Posts

Showing posts from March, 2020

31032020 : foto belum (Rabu) VIDEO DAN FOTO WHATSSAP DARI FAMILI MJJANA (Lockdown Day 12)

31032020 : (Rabu) VIDEO DAN FOTO WHATSSAP DARI FAMILI MJJANA (Lockdown Day 12) Biar gambar berbicara.

30032020 : foto belum (Selasa) MENU PELBAGAI MAKANAN MJJANA (Lockdown Day 11)

30032020 : (Selasa) MENU PELBAGAI MAKANAN MJJANA (Lockdown Day 11) Setelah menu yang disediakan disediakan, makanan dihidang dan sebelum makan, sesi fotografi oleh anak-anak untuk dijadikan kenangan dalam media social masing-masing. Mereka menyarankan untuk menyediakan tip-tip di youtube, InsyaAllah untuk anak cucu MJJana. Biarlah gambar berbicara.

29032020 : foto belum (Selasa) AQUARIUM SYAFIQ (Lockdown Day 13)

29032020 : (Selasa) AQUARIUM SYAFIQ (Lockdown Day 13) Semenjak Syafiq tinggal di sini, ikan-ikan terlalu mewah makanannya. Daripada ikan hidup daripada parit-parit di Indah Perdana, katak, belalang, cicak, ulat hinggalah ke anak-anak ikan senangin kecil yang dipotong-potong. Ikan-ikan semakin besar dan cantik. Nelofa, MB dan Loyana semakin membesar.

28032020 : foto belum (Isnin) MENANAM RUMPUT CARPET SEBELAH WETAN (Lockdown Day 11)

28032020 : (Isnin) MENANAM RUMPUT CARPET SEBELAH WETAN (Lockdown Day 11) Projek menanam rumput oleh MJJ dan Syafiq diteruskan.  Semoga ia berhasil selepas ini dan apabila sudah panjang dan perlu dipotong, batu-batu kecil tidak memecahkan tingkap atau melukakan penghuni atau pengunjung Villa MJJana.

27032020 : foto belum (Ahad) VIDEO CALL ANAK CUCU (Lockdown Day 10)

27032020 : (Ahad) VIDEO CALL ANAK CUCU (Lockdown Day 10) Bila kerinduan menjelma, hanya video call dan doa sahaja mengiringi anak cucu yang jauh di mata. Semoga mereka bahagian setiap masa, dan siibu kuat semangat melayan karenah tiga orang anak2 yang masih kecil

26032020 : foto belum (Ahad) SOLAT HAJAT COVID19 (Lockdown Day 8)

26032020 : (Ahad) SOLAT HAJAT COVID19 (Lockdown Day 8) Bagi menghindarkan dan memutuskan rantaian Covid19, kerajaan Malaysia telah menganjurkan solat hajat satu Malaysia. Kami tidak ketinggalan. Semoga dengan usaha ini dan saranan kerajaan untuk #stayathome dapat memutuskan rantaian. Teringat juga frontliner termasuk Zamri, anak menantu yang turut berjuang hidup dan mati membantu pesakit-pesakit di Hospital Kuala Krai.   Ya Allah, berilah ketenangan dan kemudahan kepada mereka yang sanggup menggadai nyawa, menyisihkan kebahagian bersama keluarga demi Disamping kesedihan dan pelbagai perasaan seluruh rakyat Malaysia termasuk diri ini, dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan Malaysia, ada juga baiknya. Antara yang ketara ialah kami dapat berkumpul sekeluarga termasuk menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat solat di masjid. Alhamdulilah, banyak kumpulan whatssap sudah bermula dengan tadarus secara maya Bermulalah dgn au'zubillah dan do

25032020 : foto belum tbc(Sabtu) OPS BERSIHKAN VILLA MJJana dan simpan video cucu (Lockdown Day 7)

25032020 : (Sabtu) OPS BERSIHKAN VILLA MJJana (Lockdown Day 7) Apa yang penting … KERJASAMA. Jom Ops Villa MJJana…

24032020 : (Selasa) MOVIE MELALUI AKAUN NEFLIX DAN KARAOKE (Lockdown Day 6)

Image
24032020 : (Selasa) MOVIE MELALUI AKAUN NEFLIX (Lockdown Day 6) Hari ke 6 pelbagai info diperoleh. Berkongsi kegemaran dengan anak remaja. Daripada pelbagai menu modern, perkembangan terkini pembelajaran, bersama-sama menonton movie melalui medium NETFLIX.   Selama ini TV di Villa MJJana kurang berfungsi kalau sekadar kami yang menonton.   Tapi kali ini bila isi keluarga ramai, pelbagai movie boleh dikongsi bersama. Terasa begitu dekat di hati.   Salah satu kebaikan ujian dari Allah tentang musibah ini. Antara aura positif yang diperoleh ialah: ·          Bertukar pendapat dan   pengetahuan anak-anak dari segi agama, ekonomi, dan   ilmu yang lain berdasarkan beberapa movie yang ditonton bersama. ·          Bersantai meluangkan masa makan bersama. ·          Bergotong-royong memperkemaskan kediaman di Villa MJJana. ·          Luahan hati ke hati dengan sentuhan kasih sayang. Setakat ini sempat join mereka menonton movie FLATFORM, SNOW PIERCER, TRAIN TO BUSAN, m

23032020 : (Isnin) PENGASINGAN BAHAN MENTAH (Lockdown Day 5) TIPS MUDAH MEMASAK

Image
23032020 : (Isnin) PENGASINGAN BAHAN MENTAH (Lockdown Day 5) TIPS MUDAH MEMASAK Setakat ini saya tidak pernah menyediakan barangan untuk musim catuan.   Semenjak berumah tangga dan semasa bekerjaya, saya amalkan tips di bawah,   Ia memudahkan kita khususnya bila kawasan di dapur aktif dengan pelbagai aktiviti. (bila ahli keluarga melebihi 2 orang pada satu-satu masa). Langkah-langkah sejurus barangan dapur (groceries shopping) basah dan kering yang dibeli. 1.     Asingkan mengikut keperluan masa dan tempat (contoh: Mingguan: tisu untuk kegunaan mingguan, beras, tepong, minyak, gula, etc) (harian: sayur2an, yang perlu masuk peti ais atau letak di luar sahaja) 2.     Asingkan bahan-bahan masak untuk semingu iaitu -           Ayam : asingkan dua bekas untuk dua kali masak (mengikut portion masakan iaitu 2X seminggu). Asingkan bahagian daging potong kecil untuk perencah, bahagian tulang untuk sup. (perlu basuh sekali sahaja sebelum diasingkan. Bila keluarkan

22032020 : (Ahad) PISANG – HASIL TANAMAN MJJ (Lockdown Day 4)

Image
22032020 : (Ahad) PISANG – HASIL TANAMAN MJJ (Lockdown Day 4) Kami, YB (Yang Bersara) memang sudah hampir 4 tahun “duduk diam-diam di rumah”. Walau bagaimana pun selain dari jadual Lockdown yang disediakan, menu sepanjang dua minggu turut disediakan. Menu berdasarkan bahan yang ada dan dijangka boleh diperoleh dari pasar basah terdekat.  Walau bagaimanapun beberapa hari terdapat menu tambahan dan perubahan sedikit kerana pelbagai citarasa ahli keluarga. Alhamdulillah. 30 tahun dahulu, saya sediakan jadual untuk anak-anak atau pembantu.  (esp hujung minggu).  Kini terasa muda kembali menyediakannya, cuma sekarang lebih banyak dibantu oleh anak-anak esp di dapur. Alhamdulillah. Nikmat apa yang kamu dustakan.         

21032020 : (Jumaat) JADUAL HARIAN (Lockdown Day 3)

Image
21032020 : (Jumaat) JADUAL HARIAN   (Lockdown Day 3) Beberapa kawasan awam dan masjid ditutup turut mencetuskan isu kepada beberapa pihak. Cukup sekadar mendengar pelbagai ulasan daripada pengulas bijak pandai agama menerusi media masa. Segala adalah ujianNya juga. Kini dengan pandemic Covid19, masing-masing punya pandangan sendiri yang diperoleh dari media masa khususnya group whatsapp. Think positif Pelbagai andaian dan spekulasi dari pakar di pelbagai bidang diviralkan melalui pelbagai media sosial. Secara peribadi, saya berpendapat pandemic ini ialah salah satu peringatan dariNya juga selain dari kejahilan manusia yang menyalahgunakan kebijaksanaan sesetengah pihak. Disamping itu kecanggihan dan sikap menguji kebijaksanaan yang melampaui akal manusia yang menyalahgunakan nikmat yang Allah beri telah memusnahkan harapan seluruh umat manusia di serata pelusuk dunia. Itu hanya sebagai asbab kerana setiap makhluk akan menemui ajalnya dengan cara masing-masing.

20032020 : JUST STAY AT HOME (Lockdown Day 2)

Image
20032020 : JUST STAY AT HOME   (Lockdown Day 2) 2 Mac: ziarah Tuan hj. Badri, rakan Jenan MJJ Dunia memperkatakan tentang penyakit era baru terkini iaitu Corona Virus yang dikatakan akan melanda dunia setiap 100 tahun. 4 Mac: teraphy santai kumpulan yasin NIP 5 Mac : teraphy tajwid Kumpulan ngaji KE 4 Mac: ;White coffee .... Along Siapa yang tidak takut mati. Sebagai orang Islam, kita sentiasa memohon sekiranya telah tiba masanya meninggal dunia ini, biarlah dalam keadaan khusnul kotimah. Dalam apa juga keadaan pun, kita perlu sentiasa kena bersedia dan bersiapsiaga.   Berusahalah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selamanya, dan beramallah untuk akhirat seolah-solah kamu akan mati esok. Semenjak isu ini hangat diperkatakan, ekonomi berlandaskan pelancungan turut terjejas. Seperti saya, orang diluar sana tentunya banyak menangguhkan perjalanan untuk melancung di luar atau di dalam negeri bagi mengelakkan terjangkitnya penyakit pelik itu khu

19032020 : HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) (Lockdown Day 1)

Image
19032020 : HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) (L ockdown Day 1) Memandangkan banyak stok tidak sempat dibeli selain daripada beras, tepong, gula dan minyak, oleh itu dinner malam tadi dan  sarapan pagi ini banyak berasaskan telor sahaja. Alhamdulillah tengahari ini MJJ sempat membeli pelbagai jenis  ikan dari Kedai Peladang tidak jauh dari rumah kami. Sudah lama tidak update status fb. Sekadar upload foto-foto dalam album semasa ada majlis tertentu atau seminggu sekali untuk simpanan. Segalanya bermula semenjak dilanda vertigo satu masa dahulu dan salah satu cara ialah mengurangkan penggunaan gadget. Alhamdulillah kali terakhir vertigo menyerang kembali ialah pada bulan Ogos 2019.  Salah satu pendekatannye ialah mengurangkan penggunaan gadjet. Semuanya adalah ujian Allah. “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah ayat 285 -286. Semoga ia tidak berulang lagi. Amin. Kalau sebelum ini, pada hari bia

18032020 : TEMUJANJI IKN, BENGKAK BERMULANYA LOCKDOWN (KAWALAN PERINTAH BERKURUNG)

Image
18032020 : BERMULANYA LOCKDOWN (KAWALAN PERINTAH BERKURUNG) 18032020 : TEMUJANJI IKN, BENGKAK BERMULANYA LOCKDOWN (KAWALAN PERINTAH BERKURUNG) temujanji dengan IKN. Semoga dipermudahkan dan diberi keselamatan khususnya frontliner. Ekoran dari arahan untuk Kawalan Perintah Berkurung, makan hari ini kami sekeluarga memutuskan untuk berkurung di Villa MJJana sahaja. Kebetulan pula sudah hampir empat hari ikan-ikan perlukan makanan dan pokokpokok perlu disiaram Sementara itu Hazim dan Ameera akan tinggal di Putrajaya, keran Hazim bekerja dan Ameera work from home. Hari ini juga Rahimah, besan iaitu ibu Ameera mempercepatkan majlis pernikahan anak lelakinya, Ameer di pejabat agama. Kebetulan tarikh yang dipilih adalah sama dengan tarikh pernikahan Ameera. Cantiklah senang untuk mengingati wedding anniversarynya. Walau bagaimanapun tidak ramai yang terlibat kerana pandemic Covid19 yang sedang melanda sekarang. Selain itu berita gembira bagi keluarga kami ialah

17022020 : PERJALANAN KE KUALA KRAI

Image
17022020 :   tbc : PERJALANAN KE KUALA KRAI Foto dalam album facebook Semalaman bersama di rumah besan, Pelbagai juadah sentiasa dihidangkan, Persiapan membeli Keperluan asas kehidupan, Berikutan dengan Covid19 & Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

16032020 : PERJALANAN KE TUMPAT / KOTA BHARU

Image
16032020 : tbc :  PERJALANAN KE TUMPAT / KOTA BHARU foto dalam album  facebook Misi ketiga turut terlaksana, Ke majlis kesyukuran berjumpa sanak saudara, Melihat kegembiraan telatah cucunda, Ammar, Emma, Hana, Hani, Adam dan Zara