28102018: Landscape Villa MJJana: Sudut Hot Air Ballon dan Golden Chain
28102018: Landscape Villa MJJana: Sudut Hot Air Ballon dan Golden Chain
Golden Chain. Pertama kali saya jatuh
hati semasa melintasi hadapan Pejabat Daerah Kelang. Berbaris dan nampak
bergemerlapan seumpama lampu kelip-kelip. Semasa meninjau di Indah Perdana
terdapat sepokok di hadapan rumah Zainah Ramli.
Sehubungan itu saya telah menempah dua
batang pokok daripada IskandarNurs, ery Dengkil setahun lalu. Dengan bantuan
oleh Syafiq dan Johan Arif, kedua-dua pokok dan beberapa kampit batu bulat
sampai ke rumah kami dengna menaiki 4 wheel drive kerana pokok itu sudah
stinggi 7 kaki.
Ditanam selari dengan tembok amat
sesuai untuk menjadi photobooth juga setiap kali tetamu datang. Semoga pokok Golden Chain ini terus subur dan
menjadi tempat untuk berteduh.
Hot Air Ballon
Berkonsepkan santai dan photobooth,
keluarga kami bersetuju untuk memilih
mural awan dan hot air ballon kerana nampak ceria. Tembok sebelah dalam ini telah dituliskan
dengan pemandangan hot air ballon dan ditengah-tengahnya disediakan basketball
goal untuk mini garden kanak-kanak.
Lukisan itu di lukis setahun lalu bersama
Liyana sementara beliau menunggu keputusan SPM. Teringat semasa saya dalam
tingkat 3, di SMJK(I) Sg. Manggis bersama Muslimah dan Tan melukis mural di
dinding sekolah. 45 tahun telah berlalu, terasa begitu pantas. Bersyukur
kepadaMu Ya Jabbar, memberi saya peluang untuk merasakan segala nikmatMu.
Comments
Post a Comment