18022019 : Menangani burung merpati di bumbung
18022019
: Menangani burung merpati di bumbung
Sudah hampir dua minggu saya
dan MJJ menghabiskan masa dan berehat di Villa MJJana. Selain dari mengambil
antibiotic, badan terasa lemah dan turut membuat urutan dan terus berehat.
Saya lebih banyak berehat
dengan tidur. Sesekali tawaf keliling rumah berteraphy dengan bunga-bungaan dan
tanam-tanaman yang lain. Agak sedih juga
melihat beberapa tapak tiang menjadi lokasi najis burung merpati. Setiap petang saya cuba halau dengan pancutan
air. Semoga tidak merebak.
Menurut MJJ beliau akan cuba
berurusan dengan penangkap burung di beberapa kebun di Indah Perdana. Sekiranya
masih belum berjumpa, saya telah menghubungi penjual gel burung yang saya
peroleh dari Mr. Google.
Teringat burung-burung
merpati dan terkukur yang banyak yang sengaja dibela olah jiran lama arwah ibu
saya di Kanchong Darat.
Setiap pagi dan petang tugas
arwah Cikgu Bidin ialah menguruskan burung-burung tersebut yang semakin hari
semakin jinak. Beratus ekor. Semoga rumah kami tidak menjadi sasaran
burung-burung tersebut.
Comments
Post a Comment