Posts

Showing posts from May, 2020

31052020 : TETAMU PKP MENGUNJUNGI: HAJAH NORAINI MUSTAPHA

Image
31052020 : TETAMU PKP MENGUNJUNGI: HAJAH NORAINI MUSTAPHA Beberapa foto seperti betik, mempelam, kuini yang ssay apost dalam IG dan fb bukanlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Sekadar perkongsian sebagai cabaran untuk sahabat handar turut menanam khususnya di musim PKP selain dari keseronokan therapy diri. Salah seorang sahabat fb, Hjh. Noraini yang kebetulan berada di Gold Coast morib telah membaca status itu dan beliau dapatlah turut merasa. Bersama beliau ialah kawan  yang mengenali Hartini Zulfikri yang kebetulan bekerja di EPF Bangi. Alhamdulillah rezeki beliau dapat merasa mempelam dan kuini. 

30052020 : STRORYBOARD UNTUK VBLOG

Image
30052020 : STRORYBOARD UNTUK VBLOG Bagi permulaan langkah untuk Episod 1 vlog, saya telah sediakan storyboard untuk kami (saya dan suami) beraksi. Rancangan ini di tangguhkan dahulu sehingga memperoleh aplikasi yang seduai untuk edit.  Sementara itu saya update Instagram dan melayan iaitu memberi respond kepada sahabat fb yang reply atau membuat pertanyaan.   Disini ada juga scammer yang mengambil kesempatan. Seorang lelaki with peasant looking meletakkan namanya sebagai Zikri Zack Megat dengan profile (mencari redha Allah, single father). Memang sesuatu yang pelik tetapi benar, rupanya kemudian saya mendapat tahu yang beliau adalah scammer. Kepada wanita-wanita yang hendak saya kenalkan kepada beliau pun telah mendapat text yang sama. Maka saya telah viralkan kepada beberapa group sebagai perkongsian agar mereka jangan tertipu.   Sharing is sedeqah. Alhamdulilah dapat berkongsi.

29052020 : INSTALL APLIKASI VIDEO EDITING UNTUK VBLOG

Image
29052020 : INSTALL APLIKASI VIDEO EDITING UNTUK VBLOG Projek vblog akan dimulakan selepas memasang aplikasi video editing melalui handphone atau laptop. Beberapa aplikasi percuma yang diperoleh ada kelebihan dan kelemahannya.  Sebagai permullan saya sekadar hendak mengedit video dalam durasi 2-5 minit dengan memasukkan tulisan dan sticker serta berselangseli dengan insert gambar. Malangnya Aplikasi IShot tidak boleh digunakan untuk insert gambar. Sementara aplikasi KineMaster boleh melakukan kesemua tiga item diatas tetapi jika laptop perlu betul2 belajar yang mungkin saya belum mampu.  Sementara jika menggunakan handphone tidak boleh disave atas video jika ia melebihi 2 - 5 minit. Oleh itu perlu menunggu laptop yang baru atau membeli handphone yang lain.  Setelah berbincang dengan Liyana, beliau yang kebetulan belum mempunyai laptop perlu membelinya.  Sebagai memenuhi perjanjian untuk menghadiahkan laptop selepas memperoleh keputusan SPM dua tahun lepas belum dipenuhi.   Liyana perlu

28052020 : KLINIK TG. SEPAT- KEPUTUSAN KOLESTROL DAN KLINIK IDAMAN – LIYANA

Image
28052020 : KLINIK TG. SEPAT- KEPUTUSAN KOLESTROL DAN KLINIK IDAMAN – LIYANA     Alhamdullillah, Dr. Muhamad Kamil mengulas tentang keputusan dari hasil ujian darah 3 bulan lalu. Tahap kolestrol baik. Mungkin hasil kawalan makanan secara diet dan makan lebih buah-buahan, kurangkan santan dan gula.   Seafood dan daging lembu..makan sekadar melayan tekak.   Semoga diri ini dapt meneruskan diet sihat ini demi menjagi kesihatan dan hidup sihat. Saya turut berkongsi menu pemakanan untuk family MJJana agar mereka turut mengamalkannya.   Seperti Hazim dan Ameera, saya juga akan membeli AirFryer bagi mengurangkan penggunaan minyak walaupun sebelum ini merasakan kurang yakin kesedapan hasil gorengan dengan menggunakan airfryer.   Walau bagaimanapun setelah menganalisis penggunaan minyak sepanjang tempoh PKP memang agak memimbangkan dan ia perlu dikawal.   Sementara itu usaha awal untuk mengatasi masalah kulit muka Liyana diteruskan dengan mendapatkan konsultansi daripada Dr. Hazmi

27052020 : KELAS INSTAGRAM BERMULA

Image

26052020 : 3 SYAWAL 1441H MJJANA FOTOSHOOT BERTUJUH

Image
26052020 : 3 SYAWAL 1441H MJJANA FOTOSHOOT BERTUJUH Alhamdulillah, Syawal ke3 ini dua orang lagi anak balik kg. Photoshoot sebagai kenangan kali ini dibuat secara tiktok dan 20 years challenge. Kita sebagai orang tua turut menjayakannya. Picture speaks thousand words. jadual eRaya Norma baharu hari ini ialah bersama group SKKD, SSAS, STAR, UiTM dan InsyaAllah xMACC malam ini. 

25052020 : 2 SYAWAL 1441 eRAYA NORMA BAHARU

Image
25052020 : 2 SYAWAL 1441H eRAYA NORMA BAHARU Hari ini merupakan kali ketiga beberapa jadual yang disusun untuk merayakan eRaya Norma Baharu melaui aplikasi Google Meet dan Zoom. Ramai yang baru dalam proses pembelajaran.   Sudahlah baharu, menjadi host pula tu. Alhamdulillah ada anak-anak untuk membantu. Sepanjang hari melayan pelbagai group Whatssapp dan facebook.  Melihat pelbagai bentuk keceriaan setiap keluarga, senyum dan hilai tawa dibibir menggambarkan betapa riang ria bersama keluarga tercinta. Alhamdulilah, segalanya adalah nikmat kehidupan. Semoga kebahagian itu akan dapat dibawa hingga ke jannah.

24052020 : RAYA 1 SYAWAL 1441 RAYA NORMA BARU (GOOGLE MEET DAN ZOOM)

Image
24052020 : RAYA 1 SYAWAL 1441 RAYA NORMA BARU (GOOGLE MEET DAN ZOOM) Alhamdulillah Hari ini seperti yang dirancang kami dapat berinteraksi dan sembang menggunakan aplikasi Google Meet dan Zoom seperti yang dijadualkan. Selesai solat sunat Aidilfitri, khutbah dan bermaafaan, acara diteruskan dengan majlis e-SALAM AIDILFITRI dengan keluarga terdekat yang berjauhan. Jauh dimata dekat dihati 9.00 pagi : family MJJana 11.00 pagi: family JR 12.00 pagi: family SS 5.00 petang: family KHAJ 6.00 petang: family E.Kusnan (masalah teknikal, ia tidak dapat diadakan) 9.00 malam: family E.Baharun (masalah teknikal, ia tidak dapat diadakan) Alhamdulillah Cuma kali yang agak menyedihkan ialah dua orang ahli keluarga SS beraya di Hosp. Kak Yam di Hospital Serdang kerana masalah cucian buah pinggannya. Sementara Anne di Hospital Putrajaya, dapat ahli baru dalam keluarga SS. Kepada yang sakit, semoga cepat sembuh dan kepada Hermah, tahniah dan semoga cucu baru menjadi c

23052020 : LAST DAY OF RAMADHAN 1441H ...ALHAMDULILLAH

Image
23052020 : LAST DAY OF RAMADHAN 1441H ...ALHAMDULILLAH Persiapan akhir Ramadhan kami simple sahaja. Semua menu sudah dirancang. Memandangkan kali ini kami mengamalkan konsep tiada kunjung mengunjung secara bersemuka untuk memutuskan rantaian Covid19.  Bagi mengekalkan silatulrahim,  guyup Selawase dan dalam usaha mengatasi Pandemic Covid19, kami akan menganjurkan Syawal Maya Bersama MJJana menggunakam aplikasi google meet/ zoom.   Tambahan pula tahun ini dua orang anak, tiga orang menantu dan tiga orang cucu menyambut Aidilfitri bersama keluarga mertua.  Maka tinggal kami berlima.  Menu disediakan sekadar mencukupi, tetapi standby bahan mentah dan frozen food bagi memberikan lebih tumpuan kepada sambutan Syawal secara maya yang telah dijadualkan untuk empat hari.   Semenjak tiga hari kebelakangan ini juga kami tidak banyak menyediakan menu kerana banyak menerima juadah ponjongan dari sahabat handai dan saudara mara dekat.  Alhamdulillah. Musuh jangan dicari, rezeki jangan dit

22052020 : ULANG TAHUN SYAFIQ DAN SOFT REMINDER APLIKASI GOOGLE MEET

Image
22052020 : ULANG TAHUN SYAFIQ DAN SOFT REMINDER APLIKASI GOOGLE MEET Alhamdulillah, dua bulan tinggal sepenuh masa bersama kamu setelah sekian lama tinggal berasingan. Maklumlah mencari rezeki untuk kehidupan. Semoga dimurahkan rezeki kamu, dipermudahkan urusan dunia dan akhiratmu. Jangan lupa seruan Ilahi Dan Ibu sentiasa mendoakan kamu dan anak-anak ibu yang lain khususnya dan keluarga MJJana sentiasa dalam rahmat dan penjagaan Allah. Swt. Amiin Ya Robbal Alamin. Hari ini compile pelbagai video timelapse.   Berhasrat untuk belajar edit video untuk upload dalam utube, Insyallah sebagai bahan sejarah memoir kehidupan MJJana selain untuk album kenangan generasai muda khususnya anak-anak dan generasi MJJana. 

21052020 : RINDU SAMA KAMU - JAUH DI MATA DEKAT DI HATI

Image
21052020 : RINDU SAMA KAMU - JAUH DI MATA DEKAT DI HATI Jauh dimata dekat dihati. Hanya gambar   pengubat rindu Sesekali kami berVideo call Alhamdulillah.

20052020 : PROGRAM eRAYA MUSIM PKP GUNA GOOGLE MEET ATAU ZOOM

Image
20052020 : PROGRAM eRAYA MUSIM PKP GUNA GOOGLE MEET ATAU ZOOM Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 19 Mac 2020 pelbagai alternadif komunikasi dilakukan demi mengekalkan penjarakan sosial bagi memutuskan rantaian Covid 19. Daripada PKP 1, disambung ke PKP 2, kemudian disusuli dengan PKP 3 kami tetap tidak ke mana-mana.  Untuk berkomunikasi sekadar berwhatssap dan video Call sahaja. Kini PKP Bersyarat pula dan kami tetap akur #stayathome menjelangnya Aidilfitri yang tinggal beberapa hari lagi. Melihat kepada kecanggihan gadget dan kaedah yang dilakukan oleh kebanyakan student dan pejabat, InsyaAllah kami akan eUcapan Raya Aidilfitri dengan mengunakan aplikasi Google Meet atau Zoom. Maklumlah anak-anak yang jauh tidak dapat berkumpul bersama semasa Hari Raya nanti. Kebetulan pula kali ini mengikut giliran tiga orang yang sudah berumah tangga akan menyambut Syawal bersama keluarga mertua pula. Maka satu jadual telah disediakan mulai daripada Syawal pertama hingga Sya

19052020 : JANGAN ABAIKAN KESIHATAN MENTAL; Pandemik Covid 19, PKPB

19052020 :  JANGAN ABAIKAN  KESIHATAN MENTAL; Pandemik Covid 19, PKPB Penulis; Muhamad Jasman Jurami Kita semua wajar menyedari tentang pentingnya  memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan terpelihara.  Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) : ” Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”. Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu. Seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik dan mampu bekerja secara produktif.  Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.  Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, perubahan persekitaran  yang mendadak, tekanan di tempat kerja, penyakit fizikal, dan perubahan norma kehidupan. Semasa saya bertugas sebagai Pengarah Sumber Manusia di

18052020 : 37 TAHUN LALU, AYAHANDA SHAFIE KUSNAN MENINGGALKAN DUNIA

Image
18052020 : 37 TAHUN LALU, AYAHANDA SHAFIE KUSNAN MENINGGALKAN DUNIA Hari ini dalam sejarah, tarikh keramat ini ayahanda saya Shafie bin Kusnan telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kemalangan jalan raya apabila dilanggar sebuah lori menjadi asbab kematian. Ketika itu Allahyarham dikatakan sedang melintas jalan di bandaraya Klang.  Allahyarham terus dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah oleh orang ramai. Namun tidak dapat diselamatkan kerana terlalu banyak pendarahan di kepala.   Teman rapat beliau yang sama-sama mencari barangan bina rumah, iaitu Talib Kamarudin pun tidak tahu berita itu pada masa itu sehingga beliau sendiri datang ke rumah dan bertanya arwah ibu samada ayah sudah sampai di rumah kerana pada pagi itu mereka pergi bersama-sama. Bonda Sukiah bt. Hj. Abdul Jalil yang sewaktu itu pun masih belum mengetahui berita kematian turut tertanya-tanya kerana beliau hanya menenerima pesanan dari arwah ayah pada pagi itu agar menjemput adik bongsu Najib, balik

17052020 : TAZKIRAH MAYA USTAZAH SAMSIAH AHMAD SEPANJANG RAMADHAN 1441H

Image
17052020 : TAZKIRAH MAYA USTAZAH SAMSIAH AHMAD SEPANJANG RAMADHAN 1441H Alhamdulillah seramai lebih kurang 42 orang peserta yang terdiri daripada wanita di Kg. Endah dan Indah Perdana yang pernah mengikut Kelas Mengaji Wanita Kg. Endah bersetuju untuk mengikuti Program Khatam Al-Quran yang diadakan bermula 1 Ramadhan 1441H. InsyaAlah dengan galakan, sokongan dan sebagai memenuhi salah satu pengisian dalam bulan Ramadahan yang baraqah ini untuk mengumpulkan pahala tambahan, tinggal beberapa orang peserta sahaja yang akan khatam menjelangnya Syawal. Di samping itu pada setiap petang beliau akan memberi tadabbur dan tazkirah berkaitan beberapa surah AlQuran sebagai peringatan dan perkongsian bersama. Alhamdulillah. Sharing is sedeqah. Dengan izin beliau juga ada kalanya saya turut memanjangkan beberapa tazkirah beliau ke pelbagai group Whatssap saya.   Semoga bermanfaat dan pahala mengalir dan mendapat keberkatan dari Allah swt.

16052020 : GOOGLE MEET : eSambutan HARI GURU ALUMNI STAR

Image
16052020 :   eSambutan Hari Guru bersama alumni STAR Seminggu yang lalu saya menerima jemputan untuk   menyertai "google meet" Sambutan E - Hari Guru 2020 pada yang akan diadakan hari ini, sempena hari guru: Tarikh 16 MEI 2020 ( Sabtu ). Masa: 12.00 tgh - 1.00 tgh. Applikasi: Google Meet. ( Lokasi anda..). Setelah mendapat mesej di atas dalam group, buat pertama kalinya saya menyertai sambutan e-Hari Guru 2020 melalui aplikasi google meet. Alhamdulilah dapat bersembang walaupun sebentar dengan beberapa guru termasuk Dr. Robiah Kulub.   Subhanallah. .. Terima kasih cikgu.

16052020 : GURU JASAMU TETAP DIKENANG, nukilan MJJ

Image
16052020 : GURU JASAMU TETAP  DIKENANG Guru menyampaikan ilmu, mendidik anak Bangsa, menjadi manusia berguna. Guru menjadi pemimpin terutama di desa, menjadi setiausaha kampung, Bendahari Masjid dan pemimpin belia. Guru egent pembangunan masyarakat, tempat rujukan orang kampung , sebagai kaunselor. "Berguru demi ilmu, bina generasi baru" Selamat Hari Guru 2020. Jasamu tetap dikenang Muhamad Jasman Jurami,  Banting,Sabtu 16 May 2020 23 Ramadan1441

14052020 : PANDEMIK COVID 19,PKP-PKPB,Ada orang menangguk di air keruh, nukilan MJJ

Image
14052020 : PANDEMIK COVID 19,PKP-PKPB,Ada orang menangguk di air keruh, nukilan MJJ PENULIS :  MUHAMAD JASMAN  JURAMI Saya ada menulis beberapa artikel tentang pelbagai isu berikutan perintah kawalan pergerakan PKP pada 18 Mac 2020 dalam usaha memerangi COVID-19 dimuat naik dalam akaun Fb Jasman Jurami.   Antaranya, tentang peranan barisan hadapan (frontliners) amat mencabar, food security, warga emas berpenyakit kronik amat bimbang, Bila boleh solat jumaat, Rakyat harus bijak, PKP menguji keimanan, Berpada membantu Rohingya dan Pesakit kronik tidak diabaikan. Saya juga menulis Usaha dan tawakal kejayaan atas perkenan Allah dan terkini Krisis politik dan kepimpinan.   Selain daripada memuat naik tulisan tersebut, gambar-gambar yang berkaitan serta status COVID-19 sebagaimana yang dilaporkan Dr NorHisham, ketua Pengarah KKM juga dilampirkan dalam akaun facebook saya. Tujuan saya menulis adalah untuk memberikan pandangan dan cadangan berhubungkait tentang i

13052020 : KEREPEK PISANG MJJ

Image
13052020 : KEREPEK PISANG MJJ Selepas pisang tanduk, kini pisang berangan pula. Rezeki hasil tananam pisang berangan sehingga tidak termakan ada kalanya. Oleh itu apabila pisang sudah dikupas, maka tinggal goreng sahaja. Makanan yang dimakan hasil titik peluh sendiri, memang jauh lebih sedap dan puas. Alhamdulillah.

12052020 : KRISIS POLITIK DAN KEPIMPINAN, MELAYU TERGUGAT- Apakah UMNO Berjasa ?, nukilan MJJ

12052020 : KRISIS POLITIK DAN KEPIMPINAN,  MELAYU TERGUGAT- Apakah UMNO Berjasa ?, nukilan MJJ Penulis:Muhamad Jasman Jurami Pada 11 Mei 2020, sempena genap usia 74 tahun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/ United Malays National Organisation (UMNO),  UMNO Malaysia telah menyampaikan Anugerah  kepada Barisan Hadapan  ( Frontlines) memerangi Covid 19 sebagai menghargai pengorbanan menjaga meselamatan dan kesihatan rakyat.  UMNO  ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru hasil  percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu demi survival bangsa Melayu ketika berhadapan dengan gagasan Malayan Union yang cuba dilaksanakan oleh Penjajah British. Bagaimanapun Dato Onn Jaafar Presiden UMNO pertama telah meninggalkan UMNO apabila cadangan membuka keahlian parti kepada semua penduduk tanpa mengira kaum tidak diterima. Sejarah  UMNO menunjukkan berlaku kemelot pahit manis, persengkitaan, perebutan jawatan dan pepecahan  mengakibatkan penubuhan pelbagai parti dalam kalangan orang Melay