11022019 : Pembetulan bacaan AlQuran di Masjid Nabaw - update foto

11022019 : Pembetulan bacaan AlQuran di Masjid Nabawi

Meneruskan bacaan untuk menghabiskan juzuk kuteruskan selepas setiap kali solat. Teringat hari kedua di Masjid Nabawi di mana kebetulan semasa beriqtikaf di Masjid, say amenruskan untuk membaca AlQuran.  Kebetulan pagiitu saya duduk di persekitaran Jemaah Indonesia dan Alhamdulillah belai turut menyemak bacaan saya. Alhamdulillah.
Selepas itu saya mengambil peluang untuk menyemak bacaan daripada beberapa Jemaah Arab yang memang sentiasa mengadakan kelas-kels mengaji selepas subuh atau selepas asar.
Terpasang juga niat dihati untuk meneruskan bacaan bila balik ke Malaysia sekiranya saya tidak dapat khatam AlQuran. Syukur dapat membacanya hingga juzuk ke 15 di hari ke 10 di Masjidil haram.
Teringat juga semasa menunaikan haji, di hadapan kaabah di salah sebuah tiang tetiba saya dipertemukan dengan seoragn Jemaah haji lelaku, munggin dari Arab atau Pakistan yang sedang mengaji.  Beliau seiras-iras menyerupai arwah ayah saya Shafie bin Kusnan. Ya Allah, syukur atas nikmatmu kerana mungkin kerinduanyang teramat kepada arwah ayah semasa itu.
Melihatkan keadaan itu saya memberi air zam-zam dan beliau memberi isyarat mengucapkan terima kasih. Semoga doa-doa yang baik dimakbulkan sebab salah stu doa dimaqbulkan semasa minum air zam-zam.




Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang