14052020 : PANDEMIK COVID 19,PKP-PKPB,Ada orang menangguk di air keruh, nukilan MJJ
14052020 : PANDEMIK
COVID 19,PKP-PKPB,Ada orang menangguk di air keruh, nukilan MJJ
PENULIS : MUHAMAD JASMAN JURAMI
Saya ada menulis
beberapa artikel tentang pelbagai isu berikutan perintah kawalan pergerakan PKP
pada 18 Mac 2020 dalam usaha memerangi COVID-19 dimuat naik dalam akaun Fb
Jasman Jurami.
Antaranya, tentang peranan barisan hadapan
(frontliners) amat mencabar, food security, warga emas berpenyakit kronik amat
bimbang, Bila boleh solat jumaat, Rakyat harus bijak, PKP menguji keimanan,
Berpada membantu Rohingya dan Pesakit kronik tidak diabaikan.
Saya juga menulis
Usaha dan tawakal kejayaan atas perkenan Allah dan terkini Krisis politik dan
kepimpinan.
Selain daripada memuat naik tulisan tersebut,
gambar-gambar yang berkaitan serta status COVID-19 sebagaimana yang dilaporkan
Dr NorHisham, ketua Pengarah KKM juga dilampirkan dalam akaun facebook saya.
Tujuan saya menulis
adalah untuk memberikan pandangan dan cadangan berhubungkait tentang isu yang
dihadapi bagi kepentingan kita semua, di
samping mengisi waktu duduk di rumah mematuhi PKP.
Malangnya, saya
mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab telah mengambil kesempatan
menggunakan nama dan identiti saya untuk kepentingannya.
Perkara ini dapat segera dikesan atas
kerjasama dan maklum balas daripada sahabat-sahabat saya.
Pada 15 Mei 2020
kira-kira jam 2:30 petang, tiba-tiba perisian whatsapp dan akaun facebook saya
terpadam. Jam 2:58 petang pada tarikh yang sama saudara Mohd Nor Rashid,
sahabat dan bekas anak murid saya telah menelefon saya kerana meragui adakah
benar saya memberi mesej kepada beliau. Beliau mencurigai atas kebenaran fakta
dan bahasa yang digunakan bukan seperti bahasa saya.
Beliau telah
mengemukakan mesej yang diterima kepada saya. Saya meneliti mesej tersebut dan
benar ianya bukan tulisan saya. Mesej tersebut menyatakan tentang kewujudan
bantuan dana International Monetary Fund selepas COVID-19.
Saya mengesyaki orang yang telah menggunakan
nama dan identiti saya adalah daripada luar negara.
Sebelum ini, saya
juga menerima maklum balas daripada saudara Mohd Amin Abdullah, sahabat JENAN
tentang keraguanya ada individu yang menggunakan nama dan identiti saya
menghubunginya untuk add friend apabila tidak menjawab soalan yang diajukan.
Jelas bahawa ada
pihak tidak bertanggungjawab mewujudkan Akaun Facebook yang menggunakan nama
dan identiti saya. Akaun facebook yang palsu telah dapat dipadamkan.
Sejujurnya , saya
menulis artikel-artikel tanpa sebarang hasrat tersirat dan tiada kepentingan
sendiri.Oleh yang demikian, saya Jasman Jurami yang sebenar menafikan tidak
terlibat dalam sebarang usaha kutipan bantuan dana sempena COVID-19.
Semoga para sahabat
dan kalian yang menerima mesej yang menggunakan nama dan identiti saya tentang
kutipan dana Covid 19 dapat
mengabaikannya.
Ada orang menangguk
di air keruh.
MJJ Banting,Sabtu
16/5/2020/ 23 Ramadan
1441
Comments
Post a Comment