Posts

Showing posts from January, 2020

31012020 :KONDANGAN ANI ABDUL JABAR SG. KELAMBU

Image
31012020 : ANI ABDUL JABAR SG. KELAMBU Memandangkan tarikh kenduri Ani adalah sama dengan walimah kami iaiau 1-2.2.2020, petang ini saya mencuri sedikit masa saya untuk kondangan selepas majlis pernikahan anak keduanya. Tahniah kepada mempelai semoga bahagian tilljannah.

30012020 : MENGECAT FEATURE WALL HALL

Image
30012020 : MENGECAT FEATURE WALL HALL Terima kasih kepada anak-anak khususnya Hafiz dan Liyana membantu urusan mengecap feature wall. Feature Wall yang sebelum ini dicat oleh Kamal tetapi agak kurang menarik kerana masalah teknikal.  Alhamdulillah selesai dalam tempoh 2 jam. Buat masa ini hanya dicat putih untuk sementara waktu.  InsyaAllah bila ada waktu akan dicat dengan warna pilihan yang telah dibeli. 

29012020 :BDAY HAFIZ DAN MENGEMAS GRILL VILLA MJJANA

Image
29012020 : BDAY HAFIZ DAN MENGEMAS GRILL VILLA MJJANA Pada tahun ini tiada hadiah istimewa untuk sambutan Hari Ulang Tahun Hafiz yang ke 28.  Tiada lagi perasaan gembira seorang ibu, selain dari menghadiahkan permintaannya untuk mendapat teman hidup yang boleh membantu dalam urusan harian.  Terima kasih, Hafiz dan Normala, bantu membersihkan rumah termasuk grill yang telah agak kotor. seperti baru. Alhamdulillah. Inilah hadiah birthday ke 28 tahun Muhammad Hafiz Afandi untuk tahun ini. Semoga panjang umur, murah rezeki dan menjadi anak yang solleh dan suami yang dapat membimbing isteri ke jannah. Maaf, ibu tidak dapat menyedian kek seperti zaman kecil-kecil dahulu.

28012020 : MENJEMPUT MARIA DAN MAHMUDIN SAARI

Image
28012020 : MENJEMPUT MARIA DAN MAHMUDIN SAARI Hari ini tibalah masanya untuk menjemput saudara mara sebelah arwah ayah, iaitu waris Embah Kusnan. Alhamdulillah setelah sekian lama tidak ke rumah Kak Rokiah Bingu, masih sihat beliau walaupun sedikit uzur dari segi pendengaran. Ke rumah Kak Kalsom, tetingat zaman kanak-kanak di rumah lama arwah ayah sebelum pindah ke jalan besar.  Berjiran dengan arwah... dan cikgu wak Jaafar.

27012020 : TAUHID SMKTD DATANG AWAL KE VILLA MJJANA

27012020 : TAUHID SMKTD DATANG AWAL KE VILLA MJJANA Memandangkan pada tarikh Majlis Walimatulurus yang telah ditetapkan iaitu 02022020, Hj. Tauhid ada urusan lain, beliau dan isteri datang mengunjungi kami hari ini. Alhamdulillah dapat berkongsi ilmu daripada seorang abang kepada adiknya, Wahid yang pernah sekelas dengan saya semasa di SMJKI Sg. Manggis dahulu. Antara ilmu yang dapat dikongsi ialah melahirkan enam orang anak di rumah dan anak ke tujuh di hospital. Seorang ahli sain yang sentiasa menghisap cengkih setiap hari untuk penjagaan gigi.

26012020 : (AHAD) WEDDING TITIEN ADIK ANDONG BASRI

Image
26012020 : (AHAD) WEDDING TITIEN  ADIK ANDONG BASRI Kondangan kami hari ini ialah pasangan Titien, adiknya Andong yang bertemu jodoh dengan  dengan anak Safuan, Jalan Saga, Kg. Endah. Begitu gah pelaminnya dan kita bertuah sebagai tetamu untuk turut bergambar. Tahniah Titien, seorang gadis yang pernah saya berjumpa dan menempah popcorn untuk doorgift semasa majlis Walimatulurus Hazim dan Ameera dua tahun lalu. 

25012020 : (SABTU) WEDDING LATIF SKKD, K.DARAT DAN NIKAH ANAK ZULKIFLI TARMUDI

Image
25012020 : (SABTU) WEDDING LATIF SKKD, K.DARAT DAN NIKAH ANAK ZULKIFLI TARMUDI Kami menyantuni undangan majlis pernikahan anak sepupu saya, Zulkifli Tarmudi. Memandangkan tarikh majlis walimahnya adalah sama dengan tarikh majlis saya, saya hanya berkesempatan mengunjungi mereka semasa majlis pernikahan. Kebetulah hari ini salah seorang dari dua pasangan bernikah. Suami yang bertugas dengan penceramah agama....amat ramah mesra. Tahniah dan semoga mempelai bahagia hingga jannah. Kami juga menyantuni majlis perkahwinan anak Hj. Latif, sahabat SKKD di Kg. Darat.  Punya anak-anak dara yang cantik dan bujang bongsu yang pleasant looking. Tahniah dikatakan oleh kakaknya, sudah berpunya. 

24012020 : DAYANG MEMBANTU PERSIAPAN MAJLIS: HATIN HANIM ANIS DAN ALIA

Image
24012020 : DAYANG MEMBANTU PERSIAPAN MAJLIS: HATIN HANIM ANIS DAN ALIA Alhamdulillah anak-anak saudara, Anis, Alia, Hatin dan Hanim dapat membantu atas pengawasan Liyana Syazwani. Syukur baju yang dibeli juga dapat menepati ukuran badan mereka, cuma..Hanim..... Ya Allah, panjangkan usiaku dengan kesihatan yang baik, semoga satu hari disaat anak-anak saudara ku bertemu jodoh mereka dan mengadakan majlis, dapat juga aku membantu. Amin. 

23012020 : JEMPUTAN WALIMATULURUS HAFIZ NORMALA KE RUMAH MUSLIMAH KAK JAMILAH

Image
23012020 : JEMPUTAN WALIMATULURUS HAFIZ NORMALA KE RUMAH MUSLIMAH KAK JAMILAH Terserempak dengan posto wanita iaitu Ani yang juga akan mengadakan majlis Walimahnya pada tarikh yang sama. Beliau dan ibunya, Cik Jariah pun sedang dalam misi menjemput saudara mara.  Syukur dapat berjumpa dengan Wak Muslimah, kakak arwah bonda.  Yang muda disayangi yang tua dihormati. Dapat juga merasa jambu madu dan dipanjangkan ke rumah Kak Jamilah yang sedang menguruskan landscape yang cantik. Begitu indah untuk teraphy. 

22012020 : SHOPPING LAGI DI D DIYANA PRESINT 15 PUTRAJAYA

Image
22012020 : SHOPPING LAGI DI D DIYANA PRESINT 15 PUTRAJAYA Beberapa siri shopping di Diyana membuatkan hati jatuh cinta. Selain daripada design yang tersendiri, harga selepas diskaun memang agak kurang munasabah.  Worth for money untuk sekali dua pakai. Malangnya warna yang sesuai dengan tema yang dirancang masih belum dijumpai. Selain daripada itu pencarian baju untuk dayang-dayang telah pun dijumpai. Semoga muat semua size yang dibeli untuk mereka. 

21012020 : MOHON LAMPU TIANG TAMBAHAN DI WETAN LUAR VILLA MJJana

Image
21012020 : MOHON LAMPU TIANG TAMB AHAN DI WETAN LUAR VILLA MJJana Tiga tahun lalu, sebuah tiang lampu dengan lampu yang dipohon dari TNB telah dipasang di halaman lor Villa MJJana. Dengan bayaran RM10 tambahan, lampu itu dapat menerangi sudut kecil bersebelahan pokok kelapa di bahagian lor.   Kebetulan tiada kawasan di luar pagar yang mencukupi dan bersesuaian untuk diletakkan tiang tersebut. Memandangkan lampu-lampu jalan sepanjang hadapan Villa MJJana sudah lama tidak beroperasi dan sekitar agak gelap, kami bercadang untuk memohon sebatang lagi tiang lampu untuk dipasang di wetan Villa MJJana. Walau pun permohonan telah diterima, banyak lagi prosedur yang perlu di lakukan. Antaranya harga sebatang tiang telah naik 40%.  Kalau dahulu RM500, kini sudah menjangkau RM850. InsyaAllah akan diusahakan, jika tidak dapat diluluskan  akan dipasang lampu solar sahaja. 

20012020 : SHOPPING BAJU LADIES UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS HAFIZ DI BANGI

Image
20012020 : SHOPPING BAJU LADIES  UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS HAFIZ  DI BANGI Alhamdulillah, dua pasang baju lelaki ahli keluarga MJJana telah ditempah untuk majlis Walimah sekali gus untuk Hari Raya 2020 Tempahan yang dibuat oleh Tailor Zaiton dan Zima di Kg. Endah dijangka siap dua minggu lagi.  Sementara bagi pakaian ahli  wanita iaitu saya sendiri, Hakimah, Liyana, Normala dan Ameera, saya syorkan agar beli readymade sahaja. Salah satu sebab ialah baju readymade lebih banyak pilihan dan berbaloi.  Tambahan pula kami tidak sempat berjumpa tailor untuk membuat ukuran badan.  Inilah harinya. Dengan ditemani oleh Liyana, kami survey dan bershopping baju-baju yang bersesuaian dengan tema dan berpatutan harganya di beberapa kedai di Bangi Central dan sekitarnya.  Memang dah lama tidak bershopping, Seronok pun ada, rambang mata pun ada. Maklumlah namanya wanita, tapi dengan bantuan Liyana dan anak-anak yang lain, kami dapat grab beberapa helai baju yang bersesuaian dan mampumi

19012020 : (AHAD) JEMPUTAN WALIMATULURUS HAFIZ WARIS BAHRUN DI BUKIT KAPAR

Image
19012020 :  (AHAD) JEMPUTAN WALIMATULURUS HAFIZ WARIS BAHRUN DI BUKIT KAPAR Yang muda disayangi,  Yang tua dihormati.  Seharian hari ini mengunjungi saudara mara sebelah MJJ iaitu waris Embah Bahrun.  Semacam suasana Hari Raya pula. Kali terakhir kami ke sini ialah semasa Hari Raya tahun 2019.  Alhamdulillah kebanyakan mereka sihat dan kelihatan gembira  menyambut kedatangan kami dengan visi menjemput mereka sekeluarga ke majlis walimah Hafiz Normala pada 1-2/2/2020.   Terkenang kembali zaman kanak2 dahulu bilamana ibu beritahu. Kalau membuat sesuatu majlis seperti mantu, jemputan kepada saudara mara terdekat terutama adik beradik ibu dan ayah, perlu dilakukan secara bersemuka empat mana. Datang sendiri ke rumah mereka. Memang betul pesanan itu.  Yang muda di sayangi, yang tua dihormati. Sambil ziarah santai.

18012020 : (SABTU) WEDDING PUTERA BAMBANG DAN AQBAL BKIT CHANGGANG

Image
18012020 : WEDDING PUTERA BAMBANG DAN AQBAL BUKIT CHANGGANG Sudah hampir dua bulan, seorang insan bernama Bambang, dikatakan ada kaitan persaudaraan dalam keluarga Embah Kusnan dimasukkan dalam group whatssap Embah Kusnan, saya masih belum lagi mengenali secara dekat.  Oleh itu, hari kami menyantuni jemputan walimatulurus putera beliau.  Di masjid Wilayah Persekutuan kami berkumpul, antaranya keluarga Bik Mis, Muslimah, Herman dan keluarga Muslimah (arwah Masuwai Shaari), Kak Ramijah, Farah dll. Rasanya memang pernah kami bertemu sebelum ini.  Beliau pernah berkhidmat di Kedutaan Indonesia sebagai jurubahasa dan kini tinggal di Ampang. Sudah berpisah dengan isteri, Kak Sharifah namun masih kelihatan mesra.  Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini. Selesai majlis, kami menyantuni pula jemputan Aqbal, kawan Herman semasa usia remaja dulu. Wajah tidak banyak berubah, dan beliau telah menggunakan khidmat Marquee Tent Pesona Canopy, Alhamdulillah. Semoga berta

17012020 : BIRTHDAY YATI DI PADI DAN PISIOTERAPHY ARENA DAN AQUAROBIK AIR KTP

Image
17012020 : BIRTHDAY YATI DI PADI dan PISIOTERAPHY ARENA DAN AQUAROBIK AIR KTP Tahniah Rohasyati, semoga panjang umur dan Dimurahkan rezeki, Diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Mesej yang sama untuk Nur Hakimah Maziah yang sama tarikh menyambut ulang tahun nun jauh di Kuala Krai.  Kali ini kebetulan saya ada temujanji di IKN, boleh turut menganjurkan suprise birthday Yati   di PADI dapat meraikan sambutan hari lahir dua hari lalu. Mereka ini adalah antara ahli Gosip Girl setia kami.  Bertahun kami berkawan tanpa mengira umur, jawatan, latar belakang. Kami bertemu di SPRM dan inilah kami, bersatu dan bersembang di group tersebut yang menceria dan mewarnawarnikan kehidupan masing-masing. Semoga ukhwah kita akan terus tersimpul rapi dan diberkati Allah swt.  Pisioteraphy saya pagi ini untuk mengurangkan kesakitan di lutut sebelah kanan yang dirasai semenjak dua bulan lalu. Tapi sakit lutut semakin menjadi pagi tadi sehinga perlukan

16012020 : KG KUNDANG KAK SALAMAH DAN PROMOSI KG ENDAH KE NEGARA CHINA

Image
16012020 : KG KUNDANG KAK SALAMAH DAN PROMOSI KG ENDAH KE NEGARA CHINA Bersama Syafiq ke rumah Kak Salamah, sepupu saya dari sebelah arwah ayah, di Kg. Kundang. Dahulu semasa arwah bonda masih ada, kami kerap juga ke rumah beliau bagi mencuci mata melihat kesegaran, warna warni keindahan pelbagai jenis bunga. Kak Salamah ini punya seorang adik dan suami mereka juga adik beradik. Duduk sebelah menyebelah  Dua bulan lepas saya mendengar berita Kak Marpungah telah meninggal dunia.  Pada masa itu saya berada di Acheh.  Oleh itu baru  hari ini berkesempatan ziarah keluarga  mereka sambil menjemput ke Majlis Walimatulurus Hafiz Afandi. Kedatangan kami kali ini memang disambut dengan baik sekali. Mungkin faktor umur dan kesihatan, kini bunga-bunga semakin pudar dan berkurangan.  Malah homestay pun yang pada satu masa begitu terkenal kepada  pelancung sebagai salah satu visata di Kg. Kundang semakin kurang berperanan. Kami pulang dengan dibekalkan sebakul ciku dan empat

15012020 : ULANG TAHUN KE 32 TAHUN NUR HAKIMAH MAZIAH

Image
15012020 : ULANG TAHUN KE 32 TAHUN NUR HAKIMAH MAZIAH Pejam celik pejam celik, hari ini Nur Hakimah Maziah telah mencecah usia ke 32 tahun.  Alhamdulillah dan tahniah kerana dalam usia separuh daripada usia saya. Beliau telah mempunyai tiga orang cahayamata iaitu cucucucu saya. Banyak pengorbanan seorang ibu sepenuh masa menjadi suri rumah tangga sepenuhnya.  Memang terlalu mencabar menghadap karenah anak-anak 24 jam.  Ada kala anak-anak sendiri bertindak terlebih manja apabila dihadap oleh ibunya sendiri. Semoga Hakimah terus tabah dan istiqomah serta berjuang sebagai isteri yang solehah dan ibu yang penyabar. Ibu sentiasa doakan agar keluarga Kima sentiasa bahagia dan ceria.  Semoga sentiasa bahagia disamping keluarga dan keluarga mertua nun jauh dimata. Semoga Allah akan memberi ganjaran yang lebih baik.  Kita tidak tahu segala ketentuanNya.

14012020 : KELAS MENGAJI WANITA KG. ENDAH - UST SAMSIAH

14012020 : KELAS MENGAJI,  WANITA   KG. ENDAH - UST SAMSIAH Alhamdulillah, Allah sayang diri ini. Di beri ruang dan peluang untuk menuntut ilmu, istiqomah dan terus beribadah padaNya Di beri kekuatan untuk terus berkawan dengan dikelilingi oleh saudara mara dan sahabat handai yang mengajak serta mendorong ke arah kebaikan. Apabila sesekali bertemu dengan orang yang sebaliknya, Allah masih memberi peluang kepada diri ini untuk menitipkan aura positif ke arah kebaikan kepada mereka. Semoga usaha ini dapat membantu diri ini dan mereka yang mula mendekatkan diri agar lebih istiqomah dengan lebih mendalam bersama-sama ke arah kebaikan. Semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita tidak ketahui. Kita perlu belajar dan terus belajar tanpa mengira umur. Di dalam kelas ini, hampir 30% pelajar dewasa telah melangkaui umur 60 tahun. Alhamdulillah, bersemangat mereka menuntut ilmu tidak mengira usia. Keazaman mereka mengikut kelas dengan berbasikal, bermotosikal, malah ada y

13012020 : PISIOTERAPHY OLEH CIK ARENA DI IKN

Image
12012020 : PISIOTERAPHY OLEH CIK ARENA DI IKN Hampir dua bulan, saat yang ditunggu-tunggu tiba kini. Setelah dua minggu lalu x ray di bahagian lutut sebelah dilakukan di IKN, saya dirujuk ke bahagian Pisioteraphy. Beberapa kaedah pisio telah ditunjukajar termasuk dibekalkan poto di atas, perlu dilakukan setiap hari sebanyak tiga kali pagi petang dan malam. Suplement Glucemine tanpa mengira jenama termasuk Amway telah diambil namun belum berkurangan lagi. Semakin sakit setiap kali dan Ya Allah ketika kesakitan melanda, terasa 9/10 sakitnya. Usaha telah dilakukan, semoga semboh dengan izinNya. Apa lagi tidak lama lagi (2 minggu) majlis Walimah akan berlangsung.

12012020 : (AHAD) – SEMBANG SANTAI PENGULAS BERSAMA AJK MASJID DAN PENCERAMAH

Image
12012020 : (AHAD) – SEMBANG SANTAI PENGULAS BERSAMA AJK MASJID DAN PENCERAMAH Seperti biasa, selepas setiap slot ceramah, MJJ akan sentiasa menemani Penceramah, AJK Masjid untuk sembang santai sambil minum. Dari sinilah percambahan minda berlaku dan bertukar-tukar ide. Sekembalinya dari Majjis biasanya, MJJ akan membuat ulasan untuk dikongsi besama pelbagai group Whatssapp dan ada kalanya di facebook. Bangga dan salute atas usahanya.  Ada kalanya sebelum blast tulisan atau ulasanya, beliau akan merujuk kepada ustaz atau penceramah berkenaan atau merujuk kepada Mr. Google. Usaha sungguh MJJ ni walaupun sekadar menggunakan Handphonenya. Cuma satu pesanan saya, buat apa sahaja biarlah ikhlas, baru dapat pahala. Ingatan untuk diri sendiri juga.

11012020 : (SABTU) reU SMJKI & WEDDING ANAK EMY DAN ROSLAN DI PRESINT 15

Image
11012020 : (SABTU) reU SMJKI & WEDDING ANAK EMY DAN ROSLAN DI PRESINT 15 Alhamdulillah dapat menyantuni jemputan majlis walimah anak En. Roslan dan Emy di Dewan Seroja, Presint 15.  Sempat bertemu beberapa orang x MACC dan mengimbau kenangan seketika. Begitu juga bakal xMACC Dato Jaafar Mahad dan Datin Nik yang telah lama tidak berjumpa. Tak sangka bertemu Sally glam, rupanya beliau juga teman Emy. Pada sebelah petangnya sebelum balik Banting, seperti yang dijanjikan kami reU ladies SMJK(I) Sg. Manggis di rumah Raudah. Keterujaan diubati walaupun seketika berjumpa temam sebasikal semasa berusia 15 tahun kecuali Muslimah. Kembali bertemu Salasiah Hj. Yasin yang kini tinggal di Jalan Kebun, mengurus rumah Anak-anak Yatim, tetap dengan wataknya yang pendiam namun sentiasa tersenyum bila berbicara.  Teman yang paling ramai cucu setakat ii iaitu 9 orang. Saniah yang kini tinggal di Taman Sri Andalas, sentiasa tergelak macam dahulu juga.  Hari ini beliau dapat mele

10012020 : DENTIST TG. SEPAT..CONSULTANSI

Image
10012020 : DENTIST TG. SEPAT..CONSULTANSI Memang wajar, antara perbelanjaan Negara yang agak tinggi diperuntukan untuk rakyat ialah di bidang kesihatan. Di usia senja ini turut mendapatkan perk.. kemudahan tersebut termasuk gigi. Teringat arwah ibu dan kini kakak yang sedang mendaptkan kemudahan rawatan cucian buah pinggang. Bayangkan kalau tiada bantuan dari kerajaan, Pusat zakar atau yang lainnya tentu pesakit yang sudah sememangnya sakit akan terus terabai. Tidak kira apa parti atau siapa sahaja pemegang tampok politik kepimpinan Malaysia, rakyat perlu didahulukan. Alhamdulillah, bangga menjadi rakyat Malaysia.

09012020 : WA JEMPUT KAWAN UKAS

Image
09012020 : WA JEMPUT KAWAN UKAS Hari ini meneruskan jemputan saudara mara dan sahabat handai melalui aplikasi whatssapp. Melihat senarai nama tersenarai beberapa kenalan semasa ditempatkan secara ... di UKAS. Antaranya Dato Zaiton Awang, Rohana Hamid, Nelly, Emi, Kintan, Fatimah Samsiah dan beberapa orang yang tidak tersimpan nombornya tapi friend di facebook. Bukanlah menghantar khabar kegembiraan Walimatulurus anak ke tiga ini kepada mereka untuk mengharap mereka datang, namun ianya termasuk bertanya khabar.  Sebab itu saya tuliskan kalau tiada berkelapangan untuk meraikannya pada 1-2.2.2020, mungkin boleh datang lain kali walaupun ketika tiada membuat sebarang majlis. Yang penting kami boleh bersua muka melepas rindu. Insyaallah mereka saya jemput dan kedatangannya amat bermakna buat saya. Teringat semasa dua tahun ditempatkan di Unit Integriti berasama PKPj Hasan, saya banyak menumpukan tugasan lebih pada integriti staf manakala PKPj Hasan lebih pada pemantauan d