18052020 : 37 TAHUN LALU, AYAHANDA SHAFIE KUSNAN MENINGGALKAN DUNIA
18052020
: 37 TAHUN LALU, AYAHANDA SHAFIE KUSNAN MENINGGALKAN DUNIA
Hari ini dalam sejarah, tarikh keramat ini ayahanda saya Shafie bin
Kusnan telah meninggalkan kami buat selama-lamanya. Kemalangan jalan raya apabila
dilanggar sebuah lori menjadi asbab kematian. Ketika itu Allahyarham dikatakan
sedang melintas jalan di bandaraya Klang.
Allahyarham terus dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Rahimah oleh orang
ramai. Namun tidak dapat diselamatkan kerana terlalu banyak pendarahan di kepala. Teman rapat beliau yang sama-sama mencari
barangan bina rumah, iaitu Talib Kamarudin pun tidak tahu berita itu pada masa
itu sehingga beliau sendiri datang ke rumah dan bertanya arwah ibu samada ayah
sudah sampai di rumah kerana pada pagi itu mereka pergi bersama-sama.
Bonda Sukiah bt. Hj. Abdul Jalil yang sewaktu itu pun masih belum
mengetahui berita kematian turut tertanya-tanya kerana beliau hanya menenerima
pesanan dari arwah ayah pada pagi itu agar menjemput adik bongsu Najib, balik
dari sekolah Tadika. Rupa-rupanya itulah
pesanan terakhir arwah pada arwah ibu.
Saya pula mendapat berita daripada kawan-kawan sepejabat pada lewat
malam. Sewaktu itu saya warded di Hospital Kuala Lumpur akibat demam panas. Dan
pada malam itu juga saya bergegas pulang dengan kawan-kawan serumah tanpa
dimaklumkan pada masa itu ayah telah tiada.
Setiba di rumah, melihat orang ramai berkumpul dan dimaklumkan ayah
terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Meluru laju masuk ke rumah.
Innalillahiwainnarojiun. Melihat sekujur tubuh di bawah selimut putih. Tidak
nampak sebarang kecacatan namun telah tiada sebarang respond, saya langsung
tidak sedarkan diri sehinggalah waktu
dinihari baru menyedari ayah telah tiada.
21 tahun selepas itu bonda pula meninggalkan kami.
Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan
orang-orang yang beriman. Alfatehah (dibaca)
Comments
Post a Comment