27102018: Landscape Villa MJJana: lor

             

27102018: Landscape Villa MJJana: lor

Landscape Lor dan BBQ Station

Bahagian Lor iaitu kawasan yang paling luas di kawasan luar rumah.  Kawasan itu memang disediakan untuk tanaman rumput carpet seumpama mini padang permainan. Disini jugalah akan terletak BBQ Station, mini playground an buaian serta teduhan pokok mempelam.

Di pertengahan kawasan berhadapan kawasan tangga santai, dikekalkan dua pokok kelapa yang sederhana tingginya. Memandangkan tiang lampu TNB berada di tengah-tangah antara pokok kelapa itu, sinaran lampu amat sesuai untuk station BBQ.  Dua pokok durian belanda kesayangan MJJ turut ditanam sebagai pengimbang bersebelahan pokok Golden Chain.

Draf landscape kawasan ini termasuk susunan bata 1kaki X 2 kaki daripada tana separa bulat menuju ke kawasan BBQ Station dan buaian di bawah pokok mempelam.
Sebuah Arch untuk bunga menjalaar akan diletakkan di bahagian hujung tngga menghala ke lor.

Buaian bawah Pokok Mempelam

Pokok mempelam yang semakin tinggi ini sentiasa berbuah tanpa mengira musim. Beberapa dahan yang besar dan tinggi yang dirambati dengan dedalu telah dicantas.  Dua dahan yang besar paling rendah dibuat buaian kampung untuk mengimbau zaman kanak-kanan. Sementara dahan sebelah bawah diletakkan orkid hutan dan renek serta tanduk rusa bagi menambah warna-warni bunga.

Di sini juga saya letakkan meja batu taman untuk santai minum petang atau semasa BBQ.




Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang