19032020 : HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) (Lockdown Day 1)

19032020 : HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) (Lockdown Day 1)





Memandangkan banyak stok tidak sempat dibeli selain daripada beras, tepong, gula dan minyak, oleh itu dinner malam tadi dan  sarapan pagi ini banyak berasaskan telor sahaja.

Alhamdulillah tengahari ini MJJ sempat membeli pelbagai jenis  ikan dari Kedai Peladang tidak jauh dari rumah kami.

Sudah lama tidak update status fb. Sekadar upload foto-foto dalam album semasa ada majlis tertentu atau seminggu sekali untuk simpanan. Segalanya bermula semenjak dilanda vertigo satu masa dahulu dan salah satu cara ialah mengurangkan penggunaan gadget.
Alhamdulillah kali terakhir vertigo menyerang kembali ialah pada bulan Ogos 2019.  Salah satu pendekatannye ialah mengurangkan penggunaan gadjet. Semuanya adalah ujian Allah. “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah ayat 285 -286.
Semoga ia tidak berulang lagi. Amin.

Kalau sebelum ini, pada hari biasa, saya akan menyediakan jadual mingguan or bulanan untuk keluarga MJJana bagi memudahkan pergerakan dan penyelarasan keluarga.  Contohnya kondangan menjadi aktiviti wajib hujung minggu selain daripada ukhwah keluarga.
Namun semenjak PKP, segalanya berubah.  Kami sebagai YB yang sememangnya santai bebas melakukan jadual mengikut keselesaan sendiri turut terpalit demi menjaga keselamatan keluarga khususnya, dunia umumnya. Begitu juga beberapa aktiviti lain di luar rumah terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan demi kepentingan umat sejagat iaitu untuk memutuskan rantaian Covid19. Di sini saya upload foto kondangan pada bulan lepas yang terlepas pandang untuk upload.
Kami juga menerima banyak undangan yang terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan demi menjayakan misi dunia iaitu memutuskan rantaian Cobid19.  Turut terpalit ialah mereka telah meranang pelbagai majlis keramaian dan terpaksa membatalkan atau menangguhkan majlis keramaian dan sebaliknya hanya meneruskan majlis pernikahan. Tahniah diucapkan kepada keluarga dan kepada mempelai selamat menjalani kehidupan berumah tangga dan bahagian tilljannah.  InsyaAllah jemputan yang ditangguhkan kami akan menyantuni jika keadaan mengizinkan.
Antaranya ialah Puan Rahimah, En. Mariyus, Puan Melor, Dato Latifah, En. Zainal, Pn. Rohaizat, Pn. Mahani, En. Latif,  Pn. Ruslinah dan lain-lain.  Segalanya ada hikmah tersendiri. Allah Maha Mengetahui.


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang