20032020 : JUST STAY AT HOME (Lockdown Day 2)
20032020 : JUST STAY AT HOME (Lockdown Day 2)
2 Mac: ziarah Tuan hj. Badri, rakan Jenan MJJ |
Dunia memperkatakan tentang penyakit era baru terkini iaitu Corona
Virus yang dikatakan akan melanda dunia setiap 100 tahun.
4 Mac: teraphy santai kumpulan yasin NIP |
5 Mac : teraphy tajwid Kumpulan ngaji KE |
4 Mac: ;White coffee .... Along |
Siapa yang tidak takut mati.
Sebagai orang Islam, kita sentiasa memohon sekiranya telah tiba
masanya meninggal dunia ini, biarlah dalam keadaan khusnul kotimah. Dalam apa
juga keadaan pun, kita perlu sentiasa kena bersedia dan bersiapsiaga. Berusahalah untuk dunia seolah-olah kamu akan
hidup selamanya, dan beramallah untuk akhirat seolah-solah kamu akan mati esok.
Semenjak isu ini hangat diperkatakan, ekonomi berlandaskan
pelancungan turut terjejas. Seperti saya, orang diluar sana tentunya banyak
menangguhkan perjalanan untuk melancung di luar atau di dalam negeri bagi
mengelakkan terjangkitnya penyakit pelik itu khususnya melalui sentuhan dan
juga memutuskan rantaian Covid19.
Perancangan untuk mengadakan family day SS dan JR pada cuti
sekolah turut ditangguhkan kerana pelbagai kekangan.
Jadual ke Surabaya dan Malang sepertimana perbincangan dengan
Siswanto pada raya ke -8 juga ditangguhkan.
Begitu juga untuk ke Korea / New Zealand / Australia turut
ditangguhkan. Segala yang berlaku tentu ada hikmahNya.
Ya Allah, permudahkan urusan kami khususnya dan selamatkan seluruh
umat di dunia ini. Semoga Covid19 ini
segera dapat dihapuskan.
Setelah kerajaan mengumumkan
untuk Lockdown, Alhamdulillah dengan bantuan keluarga, hari ini beberapa stok
bahan mentah telah diperoleh untuk kami sekeluarga. Itu pun perlu banyak beringat, bercatu serta
beringat juga untuk orang lain. Tidak semua rezeki untuk diri kita.
Kepada anak-anak yang
terpaksa bekerja di pejabat, selamat memperoleh rezeki yang halal dan toyyiba,
sentiasa berwaspada dan berhati-hati dan yang lainnya sentiasa menjaga
kebersihan.
Kepada anak-anak yang
dibenarkan kerja dari rumah, Alhamdulillah. Dapat juga kita bersama menyediakan
pelbagai menu berdasarkan bahan mentah yang untuk dinikmati bersama. Kepada
diri sendiri, semoga teraphy dan perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat pada
yang lain serta menyematkan aura positif dalam diri ini. Makanan rohani diri
ini.
Selamat “duduk diam-diam”
Foto:
Comments
Post a Comment