23032020 : (Isnin) PENGASINGAN BAHAN MENTAH (Lockdown Day 5) TIPS MUDAH MEMASAK


23032020 : (Isnin) PENGASINGAN BAHAN MENTAH (Lockdown Day 5)
TIPS MUDAH MEMASAK

Setakat ini saya tidak pernah menyediakan barangan untuk musim catuan. 
Semenjak berumah tangga dan semasa bekerjaya, saya amalkan tips di bawah,  Ia memudahkan kita khususnya bila kawasan di dapur aktif dengan pelbagai aktiviti. (bila ahli keluarga melebihi 2 orang pada satu-satu masa).
Langkah-langkah sejurus barangan dapur (groceries shopping) basah dan kering yang dibeli.


1.    Asingkan mengikut keperluan masa dan tempat
(contoh:
Mingguan: tisu untuk kegunaan mingguan, beras, tepong, minyak, gula, etc)
(harian: sayur2an, yang perlu masuk peti ais atau letak di luar sahaja)

2.    Asingkan bahan-bahan masak untuk semingu iaitu
-          Ayam : asingkan dua bekas untuk dua kali masak (mengikut portion masakan iaitu 2X seminggu). Asingkan bahagian daging potong kecil untuk perencah, bahagian tulang untuk sup. (perlu basuh sekali sahaja sebelum diasingkan. Bila keluarkan untuk masak tidak perlu dibasuh lagi atau di defrost)

-          Daging / ekor: setelah dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki, 1 bekas besar untuk lauk utama dalam seminggu. Selebihnya letak 6 small portion yang telah dipotong kecil untuk rencah mengikut keperluan resepi masakan.

-          Ikan : Beli ikan berselang seli jenisnya mengikut kesesuaian. Siang mengikut kehendaki menu. Sediakan 1 bekas besar untuk lauk utama dalam seminggu. Selebihnya letak 6 small portion yang telah dipotong kecil untuk rencah mengikut keperluan resepi masakan.

-          Udang dan sotong : siang mengikut kehendaki menu. Sediakan 1 bekas besar untuk lauk utama dalam seminggu. Selebihnya letak 6 small portion yang telah dipotong kecil untuk perencah mengikut keperluan resepi masakan.
Lauk pauk itu perlu basuh sekali sahaja sebelum diasingkan. Bila keluarkan untuk masak tidak perlu dibasuh lagi atau di defrost.  Kena keluarkan 2 jam lebih awal sebelum di masak untuk mengengalkan manis dan bagi mengelakkan masak masih beku)
3.    Seminggu sekali sediakan cili boh dan  bawang merah blend, bawang putih blend.  Kuantiti mengikut keperluan semasa dan keluarkan bahan-bahan tersebut 1 jam sebelum masak.
Cili:
Cili kering lebih baik yang blend sendiri (yakin kebersihannya, dan biji cili boleh buang, cili api untuk lebih tahan, stokkan dalam freezer setelah dibuang tangkai. Dan jadikan cili kicap dibekukan dan letak bekas kecil untuk kegunaan sebulan.
4.    Mix vege beli yang sudah peket, lebih mudah untuk hiasan atau lobak dan jagung boleh buat sendiri.

5.    SAYUR-SAYURAN:

Sayur-sayuran di asingkan dengan membungkuskannya dalam kertas tissue sebelum dibalut dengan aluminium coil. Stock sayuran tahan 2 minggu yang perlu ada untuk variasi ialah lobak, tomato, cili, timun, sengkuang, labu air, cendawan hitam, kacang peas, bunga kobis, kobis, terung, peria, serai, halia, lengkuas, kunyit hidup.
Sementara sayuran yang rebusan agak lama, boleh rebus sekali untuk dua kali guna:
Contoh: daun ubi, jantung (rebus sekali, separuh untuk makan terus or kerabu. Separuh lagi freeze kan siap2 untuk masak lemak putih lain kali.
Sayur2an yang kurang tahan disimpan seperti tahu, tempe, sawi, bayam, kangkung, pakcoi, kalian, daun sup, bawang, meranti, pucuk paku boleh dibeli hanya semasa hendak dimasak.
6.    BUAH-BUAHAN : Simpan dan guna mengikut keperluan (vitamin, harga, musim, ketahanan)

7.    POKOK TANAMAN

Pokok2 yang perlu ada dan boleh ditanam dalam pasu ialah: -
1.    Serai (jika ada ruangan tanah) 3 bulan boleh dituai
2.    Daun pandan
3.    Halia
4.    Kunyit
5.    Daun kucai
6.    Bayam brazil
7.    Daun sup / bawang
8.    Cekur
9.    Daun kesum
10. Cekur manis
11. Mint
Semoga bermanfaat


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang