20012020 : SHOPPING BAJU LADIES UNTUK MAJLIS WALIMATULURUS HAFIZ DI BANGI
Alhamdulillah, dua pasang baju lelaki ahli keluarga MJJana telah ditempah untuk majlis Walimah sekali gus untuk Hari Raya 2020 Tempahan yang dibuat oleh Tailor Zaiton dan Zima di Kg. Endah dijangka siap dua minggu lagi. Sementara bagi pakaian ahli wanita iaitu saya sendiri, Hakimah, Liyana, Normala dan Ameera, saya syorkan agar beli readymade sahaja.
Salah satu sebab ialah baju readymade lebih banyak pilihan dan berbaloi. Tambahan pula kami tidak sempat berjumpa tailor untuk membuat ukuran badan.
Inilah harinya. Dengan ditemani oleh Liyana, kami survey dan bershopping baju-baju yang bersesuaian dengan tema dan berpatutan harganya di beberapa kedai di Bangi Central dan sekitarnya.
Memang dah lama tidak bershopping,
Seronok pun ada, rambang mata pun ada.
Maklumlah namanya wanita, tapi dengan bantuan Liyana dan anak-anak yang lain, kami dapat grab beberapa helai baju yang bersesuaian dan mampumilik kami.
Sebagai upah kepenatan, jom merasai cheese nan di RMSY.
Alhamdulillah, nikmat apa lagi yang kau dustakan.
Comments
Post a Comment