Posts

Showing posts from October, 2018

31102018: Ili klinik pr18: still updating r rashid terbakar, otai yB di KTP, ke rumh syafiq

Image
31102018: Aktiviti seminggu di Putrajaya: Shell Out Jiranita, ziarah Prihatin rumah Rasip dan Mahmud dan otai YB di Kelab Tasik Putrajaya Minggu ini kami banyak menghabiskan masa di Putrajaya. Berkongsi ilmu Shellout yang dipelajari tempoh hari bersama Jiranita P18C.  Alhamdulillah dapat menikmati bersama Mak Ani dan Cikgu Kamishah pada 27102018. 27102018: kursus umrah di Masjid Besi Sementara itu pada 28102018: kami ziarah prihati ke rumah En. Rashid di Wetland, Dengkil.  Beliau ditimpa musibah apabila malam itu rumah anaknya dibelakang rumah beliau terbakar.  Dikesempatan itu kami dapat berjumpa dengan otai-otai YB MACC.  Memandangkan rumah En. Mahmud Sr juga tidak jauh dari situ kami telah ke rumahnya. Amat kagum dengan kerajinanan berbakti pada tanah.  Begitu subur tanaman seperti durian belanda, nenas, durian dan pelbagai. Sementara itu perjumpaan bersama otai-otai YB di Putraja

30102018: Landscape Villa MJJana: Wet Kitchen Flower Pot

Image
30102018: Landscape Villa MJJana: Wet Kitchen Flower Pot Ide ini tercetus dan mengambil model jiran belakang rumah di Putrajaya. Buat masa ini saya tanam dengan bunga tasbih berwarna kuning, merah dan oren. Benih pertama warna kuning saya ambil dari rumah pusaka JR. Benih berwarna merah dari Wak Ndok yang suka menanam bunga di hujung sempadan Jalan Perdana 4.   Warna oren saya peroleh dari jiran, Zila dan Kak Jariah.   Alhamdulillah warna warni bunga semasa berkembang turut memberi aura positif untuk saya serta menceriakan pagi hari saya setiap kali saya memasak di ruangan wet kitchen.

29102018: Landscape Villa MJJana: Orkid Corner

Image
29102018: Landscape Villa MJJana: Orkid Corner Salah satu specis bunga yang amat saya minati ialah orkid.   Pun begitu, saya tidak begitu mahir dalam penjagaannya, namun amat menggemarinya terutama semasa mengeluarkan bunga-bungaan.   Buat masa ini hanya beberapa spices sahaja yang saya beli.   Harap-harap menjadi.   Kalau boleh saya hendak tanam di tanah sahaja seperti di laman Tauke Kelapa Sawit Olak Lempit, Ros Kerepek atau Fazz Kerepek.   Tapi tidaklah sampai membuat rumah orkid. Alhamdulillah sehingga kini, bunga-bunga orkid sentiasa memberi aura positive untuk saya.   Setiap kali memandang dan meembelek orkid ia memberi semangat untuk terus menghargai keunikannya.

28102018: Landscape Villa MJJana: Sudut Hot Air Ballon dan Golden Chain

Image
28102018: Landscape Villa MJJana: Sudut Hot Air Ballon dan Golden Chain Golden Chain. Pertama kali saya jatuh hati semasa melintasi hadapan Pejabat Daerah Kelang. Berbaris dan nampak bergemerlapan seumpama lampu kelip-kelip. Semasa meninjau di Indah Perdana terdapat sepokok di hadapan rumah Zainah Ramli.   Sehubungan itu saya telah menempah dua batang pokok daripada IskandarNurs, ery Dengkil setahun lalu. Dengan bantuan oleh Syafiq dan Johan Arif, kedua-dua pokok dan beberapa kampit batu bulat sampai ke rumah kami dengna menaiki 4 wheel drive kerana pokok itu sudah stinggi 7 kaki. Ditanam selari dengan tembok amat sesuai untuk menjadi photobooth juga setiap kali tetamu datang.   Semoga pokok Golden Chain ini terus subur dan menjadi tempat untuk berteduh. Hot Air Ballon Berkonsepkan santai dan photobooth, keluarga kami bersetuju untuk memilih   mural awan dan hot air ballon kerana nampak ceria.   Tembok sebelah dalam ini telah dituliskan dengan pemand

27102018: Landscape Villa MJJana: lor

Image
              27102018: Landscape Villa MJJana: lor Landscape Lor dan BBQ Station Bahagian Lor iaitu kawasan yang paling luas di kawasan luar rumah.  Kawasan itu memang disediakan untuk tanaman rumput carpet seumpama mini padang permainan. Disini jugalah akan terletak BBQ Station, mini playground an buaian serta teduhan pokok mempelam. Di pertengahan kawasan berhadapan kawasan tangga santai, dikekalkan dua pokok kelapa yang sederhana tingginya. Memandangkan tiang lampu TNB berada di tengah-tangah antara pokok kelapa itu, sinaran lampu amat sesuai untuk station BBQ.  Dua pokok durian belanda kesayangan MJJ turut ditanam sebagai pengimbang bersebelahan pokok Golden Chain. Draf landscape kawasan ini termasuk susunan bata 1kaki X 2 kaki daripada tana separa bulat menuju ke kawasan BBQ Station dan buaian di bawah pokok mempelam. Sebuah Arch untuk bunga menjalaar akan diletakkan di bahagian hujung tngga menghala ke lor. Buaian bawah Pokok Mempelam Pokok mempe

26102018: Landscape Villa MJJana: wetan

Image
26102018: Landscape Villa MJJana: wetan Sudut Bunga Kertas dan Orkid Bahagian wetan merupakan bahagian hadapan rumah yang   bersempadan dengan tanah reserve jalan sepanjang pokok kelapa dipisahkan dengan pagar.   Port berteduh kami ialah di buaian bersebelahan bunga orkid.   Pada peringkat awal dahulu lokasi orkid sepatutnya ialah bersebelahan pagar Namun di kawasan itu disinari cahaya matahari melebihi 4 jam setiap hari dan kurang sesuai untuk orkid. Maka kawasan itu digantikan dengan bunga kertas. Dengan kawasan bunga orkid dipindah ke sebelah wetan dinding rumah dan tanam dalam pasu sahaja kerana   sinaran matahari hanya dari jam 12.00 hingga 3.00 petang. Ruangan batu untuk laluan kereta Kawasan ini tidak perlu mentainance lama kerana cadangan untuk menurap tanah dengan samada tiles atau tar masih KIV lagi sehingga mendapat kata sepakat keluarga.   Buat masa ini hanya diturap dengan batu kecil yang kurang kemas dan agak bahaya jika tergelincir. Kawasan in

25102018: Landscape Villa MJJana: kedol

Image
25102018:  Landscape Villa MJJana: kedol Bahagian Kedol iaitu sepanjang kawasan yang bersempadan dengan tanah jiran, Mazanah. Kelebaran kawasan ini ialah 12 kaki X 100 kaki. 20 kaki telah dijadikan kolam ikan tempat MJj bersantai setiap petang. Satu lagi port untuk kami minum petang dan   bersantai bersama keluarga bermain indoor game sambil memberi makan ikan. Sesekali memantau pokok-pokok pisang, ubi dan serai di kebun jiran, Mazanah.   Sesekali tempat ini jugalah kami jadikan untuk membuka kolam renang intex untuk cucu-cucu. Mengikut perancangan awal, ruangan sudut hadapan bersebelahan pagar kedua ialah   satu landscape yang induknya pinang merah. Sementara pagar dipenuhi dengan pokok   berbunga jingga jenis menjalar iaitu bunga nasturtiums atau azalea. Sepanjang itu pula saya letak pokok-pokok pelindung dari pandangan terus dari jalan besar dan jiran sebelah. Rumput Carpet Tiruan Seperti kawasan kulon, sebahagian ruang saya hiasi dengan rumput carpet fake. Bagi m

24102018: Landscape Villa MJJana: kulon

Image
24102018: Landscape Villa MJJana: kulon Kawasan Kulon Bahagian kulon bermula dari pokok mempelam, terus ke veranda luar wet kitchen sehingga kawasan tangki najis di sudut hujung sempadan rumah Hamimah dan Asriah. Pokok Buah Mata Kucing dan Nona Mengikut perancangan awal sepanjang kawasan kulon yang mempunyai keluasan 10 kaki X 90 kaki, saya akan jadikan sudut tanam-tanaman herba dan sayur-sayuran.   Sementara bersebelahan pokok mempelam ditanam dengan pokok mata kucing kegemaran Ammar yang ditanam sempena kelahiran beliau.   Sebelahnya pula pokok nona. Walau bagaimana pun pokok nona sempena kelahiran Zara, kurang subur   kerana kawasan tersebut agak redup, diteduhi daun mempelam. InsyaAllah, sekiranya mendapat benih yang lain ia akan ditanam di tapak yang lain. Pokok Bunga Kesidang Disepanjang kawasan kulon ini dipasang pagar besi dan akan saya tanam dengan pokok bunga menjalar sepeti kesidang yang mengeluarkan wangian seumpama pandan. Bersel

23102018: LANDSCAPE VILLA MJJANA

Image
23102018: LANDSCAPE VILLA MJJANA Sebelum ini saya pernah menulis tentang pembinaan Villa MJJana. Hari ini bermulalah penulisan tentang Landscape iatu phasa ketujuh dalam Behind the scene Villa MJJana. Ia telah, sedang dan akan dibuat dan kendaliselia setelah setahun Villa MJJana mengikut kesesuaian dan keperluan. Kata orang rumah tanpa landscape umpama baju tanpa butang dan manik-manik. Nampak mati. Sehubungan itu Landscape memainkan salah satu elemen dalam sesebuat seni hiasan rumah.   Landscape Villa MJJana bukan sahaja di dalam kawasan pagar. Ia juga termasuk diluar pagar terbahagi kepada enam bahagian. Landscape luar rumah terbahagi kepada enam bahagian. Pertama: Luar pagar Villa MJJana bersebelahan dengan jalan utama Kg. Endah dan deretan kedai Majlis Daerah Indah Perdana. Dua Pandangan Sisi Memandangkan lokasi hadapan rumah kami mempunyai dua sudut sisi pandangan. Pandangan sisi hadapan dan pandangan sisi tepi. Dengan itu perlu dibuat pera

22102018: Bincang Santai warga Presint P18C bersama Presiden PPJ

Image
22102018: Bincang Santai warga Presint  P18C bersama Presiden PPJ Alhamdulillah dengan kerjasama Persatuan Penduduk, beberapa isu telah diutarakan kepada Presiden Perbadanan Putrajaya.  Terima kasih kepada semua pihak yang berbabit.