21032020 : (Jumaat) JADUAL HARIAN (Lockdown Day 3)
21032020 : (Jumaat) JADUAL HARIAN (Lockdown Day 3)
Beberapa kawasan awam dan masjid ditutup turut
mencetuskan isu kepada beberapa pihak. Cukup sekadar mendengar pelbagai ulasan
daripada pengulas bijak pandai agama menerusi media masa. Segala adalah
ujianNya juga. Kini dengan pandemic Covid19, masing-masing punya pandangan
sendiri yang diperoleh dari media masa khususnya group whatsapp.
Think positif
Pelbagai andaian dan spekulasi dari pakar di pelbagai
bidang diviralkan melalui pelbagai media sosial. Secara peribadi, saya
berpendapat pandemic ini ialah salah satu peringatan dariNya juga selain dari
kejahilan manusia yang menyalahgunakan kebijaksanaan sesetengah pihak.
Disamping itu kecanggihan dan sikap menguji kebijaksanaan
yang melampaui akal manusia yang menyalahgunakan nikmat yang Allah beri telah
memusnahkan harapan seluruh umat manusia di serata pelusuk dunia. Itu hanya
sebagai asbab kerana setiap makhluk akan menemui ajalnya dengan cara
masing-masing.
Dunia hanya pinjaman dan akhirat juga yang kekal
selama-lamanya. We never know bagaimana pengakhiran kita. Kita hanya mampu merancang,
Allah swt Penentu segala. Subhanallah.
Dengan pengumuman lockdown ini juga merupakan satu
peringatan kepada diri ini khususnya dan sahabat handai serta saudara mara
umumnya tentang penggunaan masa kita.
Hari ini merupakan hari ketiga lockdown mengingatkan saya
pada usia kanak-kanak, remaja, awal perkahwinan dan kehidupan kini.
Lockdown ini juga satu peluang untuk kita menumpukan masa
untuk keluarga, beriadah, beribadah, berkenalan lebih rapat secara peribadi dan
empat mata serta merapatkan ukhwah bersama keluarga khususnya ibu, ayah, anak,
cucu dll yang tinggal serumah.
#Juststayathome seperti saranan PM, bermakna tidak
melakukan aktiviti luar rumah seperti keadaan biasa sebagai tanda sokongan
memutuskan rangkaian corona virus.
Alhamdulillah semasa diumumkan lockdown itu kami baru
sampai ziarah sanak saudara dari pantai timur dan transit di Putrajaya sebelum
pulang ke Villa MJJana.
Di kampung, kawalan tidak seketat bandar dan mungkin
masyarakat di sini pun sudah memahami situasi dan hanya keluar untuk melakukan
urusan penting umpama dharurat dan membeli keperluan harian keluarga
masing-masing. Sementara barangan mentah yang tahan lama, telah dibeli pada
hari pengumuman lockdown tempoh hari.
Kebaikan untuk diri sendiri, keluarga khususnya manusia
sejagat sedunia umumnya. Maklumlah saat-saat manis bersama keluarga (fullhouse)
adalah lebih kurang 30 tahun lalu atau sesekali sekiranya ada masa berkumpul
sekeluarga. Itupun masing-masing perlu berkorban dari segi masa.
Semasa anak-anak masih kecil dahulu dan dalam situasi ibu
bapa bekerjaya, boleh dikatakan hampir setiap hujung minggu kami dipenuhi dengan
urusan balik kampung kerana masa itu orang tua masih ada dan adikadik masih
kecil. Kebanyakannya dipenuhi dengan aktitifi kondangan atau aktiviti bersama
keluarga kami, MJJana, SS, JR, KHAJ, EK mahupun BAHRUN.
Sementara hari Isnin hinga Jumaat, sekiranya tidak
outstation ialah menguruskan diri masing-masing seperti jadual berikut:
5.00 -6.30 pagi : persiapan diri dan anak-anak untuk ke
nursery / tadika / sekolah / pejabat
6.30 – 8.00 pagi : perjalanan ke pejabat /nursery /
sekolah
8.00 pagi – 5.00 ptg : ibu bapa di pejabat sementara
anak-anak di sekolah / di rumah dengan pembantu / atau di rumah pengasuh
5.00 -6.30 ptg : perjalanan dari pelbagai destinasi ke
rumah
6.30 petang – 10.00 mlm: solat / masak / makan / riadah
keluarga / dinner / homework sekolah / pejabat
11.00 mlm. Rehat
@@@@
Kini, sekali lagi sebagai usaha-usaha kebersamaan, saya
sediakan Jadual Waktu harian keluarga MJJana sebagai panduan untuk kegunaan
bersama khususnya ahli keluarga yang tinggal serumah sepanjang lockdown
Covid19.
JADUAL
LOCKDOWN COVID19 (19/3– 13.4.2020)
6.30 am: solat Fajar / Subuh
7.30 am:
sarapan
8.00 am : keliling rumah : teraphy kaki / gardening /
kemas /dobi
9.00 am : tadarus
10.00 am : minum pagi
11.00 am : kendiri / office from home / bebas
12.00 noon: lunch
2.00 ptg : solat zohor Jemaah / tadarus / bebas
3.00 ptg : rehat / family time (tv /hp/blog) / solat asar
5.00 ptg : minum petang
6.00 ptg : keliling rumah / landscape dan teraphy peluh
7.30 ptg : solat maghrib jemaah
8.00 mlm: kitchen – dinner
9.00 mlm : solat isya Jemaah / tadarus
10.00 mlm : family time (tv)
12.00 mlm : tidur
Foto belanja barang dapur
Comments
Post a Comment