23102018: LANDSCAPE VILLA MJJANA
23102018: LANDSCAPE VILLA MJJANA
Sebelum
ini saya pernah menulis tentang pembinaan Villa MJJana. Hari ini bermulalah
penulisan tentang Landscape iatu phasa ketujuh dalam Behind the scene Villa
MJJana. Ia telah, sedang dan akan dibuat dan kendaliselia setelah setahun Villa
MJJana mengikut kesesuaian dan keperluan.
Kata
orang rumah tanpa landscape umpama baju tanpa butang dan manik-manik. Nampak
mati. Sehubungan itu Landscape memainkan salah satu elemen dalam sesebuat seni
hiasan rumah. Landscape Villa MJJana bukan
sahaja di dalam kawasan pagar. Ia juga termasuk diluar pagar terbahagi kepada enam bahagian.
Landscape
luar rumah terbahagi kepada enam bahagian.
Pertama:
Luar pagar Villa MJJana bersebelahan dengan jalan utama Kg. Endah dan deretan
kedai Majlis Daerah Indah Perdana.
Dua Pandangan Sisi
Memandangkan lokasi hadapan rumah kami
mempunyai dua sudut sisi pandangan. Pandangan sisi hadapan dan pandangan sisi
tepi. Dengan itu perlu dibuat perancangan rapi terutama tentang kesesuaian
pemilihan jenis pokok dengan mengambil kira fungsi teduhan, ruang tetamu
parkir, warna dan landscape serta maintainancenya.
Pokok Kelapa dan Mempelam
Ukuran ketinggian pokok merupakan
elemen penting dalam pembikinan landscape selain dari pemilihan warna dan
specis pokok. Antara pokok yang sedia ada yang tinggi ialah pokok Mempelam dan
pokok kelapa. Sebanyak 11 batang pokok kelapa pandan dan kelapa matak yang
telah hampir 10 MJJ tanam. Telah puas kami memakan hasilnya terutama air kelapa
muda dan susunan pokok kelapa pun menjadikan satu landscape yang redup.
Sehubungan itu saya hanya perlu
menambah beberapa pokok yang boleh hidup lama dan tinggi seperti Bucida, Doa,
Golden Chain dan Pinang Merah.
Penyatuan Dua Ide
Walau pun MJJ bercadang untuk menanam
pokok-pokok yang mendatangkan hasil seperti nangka, cempedak, mempelam,
rambutan, pulasan dan banyak lagi.
Berbeza dengan saya yang lebih suka mengkhususkan agar pokok buah-buahan
biarlah di tanam ditapak-tapak yang lain sementara sekeliling rumah pokok-pokok
landscape yang bersesuaian. Walau
bagaimanapun akhirnya dua ide perlu digabung menjadi satu, maklumlah semua
aspek perlu di ambil kira. Oleh itu sebelum
pokok-pokok ditanam, ia perlu perancangan yang teliti.
Pokok Bucida (doa)
Akhirnya selepas dua bulan kami
berpindah di Villa MJJana, kami survey dan membeli serta menanam pokok-pokok
yang telah dikenalpasti. Kawasan luar
pagar, terdapat satu ruang yang dipisahkan dengan jalan kecil selebar 10 kaki,
kami mempunyai ruangan reserve 10 kaki lagi.
Dengan itu, pokok jenis rendang untuk berteduh diperlukan. Pokok bucida putih (doa) ditanam sepanjang
kawasan itu dan mengikut perkiraan dengan jarak lebih kurang 15 kaki bagi
memberi ruang pernafasan dedauannya berkembang. Enam pokok bucida ditanam
sepanjang ruanganitu.
Pada pertengahan tahun 2017 anak pokok
bucida setinggi 3-4 kaki yang telah mengeluarkan 2 dan 3 tingkat dahan telah
ditanam. Hampir dua bulan berterusan kami menyiram air bagi memastikan ia hidup
kerana kawasana itu agak panas setelah ditambak dengan batu dan pasir bagi
menutup kelongkong. Sebelum pokok bucida
ditanam, kami menggunakan perkhidmatan En. Husaini untuk mengorek lubang
menggunakan GCB seluas 4 kaki X 4 kaki untuk diisikan tanah.
Walau bagaimana pun dua daripada 6
pokok bucida yang dibeli dari Nursery Rashid, Sg. Buaya, tidak tumbuh dengan subur
dan tiga bulan kemudian saya gantikan yang baru. Benih setinggi 3 kaki dibeli dari Nursery
Konkia. Yang peliknya selepas enam
bulan, perkembangannya kurang memberangsangkan berbanding tiga pokok yang
ditanam di sudut hujung berhadapan dengan Landmark Villa MJJana. Sebanyak empat
pasu bunga kertas diletakkan di antara pokok bucida itu untuk menaikkan warna
warni kehidupan.
Kalau enam bulan lagi tidak menunjukkan
tanda-tanda positif, mahu berganti jenis pokok nampaknya. Saya beri sedikit
masa lagi.
Bunga Cinta Hati
Sementara itu kawasan luar pagar yang
bersebelahan dengan jalan yang bersempadan dengan deretan Kedai Majlis Daerah,
kami tanam dengan bunga cinta hati dan bunga raya. Alhamdulillah menjadi. Bunganya yang berselang-seling warna kuning,
pink dan merah begitu cantik dan sentiasa mendatangkan auria ceria setiap kali
saya memandangnya.
Batu Alam dan Landmark Tulisan Villa MJJana
Dengan bantuan Mustapha, warga
Bangladesh yang kerap mengusahakan kebun orang kampung, batu-batu gunung
disusun dihadapan tembok Villa MJJana.
Bagi menaikkan warna kehijauan, saya letakkan pasu-pasu bunga plastic
yang ditanam dengan pokok renek dedaunan hijau putih. Sudut itu banyak tanah
hitam asal dan pokok bucida begitu subur.
Teringin juga tanam bunga matahari di situ. InsyaAllah impian akan jadi kenyataan. Begitu
juga rumput-rampai yang tidak dikehendaki. Bagi penjagaan ia akan diracun
setiap tiga bulan.
Landscape maintenance
Apa sahaja yang kita buat perlu ada
kesinambungan dan penjagaan. Begitu juga landscape apa lagi yang membabitkan
pokok-pokok hidup yang semakin membesar. Perlu penjagaan rapi, pembacaan,
semburan racun serangga dan pruning. Bagi penjagaan dan kebersihan, kami perlu
membuat gotong royong membersihkannya terutama daun kelapa kering, kelapa
kering yang gugur kerana tidak sempat dipetik tatkala muda. Begitu juga dedaun
mempelam dan buah-buah mempelam yang gugur tidak termakan.
Selain itu saya perlu mencari pembantu
yang boleh menguruskan maintainance dan yang paling penting, berminat dalam
kerja-kerja landscape. Sekarang masih
dalam pencarian selain dari seorang yang sedia ada. Pengharapan saya satu hari
nanti setelah kesemua landscape siap sepenuhnya, saya akan mengambil pembantu
untuk menguruskannya. Pernah juga
dipelawa oleh Gang Bunga, tapi Insyaallah satu hari mungkin akan menggunakan
khidmat mereka.
Sebenarnya telah beberapa kali
penduduk-penduduk kampung bertanyakan kerja di rumah kami. Namun kami belum
bersedia untuk mengambilnya kecuali urusan pembersihan dalam kawasan pagar dan
dalam rumah. Buat masa ini kami lakukan sendiri dengan bantuan seorang pembantu
disamping ia menjadi sebahagian daripada teraphy harian kami.
Sebelum kami membina rumah, terdapat
satu spot di tepi jalan di sudut hujung rumah kami dijadikan tapak pembakaran
sampah. Ia kurang sesuai kerana
mengganggu pemandangan di samping berlaku pencemaran apabila ada pembakaran
bahan-bahan yang tidak terpakai. Alhamdulillah, dengan bantuan GCB Husaini,
tapak untuk pelupusan sampah yang dahulunya terletak disudut hujung tanah
reserve yang bersempadan dengan tanah jiran, Mazanah telah dipindahkan ke sudut
hujung dipenjuru tanah Mazanah. Pada
kebiasaan MJJ akan akan mengeluarkan peluh sebulan sekali dengan melakukan
kerja-kerja pembersihan dan pembakaran kecil.
Comments
Post a Comment