26032020 : foto belum (Ahad) SOLAT HAJAT COVID19 (Lockdown Day 8)
26032020
: (Ahad) SOLAT HAJAT COVID19 (Lockdown Day 8)
Bagi menghindarkan dan memutuskan rantaian Covid19,
kerajaan Malaysia telah menganjurkan solat hajat satu Malaysia.
Kami tidak ketinggalan. Semoga dengan usaha ini dan
saranan kerajaan untuk #stayathome dapat memutuskan rantaian.
Teringat juga frontliner termasuk Zamri, anak menantu
yang turut berjuang hidup dan mati membantu pesakit-pesakit di Hospital Kuala
Krai.
Ya Allah, berilah ketenangan dan kemudahan kepada mereka
yang sanggup menggadai nyawa, menyisihkan kebahagian bersama keluarga demi
Disamping kesedihan dan pelbagai perasaan seluruh rakyat
Malaysia termasuk diri ini, dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
oleh kerajaan Malaysia, ada juga baiknya.
Antara yang ketara ialah kami dapat berkumpul sekeluarga
termasuk menunaikan solat berjemaah walaupun tidak dapat solat di masjid.
Alhamdulilah, banyak kumpulan whatssap sudah bermula
dengan tadarus secara maya Bermulalah dgn au'zubillah dan doa.
Mudah mudahan terhindar daripada segala ancaman dan
penyakit. Antaranya ialah
1. Kumpulan
Ngaji Kg. Endah
2. Kumpulan
Nur Indah Perdana
3. Jiranita
P18C
4. Jurami
Rukijah
5. ShafieSukiah
6. AlQuran
Alumni STAR Kelang
Dan kami secara berterusan
membacanya dengan mengambil seorang 1 juzuk atau lebih secara maya.
Sekurang-kurangnya usaha ini disamping dapat mendekatkan diri ini dengan
membaca AlQuran dapat juga merapatkan silaturrahim sesama kami.
Berikutan Covid19 ini juga
dibawah ialah nukilan MJJ yang telah dimuatnaik dalam fb JASMAN JURAMI.
COVID-19,KRISIS PANDEMIK . Cabaran kepimpinan dan Frontliner
Penulis: Muhamad Jasman
Jurami
Realitinya jangkitan Corona
virus @ covid -19 bermula di Wuhan, China. Di peringkat awal kebanyakan negara
di dunia termasuk Malaysia masih menerima pelancong dari negara China, dan
dikatakan sebagai punca merebaknya coronavirus ke negara ini.
Kita terperanjat dengan gelombang kedua jangkitan yang
mencatat bilangan tambahan berganda dari gelombang pertama.
Justeru, tindakan kerajaan
melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu berakhir 31
Mac 2020 adalah satu kewajaran di waktu itu. Namun akibat kegagalan sebahagian
rakyat memahami dan mengikuti arahan PKP telah memperlihatkan bilangan pesakit
semakin bertambah . Kesannya kerajaan terpaksa melanjutkan tempoh PKP sehingga
14 April 2020 dalam usaha mengawal pergerakan sekaligus membendung rantaian
penularan.
Kerajaan telah menggerakkan
PDRM dengan kerjasama Angkatan Tentera
Malaysia dan Rela dalam usaha
penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Dari masa ke semasa YAB
Perdana Menteri ,Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pemimpin2 utama membuat
pengumuman perkembangan kes dan rangka tindakan lanjut dalam usaha mengatasi covid
19.
Apa pun disebalik
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yg bertujuan untuk menyelamatkan nyawa,
telah mengakibatkan kesan sosioekonomi secara nyata. Sebilangan rakyat
kehilangan pekerjaan, hilang pendapatan dan sebagainya. Ini menambahkan kesulitan
kepada rakyat golongan B40 dan yg bekerja sendiri.
Umat Islam akur atas arahan
Kerajaan agar Solat Jumaat dan aktiviti di masjid tidak diadakan dalam tempoh
tersebut demi untuk mengatasi jangkitan covid-19.Inilah pertama kali dalam sejarah kerajaan mengeluarkan
arahan sedemikian rupa.
Merebak luasnya covid
19 dikatakan drp Jemaah Tabligh yg telah
berhimpun di masjid Sri Petaling dengan jumlah yg besar, sekitar 16,000 turut
dihadiri drp Jemaah Tabligh Indonesia dan Brunai. Namun kurang adil untuk meletakkan
semua kesalahan di bahu mereka kerana masih banyak punca yang membawa masuk
virus ini ke Malaysia.
Berdasarkan perkembangan
terkini dan langkah2 yg diumumkan Kerajaan,
sukacita penulis memberikan pandangan dan
cadangan seperti berikut;
Wabak Covid- 19
Amat membimbangkan perlu ditangani sebaiknya
dengan penglibatan semua pihak walaupun bebeza fahaman politik,daripada pucuk
pimpinan tertinggi kerajaan hingga ke peringkat kampung, Ketua Kampung dan
AJKnya.
Memastikan Bekalan makanan
mencukupi, tidak terputus,dan harganya tidak melambung tinggi.
Wang tidak bermakna, tidak bermanfaat sekiranya
keperluan bekalan makanan tidak diperolehi dan
mengakibatkan krisis lebih
berganda.
Bantuan bekalan makanan drp
Kerajaan dan NGO amat diperlukan. Bagaimanapun, ianya perlu dilaksanakan
mengikut kaedah dan sasaran yg betul. Sebagai contoh bagi bantuan kpd penduduk
kampung, Ketua Kampung dan AJK nya harus memainkan peranan penting
agar tidak menyulitkan penerimanya dan perlaksanaanya lebih lancar.
Kerajaan membenar
pengeluaran wang daripada akaun kedua KWSP. Namun ianya hanya perlu dibuat jika
amat terdesak dan tiada pilihan. Harus diingat wang tersebut adalah untuk
simpanan masa tua.
Rakyat juga perlu dibekalkan
dengan topeng muka @ mask.
Negara harus boleh mengeluarkan sendiri topeng muka dan
cecair sanitasi tangan tanpa bergantung bekalan drp negara luar.
Arahan PKP, duduk di rumah,
' Just stay at home' perlu dipatuhi sepenuhnya.Namun ianya perlu ada aktiviti
di rumah agar tidak menjemukan seperti memperbaiki bacaan Al Quran dan
bertadarus bersama ahli keluarga.
Realitinya
covid -19 adalah suatu krisis
Pandemik - wabak penyakit yg telah tersebar diseluruh dunia,amat ditakuti,telah meragut beribu nyawa manusia.
Di Malaysia sehingga kini telah terdapat 2031 kes dan 23 kematian.
Adalah lebih sukar memerangi
covid -19 berbanding memerangi musuh bersenjata.
Justeru peranan para saintis
amat perlu agar mendapatkan penemuan ubat penawar atau anti virus yg boleh
menguatkan antibody dan menghalang penularan wabak covid -19.
Covid-19, suatu krisis
pandemik yg mencabar kepimpinan dan Frontliner Negara.
Kita bersimpati dan amat
berterima kasih kepada Frontliner - Petugas Barisan Hadapan terutama Warga Kementerian Kesihatan - para doktor,
jururawat dan kakitangannya, PDRM, angkatan tentera dan pembekal bahan makanan dll yang terpaksa
terus beroperasi sepanjang PKP. Mereka bertungkus lumus bagi keselesaan kita
semua. Peranan dan tanggungjawab mereka amat mencabar.
Mereka juga ada keluarga
yg perlu diselamatkan drp jangkitan
wabak covid -19. Semoga mereka diberikan kekuatan,terus tabah dan sihat, dapat
menjalankan tugas sebaiknya sehingga wabak covid -19 dapat dibendung,
InsyaAllah.
MJJ, Banting Selangor, 26
Mac 2020.
Penulis; Mantan Pegawai Tadbir & Diplomatk ( PTD)
dan Guru.
Comments
Post a Comment