Posts

Showing posts from July, 2018

31.07.2018: (Selasa): booking tiket ke Padang dan maybank2U

Image
#togethertilljannah (foto 31.07.2015 di Aberythwyth, UK) 31.07.2018: (Selasa): booking tiket ke Padang dan maybank2U Empat tahun lalu pergerakan saya ke Padang ditemani oleh Hafiz.   MJJ tidak dapat turut serta kerana urusan tugas.   Kelmarin, K.Yenny, jiran di Putrajaya maklumkan yang beliau dan suami akan balik kampung sebulan.   Mengetahui perkara ini, MJJ ingin turut serta bagi 4-5 hari.   Sehubungan itu, nampak gaya saya kena mencari tarikh-tarikh yang sesuai kerana khuatir bertembung dengan Hari Raya Aidiladha. InsyaAllah kali ini semoga diberi kesihatan yang baik untuk merasa perjalanan bersama suami ke Padang dan ke rumah K.Yenny dan Pak Agus di Paya Kumboh, Bukit Tinggi. Semoga Dipermudahkan. Syukur juga tempoh hari telah belajar dan daftar Maybank2U di Maybank Banting setelah 7 tahun tidak menggunakannya kerana terlupa password.   Kini kurang sikitlah keperluan untuk mencari bantuan bagi urusan perbankan samaada di bank atau di ATM. Syukur, Nikmat

30072018 : (ISNIN): Perginya seorang sahabat maya di facebook dan whatapp We Are Survivor: Hidayah

Image
30072018 : (ISNIN):  Perginya seorang sahabat maya di facebook dan whatapp We Are Survivor: Hidayah Malam tadi saya dikejutkan dengan respond wall yang begitu banyak di facebook.   Rasanya dah lama saya tidak upload album foto dalam fb. Persoalannya respond apa ye.   Terus tergerak untuk membacanya. Terkedu sebentar apabila di tag oleh Zuriani Kamal, activist at Cancer Survivor Malaysia  yang punya 5000 fb friend Allahuabar.   Hidayah Mustapha, seorang Peguam Syarie di Kuantan yang pernah saya kenali empat tahun dahulu melalui friend di fb.   Sebagai admin dalam Whatsapp Group yang saya nama e Are Survifor (WAS) yang mana ahlinya terdiri dari Cancer Survivor satu Malaysia. Bermula dari beberapa orang, ianya menjadi sehingga 50 orang yang mana saya menyimpan segala background data untuk rujukan dan perkongsian kehidupan.   Kami saling kenal mengenali dalam group walaupun tidak semuanya aktif. Ada juga yang silent reader namun pengalaman menghadapi

29072018 : Hasmadi, Hamsini, Hanna dan Hannis datang ke Villa MJJana

Image
#mjjana togethertilljannah (foto 29.07.2015 di Masjib Biru, Turki)  29072018 :  Hasmadi, Hamsini, Hanna dan Hannis datang ke Villa MJJana Dah hampir dua minggu nama Hamsini sentiasa meniti di bibir MJJ. Malah bukan dua  minggu ini sahaja, malah ada kalanya adik ipar nombor 10 ini ada juga hadir dalam bait-bait sembang kami sekeluarga atau berdua. Adik yang pernah tinggal dengan kami semasa di Segambut tahun 90an dahulu.   Semasa itu beliau masih belajar dalam Tingkatan 6 di Kuala Lumpur. Beliau antara adik ipar perempuan yang saya kenali rapat semenjak berumah tangga.   Mana tidaknya, semasa kami di alam pertunangan pun dah kerap berkunjung ke asrama tempat tinggal Hamsini iaitu di Asrama Toh Puan Norashikin di Kg. Pandan. Semasa itu bliau blajar di Sek. Menengah Convent Bukit Nanas. Sehinggalah hendak berumah tangga pun, apa lagi MJJ jugalah menjadi rujukan untuk pandangan dan nasihat. Alhamdulillah kini telah semakin mengembang (seperti diri ini) kerana dijaga

28072018 : pesta rambutan lagi, semoga dapat dinikmati bersama

Image
28072018 : pesta rambutan lagi, semoga dapat dinikmati bersama Alhamdulillah, semalam bersama keluarga dan teman serta jiran membantu urusan mencantas pokok rambutan di rumah pusaka untuk dinikmati bersama.  InsyaAllah lain kali mudah sedikit untuk memetik, bila pokok dah rendah. Syukur, atas nikmatNya.

27072018 : Perginya cucu saudara kerana kemalangan jalanraya, Haziq anak Ety jamilah

Image
27072018 : Perginya cucu saudara kerana kemalangan jalanraya, Haziq anak Ety jamilah Di subuh pagi Jumaat, pagi yang mulia di hari yang baroqah ini, saya dikejutkan dengan berita dalam Whatsapp Group keluarga. Kemudian saya melihat WA status dalam group Embah Kusnan pula “ Dengan nama Allah.... Dukacita dimaklumkan... anakanda saya, haziq Muhammad Husaini bin Razif telah kembali kerahmatullah sebentar td kerana kemalangan.   Mohon doa agar urusan pengebumian dipermudahkan Allah...   A llahu akbar   Dengan kalimah syahadahmu... aku redha Ya Allah”   Allahhuakbar. Kau lebih mengetahui segala.   Semoga Ety (anak saudaraku) yang aktif dalam urusan mengujudkan silatulrahim dan salasilah keluarga Embah Kusnan sekali gus menjadi duta keluarga Embah Kayat, terus tabah dan kuat semangat dengan ketentuannya. Dalam satu group SS pula dinyatakan tentang petikan gambar fb. Subhanallah. Terharu membaca status dari Ety Jamilah di atas pemergiannya anak sulu

26072018 :Aktiviti mingguan NIP yasinan: rumah Kak Hasnah

Image
 26072018 :Aktiviti mingguan NIP yasinan: rumah Kak Hasnah 26.07.2018:Aktiviti mingguan NIP yasinan: rumah Kak Hasnah Setelah meneman MJJ urusan hospital Habibah, .. kepala berdenyut-denyut.  Saya kuatkan juga semangat memandu.  Alhamdulillah selesai majlis Yasinan Kump Nur Indah Perdana (NIP) dan bersilatulrahim dalam kalangan jiranita Indah Perdana dan Kg. Endah di Homestay Pn Hasnah/En Ibrahim, hari ini Khamis. Semoga mendapat keberkatanNya dan doa Dimakbulkan   T.kasih Kak Hasnah dapat berkat dan juadah yang begitu enak. First time makan pengat sukun+labu+sagu biji hasil tanah Ida yang begitu sedap. Boleh ulang ni. Kita hanya mampu merancang tapi Allah Maha Mengetahui. Ada hikmah disebalik perancangan untuk memetik rambutan di rumah pusakan. Malangnya di saat-saat akhir terpaksa dibatalkan kerana Husaini tidak dapat meneruskan mencatas kerana ada kecemasan saudara sakit.  Oleh itu ditangguhkan ke hari lain

25072018 : Ziarah YM Raja Khan Update iklan Palmira Homestay

Image
25072018 : Ziarah YM Raja Khan Update iklan Palmira Homestay Lewat petang semalam, tercapai hajat saya untuk ziarah boss lama saya yang walaupun seorang pegawai ang low profile namun berintegriti.   Allah memberi ujian kepada hambaNa mengikut kemampuan masing-masing.   Beliau diuji dengan penakit stroke. Semoga cepat sembuh dan Alhamdulillah kami berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar rawatan alternative. Hampir enam bulan Palmira Homestay beroperasi.   Bermula daripada persiapan basic needs sehinggalah titbits. Hari ini buat pertama kalina saa cuba membuat kerja-kerja housekeeping semenjak Liana tiada tinggal bersama sama. Tambahan pula tempoh hari semenjak last guest check-out telah dikemaskan oleh routine housekeeping. Seperti biasa di bahagian bawah, saya boleh urus, tetapi di tingkat atas memang harap house keeping.    Fotoshoot telah dibuat dan esok saya akan teruskan dengan wording untuk pengiklanan. Walau bagaimanapu