24032020 : (Selasa) MOVIE MELALUI AKAUN NEFLIX DAN KARAOKE (Lockdown Day 6)


24032020 : (Selasa) MOVIE MELALUI AKAUN NEFLIX (Lockdown Day 6)


Hari ke 6 pelbagai info diperoleh. Berkongsi kegemaran dengan anak remaja. Daripada pelbagai menu modern, perkembangan terkini pembelajaran, bersama-sama menonton movie melalui medium NETFLIX.  Selama ini TV di Villa MJJana kurang berfungsi kalau sekadar kami yang menonton.  Tapi kali ini bila isi keluarga ramai, pelbagai movie boleh dikongsi bersama. Terasa begitu dekat di hati.  Salah satu kebaikan ujian dari Allah tentang musibah ini. Antara aura positif yang diperoleh ialah:
·         Bertukar pendapat dan  pengetahuan anak-anak dari segi agama, ekonomi, dan  ilmu yang lain berdasarkan beberapa movie yang ditonton bersama.
·         Bersantai meluangkan masa makan bersama.
·         Bergotong-royong memperkemaskan kediaman di Villa MJJana.
·         Luahan hati ke hati dengan sentuhan kasih sayang.



Setakat ini sempat join mereka menonton movie FLATFORM, SNOW PIERCER, TRAIN TO BUSAN, membuka mata dan merasai betapa usia telah begitu senja.


Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang