.  Sekurang-kurangnya untuk saya mendapat tempias pahala di dunia ini untuk bekalan di akhirat kelak.

Sehubungan itu minggu lepas, saya menemani Dr. Rafie menemua beberapa agensi terlibat seperti JKR, MDKL, pejabat Orang Besar Daerah Kuala Langat, Hospital Banting, Pejabat Kesihatan Kuala Langat dan sebagainya bagi menyerahkan surat sokongan dan Kertas Cadangan.

Dan hari ini saya membuat susulan surat menyurat tersebut yang secara kebetulan kami balik kg. 

Subhanallah, sesungguhnya usaha dan kekuatan semangat beliau memberi satu aura positif kepada diri ini untuk terus membantu.  Hilang segala sakit pening bagai dan sentiasa berdoa di setiap langkah membantu.
Semoga usaha ini memberi hasil yang baik dan diterima oleh komuniti setempat.


En. Shahul JKR Kuala Langat

di pejabat AADK berjumpa seorang wanita yang pernah sama berkhidmat di JPM.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang