26102018: Landscape Villa MJJana: wetan
26102018: Landscape Villa MJJana: wetan
Sudut Bunga Kertas dan Orkid
Bahagian wetan merupakan bahagian
hadapan rumah yang bersempadan dengan
tanah reserve jalan sepanjang pokok kelapa dipisahkan dengan pagar. Port berteduh kami ialah di buaian
bersebelahan bunga orkid. Pada peringkat
awal dahulu lokasi orkid sepatutnya ialah bersebelahan pagar Namun di kawasan
itu disinari cahaya matahari melebihi 4 jam setiap hari dan kurang sesuai untuk
orkid. Maka kawasan itu digantikan dengan bunga kertas.
Dengan kawasan bunga orkid dipindah ke
sebelah wetan dinding rumah dan tanam dalam pasu sahaja kerana sinaran matahari hanya dari jam 12.00 hingga
3.00 petang.
Ruangan batu untuk laluan kereta
Kawasan ini tidak perlu mentainance
lama kerana cadangan untuk menurap tanah dengan samada tiles atau tar masih KIV
lagi sehingga mendapat kata sepakat keluarga.
Buat masa ini hanya diturap dengan batu kecil yang kurang kemas dan agak
bahaya jika tergelincir. Kawasan ini juga banyak digunakan untuk laluan dan
parking kereta.
Walau bagaimana pun di sudut hadapan
kanan bersebelahan pokok kedondong dan pinang merah boleh dibuat satu
landscape. Begitu juga sebelah kiri
tiang letterbox sebelum pokok golden chain.
Comments
Post a Comment