16012020 : KG KUNDANG KAK SALAMAH DAN PROMOSI KG ENDAH KE NEGARA CHINA

16012020 : KG KUNDANG KAK SALAMAH DAN PROMOSI KG ENDAH KE NEGARA CHINA


Bersama Syafiq ke rumah Kak Salamah, sepupu saya dari sebelah arwah ayah, di Kg. Kundang.

Dahulu semasa arwah bonda masih ada, kami kerap juga ke rumah beliau bagi mencuci mata melihat kesegaran, warna warni keindahan pelbagai jenis bunga.

Kak Salamah ini punya seorang adik dan suami mereka juga adik beradik. Duduk sebelah menyebelah  Dua bulan lepas saya mendengar berita Kak Marpungah telah meninggal dunia.  Pada masa itu saya berada di Acheh.  Oleh itu baru hari ini berkesempatan ziarah keluarga  mereka sambil menjemput ke Majlis Walimatulurus Hafiz Afandi.

Kedatangan kami kali ini memang disambut dengan baik sekali. Mungkin faktor umur dan kesihatan, kini bunga-bunga semakin pudar dan berkurangan.  Malah homestay pun yang pada satu masa begitu terkenal kepada  pelancung sebagai salah satu visata di Kg. Kundang semakin kurang berperanan.

Kami pulang dengan dibekalkan sebakul ciku dan empat pasu bunga merah.  Alhamdulillah dengan rezeki ini.

Sekembalinya kerumah, saya di appproach oleh seorang warga China yang ingin mendapatkan kerjasama Kg. Endah untuk promosi pelancungan.

Memandangan ia adalah berkaitan dengan penduduk kampung, saya telah panjangkan perkara ini kepada Ketua Kg. dan beberapa orang yang terbabit, walaupun tiada maklumbalas,  Sekurang-kurangnya saya telah menjalankan peranan saya sebagai penduduk di Kg. Endah. Alhamdulillah, semoga Allah permudahkan. 

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang