09012020 : WA JEMPUT KAWAN UKAS



09012020 : WA JEMPUT KAWAN UKAS

Hari ini meneruskan jemputan saudara mara dan sahabat handai melalui aplikasi whatssapp.
Melihat senarai nama tersenarai beberapa kenalan semasa ditempatkan secara ... di UKAS.

Antaranya Dato Zaiton Awang, Rohana Hamid, Nelly, Emi, Kintan, Fatimah Samsiah dan beberapa orang yang tidak tersimpan nombornya tapi friend di facebook.

Bukanlah menghantar khabar kegembiraan Walimatulurus anak ke tiga ini kepada mereka untuk mengharap mereka datang, namun ianya termasuk bertanya khabar.  Sebab itu saya tuliskan kalau tiada berkelapangan untuk meraikannya pada 1-2.2.2020, mungkin boleh datang lain kali walaupun ketika tiada membuat sebarang majlis.

Yang penting kami boleh bersua muka melepas rindu.



Insyaallah mereka saya jemput dan kedatangannya amat bermakna buat saya.

Teringat semasa dua tahun ditempatkan di Unit Integriti berasama PKPj Hasan, saya banyak menumpukan tugasan lebih pada integriti staf manakala PKPj Hasan lebih pada pemantauan dan nasihat kepakaran projek.  Semasa itu Datuk Ali Hamsa, mantan KSU sebagai Ketua Pengarah dimana DAto Zohari sebagai TKP Projek dan Dato Husni TKP Pentadbiran.


Segalanya tinggal kenangan. Semoga khidmat yang diberi bermanfaat kepada UKAS khususnya dan perkhidmatan awam amnya. 

Pada sebelah petangnya pula meneruskan bersilatulrahim sambil menimba ilmu bersama guru tajwid Ust. Khalid dan Ustz Samsiah di Masjid At Toyibbin, Kg. Endah.  Kenangan dan ilmu yang diperoleh daripada Ust Noraishah di Putrajaya sebelum ini amat membantu. Alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang