22032020 : (Ahad) PISANG – HASIL TANAMAN MJJ (Lockdown Day 4)
22032020
: (Ahad) PISANG – HASIL TANAMAN MJJ (Lockdown Day 4)
Kami, YB (Yang Bersara) memang sudah hampir 4 tahun
“duduk diam-diam di rumah”. Walau bagaimana pun selain dari jadual Lockdown
yang disediakan, menu sepanjang dua minggu turut disediakan.
Menu berdasarkan bahan yang ada dan dijangka boleh
diperoleh dari pasar basah terdekat.
Walau bagaimanapun beberapa hari terdapat menu tambahan dan perubahan
sedikit kerana pelbagai citarasa ahli keluarga. Alhamdulillah.
30 tahun dahulu, saya sediakan jadual untuk anak-anak atau
pembantu. (esp hujung minggu). Kini terasa muda kembali menyediakannya, cuma
sekarang lebih banyak dibantu oleh anak-anak esp di dapur. Alhamdulillah.
Nikmat apa yang kamu dustakan.
Comments
Post a Comment