25102018: Landscape Villa MJJana: kedol


25102018:  Landscape Villa MJJana: kedol
Bahagian Kedol iaitu sepanjang kawasan yang bersempadan dengan tanah jiran, Mazanah. Kelebaran kawasan ini ialah 12 kaki X 100 kaki. 20 kaki telah dijadikan kolam ikan tempat MJj bersantai setiap petang. Satu lagi port untuk kami minum petang dan  bersantai bersama keluarga bermain indoor game sambil memberi makan ikan. Sesekali memantau pokok-pokok pisang, ubi dan serai di kebun jiran, Mazanah.  Sesekali tempat ini jugalah kami jadikan untuk membuka kolam renang intex untuk cucu-cucu.

Mengikut perancangan awal, ruangan sudut hadapan bersebelahan pagar kedua ialah  satu landscape yang induknya pinang merah. Sementara pagar dipenuhi dengan pokok  berbunga jingga jenis menjalar iaitu bunga nasturtiums atau azalea. Sepanjang itu pula saya letak pokok-pokok pelindung dari pandangan terus dari jalan besar dan jiran sebelah.

Rumput Carpet Tiruan

Seperti kawasan kulon, sebahagian ruang saya hiasi dengan rumput carpet fake. Bagi mengimbangi warna saya selangselikan dengan batu readymade teraphy. Bukan apa. Ia mudah dicuci dan penjagaannya pun senang tidak perlu dimesin.






Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang