17012020 : BIRTHDAY YATI DI PADI DAN PISIOTERAPHY ARENA DAN AQUAROBIK AIR KTP

17012020 : BIRTHDAY YATI DI PADI dan PISIOTERAPHY ARENA DAN AQUAROBIK AIR KTP
Tahniah Rohasyati, semoga panjang umur dan Dimurahkan rezeki, Diberi kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang. Mesej yang sama untuk Nur Hakimah Maziah yang sama tarikh menyambut ulang tahun nun jauh di Kuala Krai.  Kali ini kebetulan saya ada temujanji di IKN, boleh turut menganjurkan suprise birthday Yati  di PADI dapat meraikan sambutan hari lahir dua hari lalu.

Mereka ini adalah antara ahli Gosip Girl setia kami.  Bertahun kami berkawan tanpa mengira umur, jawatan, latar belakang. Kami bertemu di SPRM dan inilah kami, bersatu dan bersembang di group tersebut yang menceria dan mewarnawarnikan kehidupan masing-masing. Semoga ukhwah kita akan terus tersimpul rapi dan diberkati Allah swt. 

Pisioteraphy saya pagi ini untuk mengurangkan kesakitan di lutut sebelah kanan yang dirasai semenjak dua bulan lalu. Tapi sakit lutut semakin menjadi pagi tadi sehinga perlukan sukarelawan di IKN membantu. Semoga usaha yang dilakukan ini dapat mengurangkan kesakitan dan Allah memberi kesembuhan segera. Inilah nikmat namanya.  Baru terasa betapa kebesaran Allah swt memberikan nikmat kegunaan lutut dan kaki. Alhamdulillah.
Atas nasihat pisioteraphist, Cik Arena yang celoteh dan cantik manis, petang ini saya beraquarobik di kolam renang di KTP bersama Normah yang sentiasa ceria walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.  Semoga persahabatan kami akan berkekalan. 



Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang