12052020 : KRISIS POLITIK DAN KEPIMPINAN, MELAYU TERGUGAT- Apakah UMNO Berjasa ?, nukilan MJJ

Penulis:Muhamad Jasman Jurami
Pada 11 Mei 2020, sempena genap usia 74 tahun Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu/ United Malays National Organisation
(UMNO), UMNO Malaysia telah menyampaikan Anugerah kepada Barisan Hadapan ( Frontlines) memerangi Covid 19 sebagai
menghargai pengorbanan
menjaga meselamatan dan kesihatan rakyat.
UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru hasil percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu
demi survival bangsa Melayu ketika berhadapan dengan gagasan Malayan Union yang cuba dilaksanakan oleh Penjajah British.
Bagaimanapun Dato Onn Jaafar Presiden UMNO pertama telah meninggalkan UMNO apabila cadangan membuka keahlian parti kepada semua penduduk tanpa mengira kaum tidak diterima.
Sejarah UMNO menunjukkan berlaku kemelot pahit manis, persengkitaan, perebutan jawatan dan pepecahan mengakibatkan penubuhan pelbagai parti dalam kalangan orang Melayu.
Pada 1951 golongan alim ulama daripada UMNO keluar parti dan menubuhkan Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS).
Perebutan jawatan Presiden yg amat sengit antara Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah mengakibatkan UMNO berpecah dan lahirlah Parti Semangat 46 . Bagitu juga dengan penubuhan PKR dan Bersatu adalah juga berpunca kemelut dalaman UMNO.
Pada masa sama PAS yg berasal daripada UMNO juga mengalami konflik dalaman dan perpecahan hingga tertubuhnya HAMIM, Berjasa dan Amanah.
Pada tahun 1988 , samasa pentadbiran Mahathir, Perdana Menteri ke 4, secara teknikalnya, pendaftaran UMNO terbatal , namun pendaftaran semula UMNO (baharu) masih pada asas, kerangka dan falsafah perjuangan politik yang sama serta menggunakan nama UMNO
Sejarah UMNO menunjukan telah menghadapi pelbagai perjuangan. Bermula dengan menentang gagasan Malayan Union,usaha mencapai kemerdekaan, menangani ancaman Komunis dan pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman, pembangunan negara oleh Tun Abdul Razak, perpaduan Tun Hussein dan pemodenan Malaysia oleh Tun Dr Mahathir.
UMNO telah menjadi tunjang Kerajaan Perikatan kemudiannya Barisan Nasional sehingga kejatuhannya pada PRU ke 14 semasa Najib Tun Razak perdana Menteri Ke 6.
Semasa pentadbiran Tengku Abdul Rahman berlaku peristiwa pahit rusuhan kaum 13 Mei 1969.
Dr Mahathir mendakwa trajedi 13 Mei 69 berlaku akibat kelemahan Pentadbiran Tengku Abdul Rahman.
Mahathir Mohammad menghasilkan Buku Malay Dilema mengkritik pentadbiran Tengku Abdul Rahman hingga akhirnya Tengku terpaksa meletakkan jawatan. Buku Malay Dilema telah diharamkan bagaimanapun berada di pasaran ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri Ke 4.
Tun Abdul Razak Hussein Presiden UMNO, Perdana Menteri ke-2 memberi tumpuan pembangunan luar bandar, infstruktur, bekalan letrik air bersih, pembinaan klinik Desa dan pedidikan.
Tun Abdul Razak menggubal Dasar Ekonom Baru (DEB) mempunyai matlamat serampang dua mata; membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat.
Ramai orang Melayu dapat keluar drp belenggu kemiskinan melalui pendidikan, perniagaan hasil DEB yg diperkenalkan Tun Abdul Razak.
Tun Razak memperluaskan parti komponen pemerintah , drp Perikatan kpd Barisan Nasional.
Semasa Tun Mahathir Mohammad Presiden UMNO, Perdana Menteri Ke- 4, selama 22 tahun, paling lama, negara semakin dikenali dunia, negara ke arah industri dengan wawasan 2020.
Dr Mahathir telah memperkenalkan Dasar Pandang ke Timur, kad perakam waktu dan Pegawai awam dikehendaki memakai tanda nama.
Dr Mahathir , Perdana Menteri ke- 4, amat tegas, mendapat gelaran Maha Firaun dan ada ada yg menganggap pemimpin Diktator. Semasa pentadbirannya Mahathir telah memecat Timbalan2nya, Dato Musa Hitam dan memasukkan Anwar Ibrahim kedalam penjara atas tuduhan salah guna kuasa dan tidak bermoral.
Dikatakan semasa masih Timbalan Perdana Menteri Dr Mahathir juga telah menekan bosnya, Tun Hussein Onn Perdana Menteri ke 3 hingga beliau dapat mempercepatkan proses pengambilalihan jawatan Perdana Menteri.
Manakala setelah bersara drp Perdana Menteri ke 4 , Dr Mahathir memperlekehkan pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri ke 5 dan memberikan laluan kpd Najib Razak sebagai Perdana Menteri ke 6.
Namun pada Pilihanraya Umum Malaysia ke 14, ( PRU ke-14),
9 Mei 1918 , Mahathir dan pemimpin2 UMNO yg mengkritik Najib Razak,yang dipecat dan kecewa telah meninggalkan UMNO.
Dr Mahathir, Tan Sri Muhyiddin serta pengikutnya menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( BERSATU ) dan membentuk Pakatan Harapan (PH) bersama Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) yg dipimpin Anwar Ibrahim dan musuh lamanya Democratic Action Party (DAP ) yg dipimpin Lim Kit Siang walaupun berbeza ideologi.
Pakatan Harapan ( PH )dapat menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Dr Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu dilantik Perdana Menteri ke-7, ketika berumur 93 tahun, Perdana Menteri tertua di dunia. Najib Razak Perdana Menteri ke 6 telah di dakwa dengan pelbagai tuduhan.
Tumbangnya BN drp faktor dalaman, adalah atas pelbagai tuduhan; dikatakan berlaku penyalahgunaan kuasa dan rasuah terutama dalam kalangan pemimpin tertinggi UMNO/ BN hingga berlaku pemecatan Timbalan dan Naib Presiden dan perpecahan Parti.
Pada masa sama terdapat kerjasama dan permuafakatan erat dalam kalangan komponen PH dan PH memberikan
pelbagai janji manis dalam manifesto nya sebagai faktor luaran.
Bagaimanapun dikatakan ekoran persengkitaan, perbezaan pandangan, halatuju dan kaedah penyelesaian dalam menangani pelbagai isu dan masalah, berlakulah perpecahan dalam parti2 komponen PH, BERSATU dibawah Tan Sri Muhyiddin mengistiharkan keluar drp PH.
Tan Sri Muhyiddin Presiden Bersatu menyedari bahawa tidak sampai 2 tahun PH memerintah Bangsa Melayu dan Islam tergugat dan terdapat pemimpin dalam komponen PH yg bersimpati dengan perjuangan Komunis dan Gerakan Pembebasan Tamil Tiger Eelam ( LTTE).
Akhbar keluaran Utusan Melayu sebagai wadah suara perjuangan orang Melayu juga telah terkubur.
Langkah Sheraton 23 Februari 2020 menyebabkan
Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke 7 kehilangan sokongan, telah meletakkan jawatan pada 24 Feb 2020; tumbanglah Kerajaan Pakatan Harapan dalam tempoh kurang 2 tahun.
Atas budibicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,
mengambilkira sokongan majoriti anggota Parlimen, Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin dilantik Perdana Menteri Malaysia ke- 8.
Tan Sri Muhyiddin, Persiden BERSATU mendapat sokongan BN, PAS , GPS (Gabungan Parti Sarawak) dan pemimpin PKR yg telah dipecat membentuk Perikatan Nasional.
Dalam ucapan semasa mengumumkan barisan anggota Kabinet nya pada 9 Mac 2020,Tan Sri Muhyiddin telah memaklumkan anggota kabinetnya telah melepasi tapisan SPRM dan PDRM. Barisan Kabinetnya dianggotai tokoh2 politik yg berpengalaman,
teknokrat dan individu yg mempunyai kepakaran dalam bidang2 tertentu akan memberikan perkhidmatan terbaik,dapat menangani permasalahan rakyat dan membawa negara ke mercu kejayaan cemerlang.
Namun belum sempat Parlimen bersidang, negara spt juga negara2 lain telah dilanda Pandemik Covid 19 musuh tidak kelihatan dari Wuhan China. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 diikuti Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun 2020 di fasa ke 6.
Namun demikian Dr Mahathir berumur 94 tahun dipanggil Atuk terus melancarkan serangan politik, berterusan memburukan UMNO dan para pemimpinnya.
Apakah Dr Mahathir telah lupa atau buat2 lupa beliau adalah mantan Presiden UMNO dan Perdana Menteri paling lama.
Dr Mahathir juga menyerang Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan mendakwanya sebagai penghianat.
Dr Mahathir menghantar notis ke Parlimen, mengusulkan undi tidak percaya ke atas Tan Sri Muhyiddin.
Dr Mahathir dari dulu hingga kini masih berterusan berpandangan negatif terhadap Bangsanya. Mahathir memperkecilkan kebolehan orang Melayu dan dituduh malas. Orang Melayu marah, walaupun sebaliknya boleh dijadikan cabaran untuk kejayaan.
Realitinya ,krisis dan perpecahan Parti2 politik dalam kalangan orang Melayu, perebutan kuasa amat mengecewakan dan membimbangkan rakyat khususnya orang Melayu. Apatah lagi ketika negara menghadapi Pandemik Covid 19.
Justeru itu semua Pemimpin2 dan anggota Parti seharusnya akur, redho dan tidak mempersoalkan kebijaksanaan dan keputusan YDPA atas perlatikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8 sehingga tiba waktu PRU ke 15.
Sama-samalah kita berdoa agar negara terus aman, wabak coronavirus(covic 19) dapat ditangani sebaiknya, ekonomi dan pembangunan luar bandar diperkukuhkan, pentadbiran berintegriti, kedaulatan negara dipertahankan, Bangsa Melayu dan agama Islam tidak tergugat .
Realitinya krisis, perpecahan dan semakin banyak parti2 politik dalam kalangan orang Melayu akan lebih merumitkan pentadbiran dan pelbagai masalah sehingga ke peringkat kampung
Justeru, apakah mungkin
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri ke-8, Presiden BERSATU dan mantan Timbalan Presiden UMNO, Dato Sri Azmin Ali yg dipecat daripada PKR serta pengikut mereka boleh balik kepangkal jalan kembali kepankuan UMNO ? UMNO telah berjasa.
Bukan seperti Kacang lupakan kulit.
Marahkan Nyamuk kelambu dibakar.
Tidak menjadi kuda tunggangan.
Penulis, Mantan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PTD) dan Guru.
MJJ, Banting,Selangor
12 May 2020 /
19 Ramadan 1441

Comments
Post a Comment