24102018: Landscape Villa MJJana: kulon

24102018: Landscape Villa MJJana: kulon

Kawasan Kulon

Bahagian kulon bermula dari pokok mempelam, terus ke veranda luar wet kitchen sehingga kawasan tangki najis di sudut hujung sempadan rumah Hamimah dan Asriah.






Pokok Buah Mata Kucing dan Nona

Mengikut perancangan awal sepanjang kawasan kulon yang mempunyai keluasan 10 kaki X 90 kaki, saya akan jadikan sudut tanam-tanaman herba dan sayur-sayuran.  Sementara bersebelahan pokok mempelam ditanam dengan pokok mata kucing kegemaran Ammar yang ditanam sempena kelahiran beliau.  Sebelahnya pula pokok nona. Walau bagaimana pun pokok nona sempena kelahiran Zara, kurang subur  kerana kawasan tersebut agak redup, diteduhi daun mempelam. InsyaAllah, sekiranya mendapat benih yang lain ia akan ditanam di tapak yang lain.


Pokok Bunga Kesidang

Disepanjang kawasan kulon ini dipasang pagar besi dan akan saya tanam dengan pokok bunga menjalar sepeti kesidang yang mengeluarkan wangian seumpama pandan. Berselang-seli dengan bunga sepit ketam bersesuaian dengan fungsi untuk menutup pemandanan orang lalu lalang diJalan Perdana 3 dan pokok renik sebagai loandscape.

Di kawasan luar wet kitchen pula saya khaskan untuk tanaman herba dan tanaman yang boleh digunakan untuk memasak. Semasa kisah ini ditulis beberapa jenis tanaman kontan yang ada ialah kacang botol, kacang panjang, bendi, terung dan pokok selasih. Pelbagai herba turut tersenarai dalam tanaman iaitu cekur,  belalang gajah, rerama hijau, daun kari, selasih, kesum,  ulam raja, pegaga, kunyit, halia, bunga kantan, ulam-ulaman, daun kadok, daun pandan, kucai, cili besar, cilia pi, terung, cili dan lain-lain.

Belimbing Buluh dan Daun Pisang

Bersetentang dengan  mesin basuh pula saya tanam pokok belimbing, pokok pisang bagi kegunaan daun, delima bagi pelindung cahaya daripada terus memanasi mesin basuh. Seterusnya sudut limau berupa barisan limau sambal, limau purut, limau lemon, ulam tengek burung dan  daun melinjau turut ditanam sebelum brotowali, inai, sirih dan malberi. Bersebelahan dengan tangki najis pula saya tanam dengan pokok kesidang sebagai haruman dan markisa menjalar dan pokok kemboja.

Bunga ungu Petunia Sunrise dan hydangrea

Sunrise corner merupakan antara sudut  saya mencuci mata setiap pagi selepas dhuha.  Malah daripada tingkap bilik boleh kelihatan bunga violet Petunia dan kehijauan dedaunan lebar.  Bagi mengelakkan rumput-rumput liar dan menjaga kebersihan disamping mengekalkan warna kehijauan rumput sebagai teraphy, sebahagian keluasan saya simen dan tutupkan dengna fake carpet grass yang dibeli dari Nursery Ban ho hadapan Hospital Bating. Sementara meja taman bersebelahan pokok kesidang menjadi port untuk kami bersarapan atau minum petang sambil memasak di wet kitchen.

Bunga hydangrea dan Jepun jam 10

Bunga kul 10 turut menjadi pilihan saya dan telah banyak memberi sumbangan kepada saudara mara dan sahabat handar yang berminat untuk mengambil anak-anak benihnhya. Benih asal saya peroleh dari Mak Ani dan sebahagiannya saya beli dan ia mudah membiak. Saya juga cuba menanam pokok bunga bydangrea dengan harapan dapat berbunga segar di musim sejuk seperti di Mesra Homestay Aukland, New Zealand.
Semoga taman ini akan terus segar dan sepertimana kesegaran udara yang saya hirup setiap hari dengan izinNya juga.

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang