15012020 : ULANG TAHUN KE 32 TAHUN NUR HAKIMAH MAZIAH

15012020 : ULANG TAHUN KE 32 TAHUN NUR HAKIMAH MAZIAH

Pejam celik pejam celik, hari ini Nur Hakimah Maziah telah mencecah usia ke 32 tahun. 
Alhamdulillah dan tahniah kerana dalam usia separuh daripada usia saya. Beliau telah mempunyai tiga orang cahayamata iaitu cucucucu saya.

Banyak pengorbanan seorang ibu sepenuh masa menjadi suri rumah tangga sepenuhnya.  Memang terlalu mencabar menghadap karenah anak-anak 24 jam.  Ada kala anak-anak sendiri bertindak terlebih manja apabila dihadap oleh ibunya sendiri. Semoga Hakimah terus tabah dan istiqomah serta berjuang sebagai isteri yang solehah dan ibu yang penyabar.

Ibu sentiasa doakan agar keluarga Kima sentiasa bahagia dan ceria.  Semoga sentiasa bahagia disamping keluarga dan keluarga mertua nun jauh dimata.
Semoga Allah akan memberi ganjaran yang lebih baik.  Kita tidak tahu segala ketentuanNya.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang