18032020 : TEMUJANJI IKN, BENGKAK BERMULANYA LOCKDOWN (KAWALAN PERINTAH BERKURUNG)

18032020 : BERMULANYA LOCKDOWN (KAWALAN PERINTAH BERKURUNG)


18032020 : TEMUJANJI IKN, BENGKAK BERMULANYA LOCKDOWN (KAWALAN PERINTAH BERKURUNG)

temujanji dengan IKN. Semoga dipermudahkan dan diberi keselamatan khususnya frontliner.

Ekoran dari arahan untuk Kawalan Perintah Berkurung, makan hari ini kami sekeluarga memutuskan untuk berkurung di Villa MJJana sahaja.
Kebetulan pula sudah hampir empat hari ikan-ikan perlukan makanan dan pokokpokok perlu disiaram
Sementara itu Hazim dan Ameera akan tinggal di Putrajaya, keran Hazim bekerja dan Ameera work from home.

Hari ini juga Rahimah, besan iaitu ibu Ameera mempercepatkan majlis pernikahan anak lelakinya, Ameer di pejabat agama. Kebetulan tarikh yang dipilih adalah sama dengan tarikh pernikahan Ameera.
Cantiklah senang untuk mengingati wedding anniversarynya.

Walau bagaimanapun tidak ramai yang terlibat kerana pandemic Covid19 yang sedang melanda sekarang.

Selain itu berita gembira bagi keluarga kami ialah perkhabaran berita tentang positif bagi Ameera. Alhamdulillah,, sekurangkurangnya Allah makbulkan doa saya agar bertambah cucu cucu.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang