14012020 : KELAS MENGAJI WANITA KG. ENDAH - UST SAMSIAH

14012020 : KELAS MENGAJI, WANITA  KG. ENDAH - UST SAMSIAH

Alhamdulillah, Allah sayang diri ini.
Di beri ruang dan peluang untuk menuntut ilmu, istiqomah dan terus beribadah padaNya

Di beri kekuatan untuk terus berkawan dengan dikelilingi oleh saudara mara dan sahabat handai yang mengajak serta mendorong ke arah kebaikan.

Apabila sesekali bertemu dengan orang yang sebaliknya, Allah masih memberi peluang kepada diri ini untuk menitipkan aura positif ke arah kebaikan kepada mereka.

Semoga usaha ini dapat membantu diri ini dan mereka yang mula mendekatkan diri agar lebih istiqomah dengan lebih mendalam bersama-sama ke arah kebaikan.

Semakin banyak kita belajar semakin banyak yang kita tidak ketahui. Kita perlu belajar dan terus belajar tanpa mengira umur.

Di dalam kelas ini, hampir 30% pelajar dewasa telah melangkaui umur 60 tahun. Alhamdulillah, bersemangat mereka menuntut ilmu tidak mengira usia.
Keazaman mereka mengikut kelas dengan berbasikal, bermotosikal, malah ada yang berjalan kaki, amat saya kagumi dan ia menjadi salah satu faktor penguat semangat diri ini untuk terus belajar sekiranya berada di kampung.

Allahuma yasir walatuasi robbi tomin bil khair.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang