19052020 : JANGAN ABAIKAN KESIHATAN MENTAL; Pandemik Covid 19, PKPB

19052020 :  JANGAN ABAIKAN  KESIHATAN MENTAL; Pandemik Covid 19, PKPB


Penulis; Muhamad Jasman Jurami

Kita semua wajar menyedari tentang pentingnya  memelihara tahap kesihatan mental yang baik dan terpelihara.

 Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) : ” Kesihatan adalah satu keadaan merangkumi kesihatan secara fizikal, mental dan sosial dan tidak hanya ketiadaan penyakit”.

Secara umumnya, kesihatan mental menggambarkan tahap kesejahteraan pemikiran dan emosi seseorang individu. Seseorang individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik dan mampu bekerja secara produktif.

 Kesihatan mental adalah ekspresi emosi dan melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

 Kesihatan mental boleh terjejas disebabkan masalah sosio-ekonomi, perubahan persekitaran  yang mendadak, tekanan di tempat kerja, penyakit fizikal, dan perubahan norma kehidupan.

Semasa saya bertugas sebagai Pengarah Sumber Manusia di Putrajaya,  seorang isteri  Pegawai  menemui saya  merayu permohonan Pertukaran suaminya segera diluluskan. Beliau berumur 30 an memberikan alasan rayuan terpaksa dilakukan  bagi memastikan kebahagian beliau bersama suami boleh berkekalan, tidak berlaku perceraian.

Beliau tinggal di Sabah bersama keluarganya, manakala suaminya bertugas di Johor amat jarang dapat bersama.

 Beliau mengadu sering tidak   dapat tidur lena, gelisah, risau, bimbang suami tergoda perempuan lain dan beliau kehilangan suami dan masjid yg dibina akan runtuh.

 Ini adalah suatu contoh situasi kesihatan mental seorang isteri  yg berjauhan drp suami kerana tugas, namun saya yakin tidak semua isteri sedemikian.

Saya juga dapat mengenal pasti
seorang pegawai lelaki berumur 40an yg bertugas di sebuah Kementerian di Putrajaya pada setiap hujung minggu akan pulang  berjumpa dan bersama isterinya di Kota Bahru. Jika gagal  emosi dan tingkah laku beliau jelas berubah,menjadi pemarah, panas baran dan agresif.

 Kini semasa negara menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi memerangi Covid 19,  masalah kesihatan mental tidak harus pandang mudah, ia perlu ditangani sebaiknya.

Sepanjang PKP-PKPB, masalah kesihatan mental boleh berlaku ke atas Isteri sepenuh masa yang menjaga anak2 kecil di rumah terutama
 Isteri Doktor, Polis dan tentera yg bertugas di barisan hadapan menangani Covid 19.

 Tahniah isteri sepenuh masa yang dapat menangani karenah anak-anak sepanjang PKP -PKPB  dengan pelbagai usaha dan antiviti  bersama anak-anak sepanjang waktu  berada di rumah tidak hanya menonton tv.  Pembelajaran,
pendidikan agama dilaksanakan melalui aktiviti yg menyeronokan, tidak membosankan.

Pelajar Universiti yang terlalu lama tinggal di kolej amat kecewa sekiranya pembayaran yuran  pembelajaran  dan tempat tinggal dikenakan tanpa ada kuliah. Mereka juga merasa bosan dan perlu pulang ke kampung untuk bersama keluarga.

 Mereka yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat PKP-PKPB akan  lebih terkesan. Ketidak cukupan wang untuk menampung keluarga,  pelbagai kesukaran ditambah faktor luaran seperti  rasa cemburu akan mudah membawa krisis dan persengkitaan.
Dikhuatiri jika tidak ditangani sebaiknya ia boleh mencetuskan  keganasan  rumah tangga ,kemurungan,kes bunuh diri dan jenayah semakin meningkat.

Suami yang bertugas berjauhan daripada isteri amat wajar beroleh kebenaran merentasi sempadan negeri untuk membolehkannya pulang berjumpa isteri  dengan mematuhi SOP PKPB yang ditertentukan

Rantaian Pandamik Covid 19 perlu diputuskan. PKP -PKPB daripada 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020, mungkin dilanjutkan.

 Norma baru kehidupan, duduk di rumah,penjarakkan sosial, tidak bersalam dan patuhi SOP.

Mengadu kepada yang  dipercayai; bukan  yang sekadar menunjukkan simpati.

Jangan abaikan kesihatan mental.

MJJ, Banting, Isnin
18 Mei 2020/
25 Ramadan 1441

Comments

Popular posts from this blog

29052018 : Jeruk Mangga Tanpa Cuka by Ety Jamilah

20092018: Budaya Menyumbang (salam kaut) ketika majlis perkahwinan

18032019 : Pertandingan gubahan tuala hantaran untuk Alumni STAR Klang