18012020 : (SABTU) WEDDING PUTERA BAMBANG DAN AQBAL BKIT CHANGGANG

18012020 : WEDDING PUTERA BAMBANG DAN AQBAL BUKIT CHANGGANG
Sudah hampir dua bulan, seorang insan bernama Bambang, dikatakan ada kaitan persaudaraan dalam keluarga Embah Kusnan dimasukkan dalam group whatssap Embah Kusnan, saya masih belum lagi mengenali secara dekat. 

Oleh itu, hari kami menyantuni jemputan walimatulurus putera beliau.  Di masjid Wilayah Persekutuan kami berkumpul, antaranya keluarga Bik Mis, Muslimah, Herman dan keluarga Muslimah (arwah Masuwai Shaari), Kak Ramijah, Farah dll.

Rasanya memang pernah kami bertemu sebelum ini.  Beliau pernah berkhidmat di Kedutaan Indonesia sebagai jurubahasa dan kini tinggal di Ampang.
Sudah berpisah dengan isteri, Kak Sharifah namun masih kelihatan mesra.  Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga ini.



Selesai majlis, kami menyantuni pula jemputan Aqbal, kawan Herman semasa usia remaja dulu.
Wajah tidak banyak berubah, dan beliau telah menggunakan khidmat Marquee Tent Pesona Canopy, Alhamdulillah. Semoga bertambah berkembang perniagaan Pesonna Canopy. 

Pengajaran hari ini semasa Liyana menjadi Pilot:
Yakinlah akan waze dan usah dicampur adukkan dengan panduan jalan manual. 
Terima kasih Liyana. 

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang